Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Jumaat, 8 Mei 2015

5 tahun akan datang.

Assalamualaikum..

InshaAllah malam nie rasa macam nk tulis...
n dulu2 zaman2 study bila ada penyakit insomnia la jari jemari laju menaip...
Lani kerja payah la sikit..

Rasa macam sat ja...

saya ingat lagi masa xsilap saya program Procast atau Kmk yang Haluan anjurkan dekat Perlis. Masa tu saya duduk di atas katil dengan beberapa orang sahibah saya. Xsilap yang blaga lutut dengan saya masa tu Amalina Cmh, Amalina Jamri, Khaulah Adi n lagi sorang xsilap kak Farhanah Shahidan,

Masa tu kami sama2 yang sebatch lahir pada tahun 93 dah genap umur 20thn. Mena(amalina jamri) atau kak lah (Khaulah) yang suruh saya bagi pengisian atau xsilap saya sharing sumthing untuk sma2 bersemangat duduk d alam 20thn malam tu.

saya just mampu share apa yg bpusing2 d kepala n sentiasa menjadi kerisauan saya.
sebab hidup jika kita kena usaha menjalani dengan bsungguh-sungguh dan kita akan rasa nikmatnya otak bila berfikir, hayati mata bila temenung panjang dan bahagianya mata susah tidur malam.


saya share tentang 5tahun akan datang.
siapa kita di hari ini menentukan kita 5 tahun akan datang.
dan 5 tahun tu jauh atau dekat b'gantung kepada individu tu menikmati jalan2 hidupnya.

Saja nak share 5 tahun akan datang sbbnya umur 25thn adalah umur2 yang paling sesuai untuk berkahwin. x terlalu muda sgt n xterlalu lewat sgt. N cun..cun ja..
especially untuk kami yang hawa ni.

5tahun ni adalah tempoh paling suntuk untuk kita.
sebabnya kita akan bkomitmen macam2 dan dalam masa yang sama kita kena mpersiapkan diri untuk membina rumah tangga. sebab kita nak ikut sunnah Rasulullah jadinya kita kena berkahwin. Masa ni lah kita nak perbetul solat kita, m'p'elok bacaan alquran kita, jaga akhlak kita, kena kerap attend halaqah n program dalam masa yg sama kita nk kena jaga study kita, jaga kesihatan dsb
sebabnya kita xnak di zaman study kita saja kita aktif p program n turun halaqah tapi bila kita berumah tangga kita jauh n segan duduk dalam taman2 syurga.
kita akan bagi alasan macam2 payah la..susah la.. sampai suatu tahap aurat kaki kita pun kita x terjaga n ambil sambil lewa sahaja..

N now
Alhamdulillah saya dah btunang pada umur awal sangat 22 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pun masa usia 22 tahun...InshaAllah... Yang mana ia kurang daripada 5 tahun dripada jangkaan hayat hidup bujang saya dulu. Ingat lagi masa nak sampaikan berita gumbira bakal btunang 14 Jamadil Akhir 1436 dekat kak lah..hmmm,rasa macam patut habaq dekat dia sbb kak lah punya birthday jatuh around haritu n saja nk bagi hadiah spesel dekat dia... xda la, kak lah antara sahibah yang rapat dengan saya.

'Ya Allah naimah,xsangka naimah dah nak btunang. kata 5 tahun lagi. nie xsampai pun...;

' Tu laaa...cepatnya Allah bagi..'

tapi dengan apa yang Allah tarbiyah saya 2tahun n tahun2 yg ke belakang dulu salah satu sebab diri ni yakin untuk berumah tangga n yakin dengan siapa pasangan hidup saya nanti. Siapa? Rahsia.....
saya semua menda boleh share...tapi dengan siapa saya btunang...tu rahsia.. cukup la dengan hint2 yang saya bagi..xperlu mcari pun sbbnya akhirnya saya akan post juga d fb n insta nanti.

