Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Rabu, 31 Julai 2013

Salah siapa???

Assalamualaikum… salam ramadhan terakhir (sempena 10 hari terakhir ramadhan 1434)
Mudah-mudahan ramadhan kali ini kita memperolehi sesuatu…
sesuatu yang tersangat bermakna…
sesuatu yang tersangat hati-hati dan roh kita hajatkan iaitu di akhir penghujung hidup…
kemenangan yang kita bakal perolehi adalah Jannah Allah…

Di mana di sana la segala-galanya kekal abadi bukannya sementara seperti sekarang…
kita akan bersama selama-lamanya dengan Insan yang kita saling kasih mengasihi
dan akan sentiasa mendapat apa yang kita hajati.

Andai di dunia anak-anak itu adalah pinjaman ibu ayah semata-mata tetapi d akhirat kelak anak-anak yang kita cintai itu akan kekal bersama kita di syurga..
saling bermanja-manjaan,saling kasih mengasihi, saling memenuhi antara satu sama lain,saling bahagia membahagiakan….

Alangkah malangnya andai NERAKA JAHANAM tempat kembali kita nanti… Nauzubillahminzalik
(semoga Allah lindungi kita)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah siapa??

saya pernah join satu program remaja nie…
masa sesi questions and answers d akhir setiap ceramah or program itu
saya sedar ada 2 soalan yang sama tetapi d tanya oleh 2 orang remaja yang berbeza..
(sebaya dengan saya, saya teka)
dan sebelum sebelum program tu berlangsung saya sedar ‘babak’ seperti itu pun terjadi depan saya dan d hari ini ‘babak’ itu berlaku lagi di depan saya (masa di farmasi,tempat praktikal saya)

Kisah pertama

soalan mereka lebih kurang macam nie

‘macam mana kita nak hadapi orang yang kita yang lebih ‘alim’ or baik dari kita… kadang2 kita dah pergi dah dekat mereka tapi mereka macam xboleh terima kita…’

kisah kedua

masa sebelum program itu bermula
masa d sesi pendaftaran ada seorang remaja yang d depan saya nie tertiba cakap dekat kawan sebelah dia
‘kau pergilah daftar… aku tunggu dalam dewan, itu lah perempuan yang aku xsuka tu…’
dan kwn dia pun balas
‘yang mana???’

‘tu yang depan kita nie dia pakai purdah’

masa tu saya d belakang mereka tersentak… takut saya… andai selamani ada juga insan-insan yang hadir tak suka kan saya… dan mungkin ada cara yang tak kena ketika saya bersama mereka

kisah ketiga

saya ada seorang senior nie… kami praktikal sekali… dia tersangat la suka bercakap dan hobinya memang bercakap n menyakat orang..
dan tipulah kalau saya cakap dia tak pernah menyakat n mengusik saya…
dan setiap kali dia mengusik pasal saya
saya selalu jea berdoa dan setkan dalam hati supaya saya tak termarah dia atau terasa dengan dia
dan respond saya untuk tindakan dia kadang-kadang tersenyum jea…

pernah kawan saya ni suruh dia diam dengan nada teguran xkena

‘kau diam la,aku dah la tengah xok’

padahal time tu dia tengah explain dengan kawan saya tentang susunan fail (niat nak tolong)

then dia mengadu dekat saya

‘xpernah dalam seumur hidup saya ada orang suruh saya diam even mak saya sendiri’

dan  tadi ada seorang staff farmasi nie tegur dia

‘awak boleh diam xsatu hari?? Asyik bercakap dan bernyanyi jea… xpenat ke bulan-bulan puasa nie??’

saya yang ada d tempat kejadian jadi tersentak dan terkejut sebabnya staff tu pakai dah sempurna tutup auratnya siap berstokin (harap ada yang faham) lagi….
dan selamani dia memang staff yang agak pendiam dan xbanyak cakap…

saya sambil filling2 ubat untuk patient saya cakap dekat dia

‘awak jangan la terasa dan marah na??’

‘untuk apa?? Perempuan tadi??’

‘eh tak baik tau panggil dia macam tu...??’

‘habis tu nak panggil binatang… kalau dia pakai tudung selabuh alam pun kalau cara nak tegur orang xkena… baik xpayah…’


dan saya terdiam terus…

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang kita yang ada ilmu agama lebih dari orang lain la kena lebih banyak tahu tentang adab dan akhlak dalam Islam…

cop budak agama tu bukannya tanda yang kita lebih mulia dari orang lain…

Islam itu meraikan orang bukannya menyeksa orang…

dan apa yang saya dapat dari senior saya masa dia mengadu dekat saya

‘teguran suruh diam itu ibarat macam nie sebelum nie… kita dah biasa ceduk guna tangan kanan tetiba ada orang suruh ceduk guna tangan kiri’

blog kali ni bukannya berunsurkan berat sebelah menyalahkan orang yang pakai kopiah tudung labuh jubah or purdah…

tapi Ya dan tak di nafikan lagi orang-orang yang berpakaian yang melambangkan ‘islamik’ nie ramai orang pandang… ramai yang nilai… ramai yang tengok…

so kita yang memilih berpakaian macam nie la kena sediakan pelbagai dan banyak ilmu di dada… bukannya saja-saja pakai nak ikut trend semasa…

sebab kita tak nak beri Fitnah pada Islam…

( dan saya mengaku sebelum saya pakai tudung labuh jubah pelbagai saya pun asalnya anti perempuan2 yang tudung labuh sebabnya saya pernah ada krisis dengan geng2 yang macam nie…
‘mereka pakai tudung labuh tapi mereka kapel jadi apa bezanya mereka dengan saya bertudung bidang 45 dan jarang pakai tudung (masa sukan) pada masa itu’…

saya mengambil masa satu tahun untuk pakai tudung seperti yang saya pakai sekarang…
nak bersedia mengambil masa yang lama…

---------------------------------------------------------------------------------------








tutup lah mata,bukalah hati,pekakkan telinga,lapangkan dada, berhenti memekak, teruskan laksana…

semoga Allah teruskan berikan petunjuk dan Hidayah buat kita…

suka saya sebut ayat2 Ustazah Fatimah Syarha..

‘balik buat kerja blako’

apa yang saya faham melalui pesanan ustazah Fatimah Syarha nie

habis jea program or majlis ilmu kita pakat-pakat belajar untuk mengaplikasikan apa yang kita dapat di setiap majlis ilmu kita…

kita belajar kitab2 agama dan seni2 berdakwah dah berpuluh2 kali khatam bila lagi nak laksananya dalam urusan kehidupan kita…

Jadi jom… betulkan kembali… tiada yang salah Cuma malas jea ada….





Isnin, 8 Julai 2013

Tips kaya...

Assalamualaikum wbt...

semoga para malaikat sentiasa mengaminkan dan Allah memperkenankan doa-doa kita...

firstly, nak mintak maaf kepada sesiapa yang subhanAllah rajin dok follow blog saya (ada kah... maybe... not sure...hope so)....maaf sebab lama tak updated post... kekangan masa...
(maybe penat bertukar department dan cara kerja)
 tapi actually lately nie saya banyak post di facebook sebabnya facebook nie maybe lebih terdedah kepada orang2 yang suka baca sesuatu yang ringkas dan padat... dan saya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca status2 sahabat2 d fb..
so di samping mengambil manfaat memberi manfaat juga..
 fb saya https://www.facebook.com/cahaya.kenikmatan.9

actually, untuk post kali nie tak tahu samaada nak post di fb or blog... (twitter maybe xmuat kot)...oh ya saya  dah ada twitter then boleh la follow kalau rasa nak follow... https://twitter.com/KenikmatanNur ...xnak xpa... ok jea... xda masalah...

------------------------------------------------------------------------------

Tips kaya...

saya xbekerja...saya masih d bawah tanggungan Pinjaman MARA dan mak ayah... so setiap bulan saya akan dapat elaun sebanyak rm530/550 mcm tu... saya sebagai anak sulung jarang mintak duit dekat mak dan purata maksimun yang saya akan mintak mak abah tolong support setiap bulan ada rm150 sahaja (if duit mara dah habis guna)...

dengan elaun saya tulah saya akan guna bayar duit asrama rm120 setiap bulan, bank in dekat mak rm50/100 setiap bulan dan awie rm50 dan termasuklah guna untuk ke sana ke mari naik teksi (demand sikit)

kalau untuk orang lain rm 550 yang Mara bagi tu macam xcukup...
tapi bagi saya sebenarnya cukup kalau kita betul2,,, meletakkan pengharapan rezeki kita tu dekat Allah..




1) Niat kerana Allah

setiap kali beberapa hari duit elaun nak masuk.. niat sesiap nak guna di jalan untuk dapat keredhaan dan pengampunan Allah.

2) Solat sunat dhuha

setiap kali rasa terdesak sangat-sangat... rajin-rajinlah diri untuk hadir dalam solat sunat dhuha... buktikan bahawasanya kita betul-betul tiada tempat pergantungan selain Allah.
dan inilah yang saya lakukan setiap kali nak turun program... d sebabkan saya xnak menyusahkan duit mak abah saya,,, saya akan berdoa dekat Allah bersungguh-sunguh untuk saya meredhakan hati saya korbankan duit mara... kadang-kadang rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk...
daripada program yang saya xmampu untuk turun Allah akan jadikannya ia 'percuma'
pasti akan ada insan-insan yang Allah pilih untuk infaq buat diri nie..

3) Pengurusan kewangan

buat list sesiap 2 3 hari sebelum duit elaun keluar... bahagikan yang mana keperluan dan keinginan..
kadang2 tersasar juga beli yang keinginan banyak (manusia xlepas dari dosa)

4) sedekah..

sedekah d masjid or peminta sedekah d tepi bank sekurang-kurangnya rm3...
(jauhi sangkaan)
 dan yakinlah dengan janji Allah dan ambil ikhtibar kisah saidina Ali dengan buah delima..




5) belanja..

okeh saya bagi urutan siapa yang harus di belanjakan  dahulu dan kemudian
1) mak ayah
2)adik beradik
3)sahabat handai
4) orang2 d sekeliling...

jangan kedekut... jangan kedekut... jangan kedekut... sebab segala2nya rezeki tu datang dari Allah...
yakin... yakin... yakin lah...