Dan di harini,
dalam tempoh kurang daripada 4 bulan btunang ni baru saya tahu n belajar makna n erti nikmat pengorbanan yang sebenar.
Di sebabkan saya dah bkerja jadinya kalau boleh saya xnak mak n abah saya ni rasa pkahwinan saya ni mbebankan n myusahkan mereka.
untuk xnak myusahkan n mbebankan mereka banyak urusan yg saya kena buat sendiri turun naik pejabat agama,tetap tarikh kursus kahwin, fikir macam mana nak jaga hati adik beradik keluarga belah saya yang xbsedia untuk mlepaskan saya lagi, psediaan akad nikah kami, urusan degree saya, urusan kereta saya, urusan loan saya semuanya bmain2 dalam otak saya.
dan saya yakin inilah proses yang Allah sedang mematangkan saya n semuanya ada hikmahNya,

Dan baki untuk saya ke umur 25tahun adalah 3tahun.
dan dalam tempoh 3 tahun nie lah proses untuk diri saya bsedia untuk bakal menjadi seorang ibu n isteri yg the best untuk anak2 dan suami.
mungkin kurang daripada 3tahun/setahun sebab tu rezeki Allah.
n now saya dah kena bfikir siapa saya 5 tahun akan datang yakni umur 27tahun,

sebab tu dalam hidup kita nie kita kena sentiasa dalam mode bsedia..
bila kita bsedia kita akan kuat sikit n tahu apa nak buat next..

dan yang menjadi kekuatan buat saya
masa saya mula2 kenal dengan tunang saya ni, Allah izin saya terjumpa ayat nie

A001
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Mudah2an bermanfaat...
=)



Isnin, 14 April 2014

Siapa Sangka...

                                                              Hidayah Allah

Syafiq dan Amirah dah hampir-hampir setahun lebih kapel. Mereka kapel jauh susah nak jumpa dating pun jarang sekali dua macam tu. Al maklum Amirah di penang yang si kekasihnya di Kulim. Kalau jumpa pun masa Raya Amirah selalu ajak family dia ke rumah Syafiq sempena rumah terbuka. Amirah tipu kata Syafiq tu kawan  dia. Tak la cakap banyak masa jumpa sebab tiap-tiap malam bergayut sakan (loving la katakan) hanya tangkap gambar 1 2 keping  then balik. Tapi mereka dua nampak bahagia sebab adik Amirah satu sekolah dengan Syafiq.

Amirah nie bukanlah jenis rasa kemaruk nak jumpa sangat. Tengok motor pakwe dia parking dekat tempat park motor pun dah boleh ubat rindu. Tidak pun masa alang-alang hantar adik balik asrama terserempak dengan kekasih dia pun hilang resah. Boleh terbang bagai.(gatal)
Sepanjang adik Amirah dan Syafiq bersekolah di satu bumbung yang sama, Amirah selalulah kirim macam-macam dekat si buah hatinya tanda rindu n romantiknya. Fact Amirah kalau kapel dengan siapa-siapa pun suka bagi hadiah termasuk topup.

Sampai pada suatu hari Syafiq menghilang tanpa berita. Mesej Tak reply. Kol Tak angkat.

Amirah di rumah di sekolah jadi tak tentu arah. Nak Tanya adik pun dia tak tau bukannya mereka rapat pun. dalam kelas pun Amirah jadi tak fokus. Then sampai suatu hari tu ada salah seorang kawan antara mereka offer nak jadi spy untuk Amirah. Maybe dia nak tolong ikhlas kot member-member. Lagipun Amirah memang jenis perempuan yang selalu pasang spy. Diam-diam. Kadang-kadang  dirancang , kadang-kadang ada yang jenis nak offer sendiri. (Rezeki jangan di tolak)

Malam tu Amirah tidur macam biasa dalam keadaan jiwa tak tenang entah tak tahu sebab SPM atau Syafiq yg hilang tak kunjung tiba. Malam tu juga Amira bermimpi bahawa Syafiq dah tinggalkan dia bersama orang lain, maybe lebih baik dari Amira.

Keesokan harinya Ajoy mesej. Ajoy yang sudi jadi spy tadi tu.
‘satlagi aku kol hang, hang solat isya’ dulu’
then after solat ajoy kol
‘ha betul,dia ada org lain, tp dia pesan kat aku jangan gitau hang. Dia tak mau hang tension dengan SPM. budak dia Kapel tu bdk sekolah agama wey. Dengan hang nie,dia kata malas dah…’

terus Amirah menangis.
gilaaaa… laki yang Amirah dah betul-betul rasa nak serius buat macam nie…

tanpa buang masa Amirah dengan ganasnya macam dia dah pernah buat dekat ex-ex dia yang dulu n mesej terus dekat no.syafiq
‘wey kita putus, hang ingat aku kayu xda perasaan. Jgn risau aku xmarah hg pun.’
then dengan ajaibnya syafiq reply
‘ini kan yang dia nak.. orang ikut jea apa dia nak’

dalam hati
‘dah la jangan dok berlakon lagi,org ada spy la...dok bt macam aku yang salah pulak tinggalkan dia.’

tapi lepas beberapa jam hanya Allah yg tahu lost tu macam mana

‘Argh! Dari tingkatan 2 aku kapel…tak semua yang setia.. aku setia kot.. ampa yang curang… of cozlah aku kena jaga(control) ampa… sebab aku setia.. kalau aku xsetia..ampa main la kayu 2 3 4 5 blakang pun aku xkisah..aku boleh setia  takkan hampa tak boleh setia.’
Ntah kali nie punya break rasa lost sampai tak tau nak cari siapa…

tak kan nak cerita dekat adik…dia dok di asrama…
kawan baik dah cerita dah…sampai merambu2 air mata…
mak abah… lagi la,tu nak kena penampaq namanya…
cikgu?...depa percaya ka aku ada boyfriend selama nie…
cikgu kaunseling kesayangan… dah pindah sekolah…

sampailah di saat seminggu nak dekat spm
Amirah mesej dengan mak-mak saudaranya di kampung
mintak keberkatan nak jawapan SPM
sehinggalah ada salah seorang mak saudara dia reply satu

‘Mira buat solat tahajud,taubat dan hajat Mira, bangun malam..’

malam tu amira nekad tidur awal untuk bangun bertahajud setelah sekian lama jarang buat..

Di tengah keheningan malam Mira menangis teresak-esak di tikar sejadah.
sambil mengenangkan dosa-dosanya yang dia lakukan sepanjang umur tingkatan 1 sehingga 5.
bukannya dia ingat pasal SPM sebaliknya

‘Ya Allah, bagilah aku boleh hidup tanpa lelaki… aku tak larat dah kena tipu…dipermainkan perasaan macam nie..sakit ya Allah sakit…Aku mohon keampunan dan bertaubat padaMu...’


                                                                              ++++++++

Alhamdulillah,selepas 2 3 bulan selepas tu Amirah pun Allah permudahkan jalan untuk dia kembali ke jalan kebenaran. Jalan yang membuat dirinya tidak kecewa andai cintanya di tolak oleh seorang insan yang bernama lelaki sebab yakin dia ada Allah kekal Abadi
.
Dan kehidupan Amirah

Sekarang dah berjinak-jinak dengan program2 Dakwah sana sini,
bersahabat dengan sahabat yang solehah,
pakaiannya yang dulunya tak syara’ kini di simpan di dalam kotak,
hobinya yang suka melepak di shopping mall dan tengok wayang dah bertukar dengan menghadiri majlis2 ilmu.
Amirah berusaha memperbaiki diri,walaupun kadang-kadang sebenarnya dia lost juga.
Kadang2 macam tak percayakan kita dah buat maksiat dengan Allah,tapi Allah masih lagi peluang untuk buka pintu taubat untuk kita. Sebab Allah tu Maha Pengampun Maha Penyayang.

Amirah yang dulu suka melawan cakap mak ayah, rasa life nie bosan kalau tiada hiburan, rumah itu satu penjara, orang tua kena bagi lebih ruang kebebasan pada remaja, memberontak itu perkara biasa dan macam-macam lah kini dah berubah. Berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya.

                                                                           +++++++++++

dan kini Amirah gelak sendirian

‘sapa kata kita xleh hidup tanpa boyfriend,Amirah hidup jea sampai sekarang… siap boleh updated blog nie lagi,siap boleh ganti nama asal dia dengan Amirah lagi… peace!’