---------------------------------------------------------------

di sini ada satu kisah yang betul jadi pada diri saya... baru-baru nie lah

ramai yang tahu saya pergi program TeenAce of langit Ilahi
(sebab saya banyak post status n gambar masa d sana d fb saya)

sebelum saya daftar saya mengalami di lema yang sangat dahsyat
1. sebab yurannya pada mulanya saya rasa xmampu nak bayar untuk 2 orang
2. dalam bank dah tinggal rm 400++ sahaja
3. xsure sama ada adik saya betul2 boleh attend ke x program tu

saya solat hajat dan solat sunat dhuha bersungguh-sungguh semoga Allah mudahkan urusan saya mengeluarkan duit dan daftar ke program tu

selepas dah mintak izin mak abah untuk bawa adik ke sana guna  elaun sendiri then saya daftarlah
sebanyak rm260...termasuk penginapan untuk saya dan adik saya...

dan saya dah siap berniat seandainya diri saya atau adik saya xdapat hadirkan diri ke program teenAce
saya sedekahkan kesemuanya untuk mereka(langit ilahi) dan xkan refund2...
sebab saya yakin setiap tindakan kita yang menuntunnya adalah Allah...

dan Alhamdulillah Allah izin dapat join juga

tahu apa yang Allah balas dengan rm260???

sebelum saya naik teksi ke lrt bandar tun razak
saya ke mesin Atm untuk tengok duit elaun masuk ke x sbbnya dah hujung bulan 6

dan saya terkejut..
subhanAllah Allah ganti

saya tengok mara masukkan duit

RM1400  ++ untuk bulan Julai...

saya tunjuk penyata akaun saya dekat adik saya supaya adik saya mengambil ikhtibar

dan saya bagitahu dia

'kalau kita guna duit untuk Allah,Allah akan bantu'

dan saya ulangi cerita tentang sirah saidina Ali,saidatina fatimah,orang tua yang lapar dengan buah delima dekat awie sepanjang perjalanan ke teenAce...



Penutup...

'bersyukurlah mudah2an Allah memberikan kita rasa kaya di atas nikmat yang sedikit'


(Ramadhan Kareem... 1434)









Isnin, 15 April 2013

Berlari-lari

Semalam saya punya tidur terganggu...

gara-gara tertidur petang punya pasal... lepas telan panadol 2 bijik terus pengsan...
(ubat selsema xda ganti dgn panadol)

tapi pagi ini Alhamdulillah saya bangun awal macam biasa...

sentiasa akan berusaha menjadi yang pertama masuk bilik air dahulu...

tapi satu jea masalah...

mengantuk betul...

jadinya walaupun dah bangun awal pukul 5.30 pagi, tahajud pastilah akan tetap terlepas jua...
sbb sekarang subuh masuk awal...

(dah niat nak bangun Tapi Allah izin sebaliknya)

semoga hari ini Allah bagi kekuatan utk saya n anda semua untuk bangun bertahajud...

tapi hati dan diri ini nak juga buat yang terbaik untuk Allah...

jadinya dah terset d minda untuk saya baca al mathurat selepas subuh...

Alhamdulillah sempat.. tepat2 pukul 7 dah selesai kemas barang,diri, dan hati...

sepanjang dalam perjalanan nak ke HUKM dah terniat dalam hati jap lagi rehat pukul 9 pagi nak gi sunat Dhuha...

Tapi Allah izin xdapat sebabnya saya teralip buat kerja sampai terlepas waktu rehat...

sebab setiap hari Isnin dan Khamis bahagian Farmasi Galenikal kena sediakan stok2 barang2 dan ubat d setiap department d HUKM dalam kuantiti yang banyak dan sedikit...

so xmenang tangan... hari ini ramai yang nak order yang dapat dengan siap segera..

tapi tak pa saya pasang niat lagi jap lagi nak solat berjemaah di surau HUKM...

apa lagi tepat2 pukul 1 saya pecut naik tangga ke ground floor untuk ke koperasi beli roti then  berlari ke mesin ATM untuk ambil duit..

dan saya xsangka perjalanan kaki saya mengambil masa sebanyak 15 minit then saya cari lift untuk ke surau..
tiba-tiba saya tersilap tekan pulak lift tu saya pergi ke basement padahal surau d tingkat 1 terpaksa la tunggu lift yang seterusnya dan ia mengambil masa selama 5 minit..

tepat2 pukul 1.25 p.m saya sampai surau..
baru nak panaskan punggung tiba-tiba Azan...

saya xsempat nak makan... saya terus ambil wuduk... supaya mudah-mudahan saya sempat solat berjemaah bersama-sama pegawai-pegawai perubatan, nurse,pgawai farmasi,pesakit dan sewaktu dengannya...

Alhamdulillah sempat...

seusai solat dan makan saya tengok jam di tangan...
MasyaAllah dah pukul 1.45 pm...
kena  masuk kerja jap lagi pukul tepat pukul 2..
dahlah jarak dari surau ke tempat kerja saya mengambil masa 10 minit...

sambil-sambil kemas telekung dan perbetul tudung saya makan...
saya x kira dah sebabnya saya nie ada gastrik kalau x makan dia boleh menganggu urusan kerjas saya...

saya bajet tepat pukul 1.55 p.m saya mesti dah habis menguyah...

Alhamdulillah tepat pukul 1.55 saya dah settle makan...
saya berlari-lari anak menuju ke lift..

then saya bajet lagi tepat pukul 2.05 p.m saya mesti dah sampai ke tempat kerja saya...

Alhamdulillah tepat pukul 2.05 p.m saya dah tercegat di depan pintu bilik farmasi galenikal saya...

time 2 saya berjalan-jalan dengan tersenyum syukur sambil membawa beg telekung ke loker beg saya...

ketika itu hanya Allah jea tahu bertapa puas dan seronoknya hati saya...

walaupun saya terpaksa berada dalam situasi kalut-kalut seperti tadi Allah masih mendengar rintihan kecil benak hati saya...

sebabnya actually kalau ikut logik saya xperlu pun berada situasi tegang tadi sebabnya pantri,bilik sembahyang dan tandas sebelah bilik farmasi galenikal jea...
dan masa untuk berjalan ke sana hanya mengambil masa 3 minit jea...

ketika itu saya bermonolog dengan diri saya...

'naimah, bukan senangkan nak jadi hamba Allah yang Terbaik di sisinya...'




--------------------------------------------

In sha Allah sepanjang d HUKM nie saya akan rajin mengupdated blogs saya sebabnya saya kena sediakan report sepanjang praktikal nie so mana la tahukan blog ini sedikit sbanyank memudahkan urusan pbikinan report saya nanti...

semoga Allah pmudahkan urusan kita bersama..



Khamis, 11 April 2013

Tudung...

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah Allah masih lg memberikan kita peluang pada hari ini untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain...

Oh yee...

Agak pelikkan tajuk d atas... 'tudung'... kenapa dengan tudung???


-----------------------------------------------

ok ceritanya bermula d sini...

Saya dan kawan2 sama semester d gemparkan akan pergi praktikal pada awal satu semester yg sepatutnya kami pergi...

selalunya kolej kami akan hantar students pergi praktikal d hospital pada semester ke 7...
tapi sebaliknya berlaku pada kumpulan kami...
kami akan d hantarkan ke hospital pada awal semester 6 dan tarikh pemberitahuannya betul2 masa kami tengah final exam semester 5...

Jadinya segala persediaan kami untuk ke Hospital agak kelam kabut sedikit...
Temuduga untuk ke HUKM n ukur saiz uniform berlaku ketika minggu final exam....

Jadinya saya berada dalam keadaan rushing n runsing...

asalnya saya nak buat uniform sendiri... nak labuh sampai lutut sikit... baru la kena dengan tudung saya yg agak sederhana labuh tu... boleh la org kata sempurna cukup syarat tutup aurat...

tapi sebaliknya berlaku kami kena masuk awal... saya terpaksa lah guna juga yang baju kolej sediakan...
macam baju korporat... tapi saya ambil saiz XxxL.... besar la jugak... terlindung abeh n sempurna tutup aurat... cuma xlabuh mana la....xsampai lutut...bila tgk macam baju pinjam n baju cleaner pun ada la jugak kan...

Pada hari orientasi n kedua saya pakai tudung masuk dalam... n time tu saya dah pakai tudung saiz 55'inch...
pendek dari  yg saya selalu pakai... nak buat guane baju tu sesuai pakai tudung masuk dalam...
sebab pada baju ada nama kami so senang pegawai nak panggil nanti

Tapi sayang ke-2 hari jea saya mampu bertahan pakai macam tu...

malam tu saya menangis sangat2 sebab saya rasa saya xmampu bertahan berhipokrit gini...
tiba2 hati saya goyah ...
saya tertanya2
'actually aku ni takut pada sistem manusia ke Allah???'

dan utk apa aku pakai gini... atas dasar apa???

actually

bagi saya kan tudung tu labuh mana... n saiz apa2 pun itu x penting...
yg penting tudung tu melepasi dada, tutup bahagian bahu, x jarang, ikut syarak, selesa dan selamat...
dan hubungan hati dengan Allah kena kuat...

pakai tudung masuk dalam baju tu membuatkn saya rasa xselamat langsung...
dan Alhamdulillah , Allah masih n sentiasa memberi hint n gerak hati dekat saya untuk berani pakai tudung d luar baju

esoknya saya pakai tudung 55'inch dekat luar... saya memang la agak xselesa... sbb pendek dari yg saya selalu pakai...
tapi nak buat guane... mmg dlm almari saya majoriti ada tudung 55'inch jea...
tudung2 tu semua sisa masa saya mula2 nk istiqamah nk pakai tudung labuh...
dan sekali sekala saya akan terpaksa pakai jugak sbbnya saya nie jenis migraine xboleh tahan panas...

budak2 kolej saya x kata apa pun... Alhmdulillah la Allah pelihara hati n mulut mereka...

dan subhanAllah saya rasa selamat sangat n selesa sangat...
dan saya bersyukur sebab Allah bagi lagi kekuatan...
Allah x biarkan saya terselesa dengan sistem or prosedur manusia...

#yang tu paling penting...

----------------------------------------

Ini yang berlaku pada saya hari ini

ketika tengah cakap2 n buat kerja dengan kak ina ,PK (pembantu klinikal)...

kak ina tanya macam-macam soalan dan yang soalan paling favourite sekali adalah bab jodoh...

'naimah kau dah ada boifriend...???'

then saya jawab la macam remaja biasa

'nak buat macam mana kak ina.. boifriend pun xda... saya tunggu jea la... saya ni macam x laku jeaaa' (berseloroh... saya mmg suka berseloroh)

kak ina balas...

'xpa la kau, kalau ada jodoh ada la tu... kau dengar cakap orang tua, bahagialah rumah tangga...'

saya senyum jea

tiba2 kak ina tanya balik

'naimah kau nie 'warak' erk, pakai tudung labuh xmacam orang lain (kawan yg p praktikal?? kot)...'

saya terkedu...

'warak... xda la... tudung nie x labuh tara mana pun...sama jea...'

kak ina mengkaji lagi

'Jap aku tanya kau... kalau orang laki pergi rumah kau, kau pakai tudung ke x dalam rumah????'

saya jawab sambil tersipu2 malu la konon

'kalau orang perempuan yg datang  rumah,saya x pakai tudung pun xpa... kalau laki datang saya pakai la tudung...??'

kak ina mengusik lagi...

'oh bagus la kau nie...'

turn saya tanya balik....

'kak ina macam mana kak ina tau n teka nie ???'
(dalam hati dok tanya2 macam mana kak ani nie boleh ada firasat yg aku nie mmg dok dlm proses DnT)

kak ina jawab selamba jea

'kak ina dah kerja dekat sini dah 15 tahun dah la.... kak ina tau la...'

end conversation... dengan gelak2 ketawa n kefokusan kami buat kerja mengisi sirup lactulose dalam botol...

-----------------------------------------------------------------


tetiba saya teringat dekat nasihat seorang mak cik d JDK dulu..
(saya rasa saya dh ulang banyak kali dah dlm blog saya nie??'

'nanti kalau kita balik jumpa Allah, Allah x tanya pun tudung kita labuh takat mana dekat dunia dulu... '

apa yang saya belajar sekarang kan

'kelabuhan tudung seseorang itu bukannya lambang ketinggian darjat seseorang tu... Yang paling penting tu adalah Sahsiah...'

saya xkata saya suruh anda ikut saya...
sebab saya x la extremely dengan kelabuhan tudung nie.... yg penting ikut syara'...

dan saya sangat penat apabila dengar kawan2 sekolah n lama dulu or yang baru kenal cakap gini

'aku teringin nak jadi macam hang... pakai tudung labuh... bila la aku nak start pakai tudung labuh nie... doakan aku boleh pakai tudung macam hang... cantik...'

soalan nie saya selalu balas

'tudung 2 belakang kira yang penting tu bagaimana kita nak bina hubungan dengan Allah...
nak ikut segala perintah Allah n tinggalkan segala larangan Allah.. Yang tu lebih utama.. keinginan nk n peluang nk pakai tudung labuh tu nanti2... sbb hang ingat senang ka nak ada tudung labuh... sehelai harga dah RM20+++... daripada beli tudung labuh lebih baik beli bahan2 fikrah or p program2... kuatkan dalaman dahulu baru luar'

sebab cikgu azmi pernah pesan

'ubah aqidah dahulu baru ibadah...'

-----------------------------------------------------------------------

sekian, doakan saya tabah sepanjang berpraktikal d HUKM nie...

tiba2 rasa macam dah tersayang dekat HUKM... nanti nk sambung degree n kerja dengan UKM boleh???
apa2 pun USM tetap d hati....

Rabu, 20 Mac 2013

Result~~~

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa terus melimpahkan Rahmat kasih sayang dan rindunya terhadap kita Umat Muhammad...

----------------------------

Semua orang dok cakap pasal 'result' so saya terasa terpanggil di sini utk share pengalaman saya dengan anda... semoga bermanfaat



------------------------------------------------------------
UPSR...



Masa tu saya  pergi ambil result UPSR dengan kawan baik saya,Atikah.
Saya tak sempat pergi dengan mak sebab mak saya kerja hari tu.

Berdebar-debar saya dan Atikah tunggu.
Atikah adalah jiran saya,kawan baik saya tapi kami tak sama kelas.

Dalam kepala saya dari rumah dah ter'set' saya hanya mampu dapat 1A jea then yang A tu pun subjek sains sebab saya minat sains dan dari darjah 4 lagi saya xpernah dapat kurang dari C dan sering kali dapat A.
maybe itu genetik mak saya kot.

dan dari sekolah lagi mak saya xpernah bagi chance dekat saya dia selalu tekan saya.
dari kecil lagi.
walaupun saya duduk dalam kelas number 2 dan sering dapat markah yang agak tinggi.
dia sering cakap saya still lemah lagi, duduk dalam kelas belakang, xcerdik dll.
dan d sebab itulah saya ini akan sering berpindah randah kelas.
apabila sekali d tekan dengan begitu teruk saya akan study bagai nak 'rak' then saya akan masuk ke kelas no. 1 tapi bila saya dok dlm kelas no.1 saya sering d buli dengan kepandaian mereka.
dan saya apabila down ketika berada di kelas no.1 then saya kembali ke kelas no.2 pada tahun berikutnya.
begitu la seterusnya....

Biarlah itu.... sejarah hitam... bebalik kepada kisah tadi ...

Apabila nama saya di sebut. Saya cepat-cepat ambil slip. Tak nak tunjuk kepada sapa2 sebab saya takut doa mak saya termakbul..
sebab
mak saya ketika lagi beberapa bulan nak UPSR selalu cakap macam nie
'kakak nie mak xtau la boleh dapat berapa A, entah2 5E apa.. kalau kakak dapat 1A pun jadi la...'

dan yg saya takut ketika itu adalah 5E...

Pelan-pelan saya buka slip then saya kira A dulu..
satu, dua, tiga... Alhamdulillah 3A... menjerit happy saya ketika itu..
terkejut kawan2 saya..

walaupun result xsehebat 5A tapi saya berasa puas ketika itu sebabnya saya mampu bertahan dengan tekanan2 daripada mak...

dan yang pasti seperti yang saya jangka saya dpat A for science... hihihi... Alhamdulillah..

----------------------------------------------------





PMR..

Fuhh... PMR adalah zaman kejatuhan saya dan saya mengambil iktibar yang banyak dari zaman kejatuhan ini.

masa PMR saya study struggle gila sampai rajin tinggal sembahyang.
saya study sampai pukul 2 3 4 pagi.. dapat pulak tuisyen yang terbaik.

Bila dapat result hanya Allah yang tahu keadaan saya macam mana.
menangis selama 2 minggu. selera makan naik. STRESS! + FRUST!

dengan mak dok bagi tekanan yang kuat lagi.
saya ingat lagi selepas saya dapat result, mak saya pandu kereta laju betul sampai hon dengan kuat dekat jalan.
'tersentap saya ketika itu...'

masa PMR pun saya dapat 3A jugak dan yang A itu adalah subjek yang pelik2..
iaitu Sains,Matematik dan Kemahiran Hidup...

yang subjek senang macam bi,bm,sejarah dan lain-lain xboleh pulak dapat A... (heran)

saya mencari2 kelemahan saya kenapa saya hanya dapat 3A..
then saya tahu kenapa
saya rajin tinggal sembahyang.. terlebih rajin

dan hikmahnya masa form 4 & 5 muka saya sering ada dalam surau sekolah setiap kali sebelum balik..
(solat zohor dan asar dulu baru balik rumah)

dan cita-cita saya untuk ke SBP xkesampaian..

--------------------------------------------------





SPM

yang nie special sikit....
saya dari dalam rumah saya dah start REDHA...
semiggu sebelum tu dah settle dah perasaan gemuruh..

Itulah hebatnya apabila hati sudah terikat dan terpikat dengan dakwah n tarbiyah..

Segala keputusan di serahkan kepada Allah

dan saya dah agak dah Allah akan bagi result tu jugak

then apabila saya dapat result.. saya bersyukur sambil tersenyum.
dalam kepala saya ketika itu saya xingat sapa dah melainkan seseorang cikgu ni
saya berlari terus jumpa cikgu sa'adan dengan zainab.

kami berdua mintak pendapat tentang result kami.

cikgu sa'adan kata result kami lepas utk masuk matrik.

saya tak terfikir matrik ke apa ke yg saya fikir KTD(Kolej Teknologi Darul Naim) jea ketika itu.

dan dengan result ini akan mengukuhkan lagi alasan saya kepada mak n abah utk masuk KTD.

eh... tlupa nak bagitau saya dapat 3A jugak utk SPM.
tapi subjek sains saya semua xdapat A termasuk ADD Math..
cumanya A utk Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu.. Alhmdulillah,Ok la tu kan...

sambung balik cerita...

saya memang berhajat2 sangat utk ke KTD dan xkisah pun nak ambil kursus apa pun.
tapi masa tu berkenan nak buat engineering in elekronik atau amik kos komunikasi
Apa-apa pun..
janji ada sahabat-sahibah, pak cik mak cik dan pensyarah-pensyarah yang mampu jaga dan tolong pantau diri ini.
tapi ada satu kuasa veto yang tak mampu saya lawan iaitu hajat n pemintaan mak saya.

Di KTD xada kursus yang mak saya berkenan..
mak saya mahu suatu hari nanti saya menjadi seorang doktor or orang yang bekerja dalam bidang perubatan macam dia juga..

dan saya terfikir macam mana la nak jadi doktor dan lain-lain??? result saya xmengizinkan pun saya dapat jadi Doktor..

saya runsing punya runsing then saya ada sembang dengan seorang mak cik nie ketika itu saya kena handle jadi fasi utk AGM Haluan di Usm.

dan mak cik jawab satu ayat yang subhanAllah hebat

'Sebab kuasa Veto tu la kita kena rai...' saya terdiam, terkaku dan terima kasih mak cik.

Kali ini saya ikut cakap mak saya

saya daftar utk masuk form 6 di Sekolah Menengah Penang Free School.
dugaan yang besar masuk sekolah tu..
saya tidak selesa keadaan sekolah yang majoriti lelaki dan minoriti perempuan termasuklah dengan guru-guru yang majoriti non-muslim...

saya luah dekat mak saya..

then mak saya cakap, xapa kita tunggu jawapan daripada mesir tentang kakak nak sambung buat Farmasi d sana.

dalam masa dok tunggu-tunggu

tetiba dalam suatu hari tu terlintas d hati saya nak kemas surat-surat tawaran masuk ke IPT.

then saya terjumpa satu sampul yang masih belum di buka dan di tengok.

saya d beri tawaran menyambung pelajaran d sebuah kolej swasta dalam bidang Farmasi.
dan tempatnya jugak menarik iaitu di Perlis
Yang mana saya tahu Matri d perlis dan saya yakin akan ada orang mampu jaga saya d sana.

-------------------------------------------------------------

Ketika d Zaman kolej(sekarang)



cukup la saya bagi semangat saya pernah sekali dapat 4 Flat dan xpernah dapat pointer less than 3.00..

dan kini saya berbaki tinggal hanya 3 sem lagi utk menamatkan pelajaran di kolej tersebut.
sebagai seorang Pemegang Diploma Farmasi.

dan sekiranya result akhir saya mengizinkan saya utk sambung ke peringkat Degree..
In Sha Allah saya akan teruskan x kisah sama ada d IPTA/IPTS

dan saya harap moga cita-cita mak saya utk melihat saya menjadi Doktor termakbul..

semoga Allah mudahkan segala urusan kita...

apa yang paling penting

'kita Redha dengan ketentuan Allah dan In Sha Allah, Allah akan tunjuk kan jalan dan hikmahNya....'



Isnin, 4 Mac 2013

Di sebalik perkataan 'nikah' dgn saya...




‘Betul ka naimah nie umur sama batch gen 16 matri??? Kak Macam tak percaya jea??

saya kerut dahi melihat wajah seorang kakak ni..

‘Ya la,batch depa la...  kenapa kak??... baru umur 20thn’
(dalam hati dok terfikir pasti dia kata aku nie mcm budak2 sbb aku start dari dtg program hanya diam,membalas senyum n mampu bertanya khabar adik2 Lepasan Spm Matri sahaja... belum memberi kesempatan utk diri lagi bcakap d hadapan adik2)

tapi sebaliknya

‘xla macam tak percaya jea... naimah nampak matang sangat??...’

saya mampu membalas satu ayat jea

‘dak aih(tak la)... ‘ sambil tersenyum melihat wajah sahibah saya..

dan sahibah pun balas

‘betul-betul...naimah nie adalah seorang adik yang sangat matang...’

(ketika itu hanya Allah jea tahu... hati ini dok beristighfar laju... takut2 syaitan mgambil kesempatan d atas pujian tadi)

tutup bab matang...

----------------------------------------------------------------------------------------------


sejak  awal datang ke Program Tamrin HQ Khas Gen 18th..
Saya dan kak syafiyah menginap d rumah umi za...
Umi angkat kak syafiyah dan kakak2 yang lain..

Awal pengenalan saya dgn umi pun melalui dengan kak syafiyah jugak..
ketika itu kami semua ada program ‘Muslimah Day Out’ d politeknik sirajuddin,perlis dua tahun yang lepas..
Alang2 kami dah musafir dari penang...
Lebih afdal kiranya kami melawat2 rumah2 makcik2 di Perlis...
ketika itu kami hanya datang ziarah sahaja kerna esoknya masing-masing akan ada urusan tersendiri...


Pada kali ini nostalgia berulang lagi...

Cuma bezanya Allah izin Musafir kami dari penang --
à perlis hanya kami berdua sahaja d dalam kereta....

Banyak ilmu yang kami berkongsi bersama...

Teringat lagi ketika makan tengah hari di dapur di rumah umi za

‘kita kalau nak kahwin nie kena cari yang lebih tua dua dari kita...
sebab lelaki ini lambat matang dari wanita...
tapi kalau dah dapat jodoh sama umur tu xpa Allah yang Jodohkan...’

‘Kita kena msolehahkan diri kita dahulu...’

ketika makan saya kerut tengok muka kak syafiyah...
dari Awal pengenalan kami kak syafiyah sering bagi kata2 semangat dekat saya
tentang perasaan hati ini...

dari masa first saya masuk HQ usm, teman dia jalan2 naik kereta, dan ketika saat bersama dia la...
dia pasti akan bagi saya kata2 yang macam tu...

bukan sebab saya xsuka tapi d sebalik kata2 dia tu membuat saya terharu...
dan rasa bertuah sangat jumpa seorang kakak seperti beliau...

Dulu sebelum saya masuk kolej...
dalam HQ dia ada berpesan ‘Jatuh hati ini sakit....’

dalam kereta dulu dia pernah bpesan
‘kadang2 apabila pinangan yang datang kita xdapat terima sebabnya kita xdapat jujur dgn hati kita sendiri’

dan setiap kali saya dengar pesanan yg sebegitu rupa ia membuatkan diri saya lebih berhati-hati dalam urusan hati n merasakan pnikahan itu adalah satu tanggungjawab dan pengorbanan bukannya suka-suki ikut perasaan n hati kita...

dan kata-kata yang masih bermain d telinga saya...

‘Jangan terus menolak andai jumpa yang dah sesuai... Ingat perkahwinan itu Sunnah Rasulullah’...

‘kita kena ada target dalam hidup kita.... target itulah yang membantu dakwah kita’

Bukan kak syafiyah sahaja yang kongsi tentang ini dengan saya malah hampir semua kakak2 yang saya baru kenal di ambang2 awal sekembalinya saya dalam zone tarbiyah islamiyah ini..

kata-kata itu kadang-kadang memberi diri ini kekuatan n semangat untuk menjadi wanita solehah d Sisi Allah...

Mungkin dari penulisan saya nie anda akan nmpak mereka  ibarat mengalakkan saya berwalimah awai...
tapi sebaliknya tidak...
Sebenaranya kata2 itu share ikhlas dari kakak2...
sebab sepnjang saya bersama mereka saya jarang sekali bercakap soal ‘masalah hati saya’
or ‘si dia’ dan sewaktu dengannya...

Dan  saya yakin itu adalah persediaan buat diri saya
dan setiap ilham yang datang ketika saya bersama  kakak2 yang lain adalah dari Allah swt...

kerna masakan mungkin mereka boleh sharing2 tentang hal pnikahan dengan saya yang mereka jelas  tahu saya ini baru sahaja berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya...

dan Ya itu Dari Allah...

Kerna itulah setiap kali saya bersama dengan kakak2,adik2 or sahabat2 saya automatik ‘masalah’ itu akan lenyap dan terselesai dengan sendirinya...

kak syafiyah ada bpesan pada saya...

‘apabila duduk bersama dengan kakak2 ini kita akn jadi matang... segala tindakan kita akan teratur...’








--------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti ini saya banyak habiskan masa d dapur dengan mama...

saya ini seorang yang sensitif...
sebelum melakukan apa2 pkerjaan saya akan
 ambil wudhuk dahulu...
xkisah la tgk tv,fb,assgment,stdy  ,lipat baju dll...

macam biasa lepas ambil wudhuk saya cakap dekat mama...
‘kakak nak lipat baju dan kemas rumah la hari ini... kakak nak fikir cara umur 20 thn dah...’

‘kalau macam tu setiap bulan kena simpan sekurang2nya rm50...’

‘eh kenapa pulak???’

‘takkan kahwin pun nak guna duit mama n abah lagi...’

‘bukan2... kakak xmau merap(manja) dengan mama sngat dah untuk bab kemas rumah nie... kakak kan dah masuk umur 20’

(adiosss... tersasar pulak cara mak tafsir pcakapan saya)






----------------------------------------------------------------------------

saya dan mama saya ini terkadang suka buat kerja tengah2 malam...
pada malam tu saya teman mama saya packing kerepek pisang utk di jualkan esok...
sambil2 saya baca majalah Haluan dan tengok drama cerita melayu di tv...
biasa la kalau drama nie...
cerita cinta cintun la...

ntah macam mana boleh tidak terperasan
saya boleh terkhusyuk n menghayati drama tersebut
ketika babak si bekas isteri sering mengintai dari jauh bekas suaminya bersama isteri baru
sampai saya boleh terkeluar perkataan  nie berulang-ulang kali
‘kesian dekat dia kan...kesian dekat dia kan...kesiannya...’

sampai mama menyapa...

‘Jangan lah kakak risau dia xkan buat macam tu dekat kakak... mama n abah akan sentiasa doakan..’

‘eh..eh.. bukan...bukan...kakak xrasa apa2 pun.. Jangan cakap mcm tu... kakak bukannya ada calon lagi.... tapi In Sha Allah mak... Dia xkan buat macam tu... amin...’
(terketar2 saya merespon...)





-----------------------------------------------------------------------------

 Konklusi yang dapat saya rasakan setiap kali saya mengalami situasi yang macam dia atas...

saya beranggapan bahawa Allah nak saya sentiasa berusaha dan sentiasa dalam keadaan bersedia lagi...

walaupun ketika ini saya masih berstatus bujang...
tapi
setiap kali saya mengoreksi balik setiap ujian yg saya cuba jalaninya atas dasar keimanan
Allah pastikan balas pula ia dengan seribu hikmah...

‘semoga Allah pmudahkan segala urusan hati kita... amin... =)’

dan

‘semoga saya,anda,dia,mereka dan semua akan d pertemukan dengan Jodoh yg soleh/h dan sempurna buat melengkapi diri kita....amin’



'saya selalu pujuk hati saya dengan ayat ini...
aku berdoa dan berharap agar Allah akan mmbalas segala ketabahan,kesabaran dan tangisan dengan d Jodohkan dgn Si dia...
tapi seandai bukannya dia...
Saya berharap pasangan kami masing2 akan menyintai kami sehinnga mampu melupuskan memori yg terdahulu...
supaya andai kami bertemu kembali dalam melaksanakan tugas2 dakwah...
ia xmenjadi gangguan di hati kecil kami...
tapi
seandainya tidak dapat keduanya dan segala isi dunia...
cukup lah syurga Allah yang aku nantikan kerna d sana aku akan bertemu denganNya dan KekasihNya...

Itulah kebahagiaan yang Hakiki....

Rabu, 30 Januari 2013

Kondisi Daie

Assalamualaikum wbt...
Alhmdulillah akhirnya....
Allah izin untuk kurniakan  kekuatan untuk saya meluangkan masa sekejap dgn blog...
Semoga segala urusan kelapangan dan kesibukan waktu kita tercatit sesuatu di sisi Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

terkadang insomnia... terkadang migraine... terkadang gastric...
itulah kondisi dalam sistem tubuh badan yang mengalami gangguan proses metabolisma tubuh...

mai angin sakit kepala ---> migraine
mai angin masuk angin ---> gastric
mai angin xboleh tidoq ---> insomnia

kadang ok kadang2 x...

macam tu la jgak hati kita dan hubungan kita dengan Allah terkadang kita rasa mcam hari ini jea kita nak mati jumpa Allah sbb kita rasa hari ni kita dah lakukan yang terbaik untuk Allah
tetapi terkadang tu kita jadi sampai lupa diri bahawa kita ini akan kembali kepada Allah sebabnya kita terlalai hubungan denganNya......

but

dun worry... dun worry... dun worry...

saya pasti kita semua dan termasuklah

saya pun pernah mengalami masalah kejatuhan kerajaan hati...

dan sekarang pun saya x pasti samaada saya tgh ok or tidak
sbbnya tiada sapa yg dapat mengenali dan mengetahui kehendak hati dan diri kita sendiri kecuali Allah
 hatta diri,sahabat dan keluarga kita pun belum tentu lagi dapat mentafsir sapa diri kita yang sebenar2nya...

tetapi tetiba malam nie saya nak share tentang satu kata2 nie dari seorang cikgu nie
saya rasa mungkin ada yang kenal  dan mungkin jugak ada yang tidak kenal
beliau adalah  salah seorg kolumnis utk langitilahi.com,majalah haluan dan I.Allah beliau tersangat lah hebat dalam mengendalikan program2 motivasi remaja
andai ada yang belum dapat hint tu
beliau adalah cikgu azmi bin bahari atau juga di kenali sebagai Abu Umar
yang merupakan
salah seorang tenaga pengajar di ma'ahad attarbiyah islamiyah(MATRI)

yang mana dia pernah bpesan buat kita yang merasakan diri sebagai daie ilallah...
(tazkirah pendek sebelum start TOT Rimba perlis)

'Keimanan kita nie memang akan sentiasa turun dan naik... tetapi daie Allah nie dia jatuh sikit jea tapi apabila dia bangun dia melonjak tinggi lepas tu dia kan jatuh sikit balik tetapi apabila dia sedar dia akan melonjak lagi tinggi dari lonjakkan kali pertama... jadi statik graf keimanan dia akan terus meningkat

dia xboleh naik sikit jatuh banyak... kalau masih macam tu kita kena check balik betul2 hubungan kita dengan Allah...'




---------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga pkongsian pendek pada tgh malam in dapat kita sama2 manfaatkan terutamanya buat diri saya...