so adik2 yang dah terer berjinak dengan kapel… nasihat kak naimah
‘lupakan jea la impian nak rasa bahagia awal macam dalam drama TV tu…berlakon jea semua tu.. focus dekat study… sekarang adalah masa kita menyintai ilmu...tidak ketinggalan zaman abad pun kalau kita tak kapel zaman sekolah tadika,rendah,menengah or even U nanti ke atau sampai alam kerja nanti ke’
Bukan k.naimah menolak cinta, kakak naimah pun suka dekat seseorang ada perasaan lagi
(dekat org lain la)…

hanya orang tidak siuman jea tak da perasaan cinta.
tapi bila tengok diri sendiri balik banyak benda tak uruskan lagi,
so macam mana kita nak yakin perasaan cinta tu andai di luahkan dapat di urus dengan baik.

kalau tak tu ha jadi la macam orang-orang dekat luar sana,
p luah awai-awai,
nak kahwin duit tak dak,
kerja tidur,main game,dating dan makan jea tau,
last-last kapel lama-lama 2 3 4 tahun,
dalam masa tu,
bila dah bosan.. putus, ragu-ragu..putus, nampak yang lebih baik..putus
bila putus menangis,rasa nak bunuh diri, dunia terasa kejam, sengaja jawab main-main masa exam…

Btw

Jom renung bersama


‘Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216

Rabu, 8 Januari 2014

After JDK? Nak buat apa yee?

Assalamualaikum wbt..semoga adik-adik Kak Naimah yang disayangi dan dicinta hanya sahaya kerna Allah sentiasa berada dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah...
semoga urusan diberkati dan diredhai oleh Allah
Alhamdulillah, kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk menikmati nikmat hidup,
nikmat hidup yang memberi kita peluang untuk berbakti kepada agama,mak ayah,saudara,dan negara kita.

Sebelum tu nak perkenalkan diri dulu,
Nama di beri khas: Nurul Naimah binti Zunyazan
anak murid kepada cikgu Saadan Omar...
bekas cikgu fizik dan insan yang membawa diri ni dan kawan-kawan yang lain sertai JDK
Bekas peserta JDK 2010/11.. batch kedua JDK  dan batch Pertama JDK Batu Ampar Resort.
dan pernah jugak jadi fasi sementara utk JDK 2011/12 dan JDK 2013/14,Batu Ampar Resort

dan di 'Turning Point'kan Oleh Allah pada sesi Taaruf Jdk (peserta JDK 2010/11)..
dan bertahan sehingga ke hari ini kerana percaya Hidayah Allah itu sesuatu yg amat berharga dan perlu di jaga


InshaAllah,
Post kali ini sengaja Kak Naimah nak khas kan buat Adik JDK.
dan lebih di khaskan lagi buat adik-adik yang memang sebelum ni xda fikrah Islam (kefahaman islam)
maksud KakNaimah dengan lebih 'direct ' lagi bukan dari MATRI,SMAKL,SMIK dan sekolah agama yang lain serta memang di rumah sudah terdidik dan rela didik dengan suasana islamik sebelum ni

memandangkan ada yang dah mula bermesej dgn Kak Naimah bahawa sekarang mereka di lamun cinta kemaruk rindu dekat JDK dan hati mula rasa kosong dan futur sepanjang cuti sekolah ni..

nak buat apa d rumah...? bosan? xtau nak buat apa? rindu Jdk? Nak jumpa Kak Naimah?

Kak.naimah pun dulu masa keluar JDK dulu
Kak Naimah pun mcm adik-adik juga... hidup tidak tentu arah... rasa lost...
tambah member masa tu bukannya segeng dengan kita dah...
tapi Alhamdulillah sebab family Kak Naimah dah 'planning' apa yg Kak Naimah perlu buat masa cuti ni
iaitu masuk GiatMara ambil kursus Fashion & Dressmaking..
so masa untuk untuk menghabiskan dekat depan FB,berangan dan tertidur lebih masa tu kurang la ada...

Apa yang Kak Naimah buat masa keluar JDK dulu

1) cari dan duduk dalam halaqah..
- ingat lagi saat Kak Naimah berlari-lari pergi ke bilik guru cari cikgu saadan semata-mata nak gitau yg Kak Naimah memang tersangat hajat nak ada orang jaga sbb Kak Naimah yakin Kak Naimah xmampu nak jaga diri kalau duduk sorang-sorang

2) Isi masa
- contoh Nak Naimah pagi sampai petang belajar di Giat Mara, dan akan sentiasa bawa buku-buku islamik yang boleh tingkatkan kefahaman ilmu...
buku panduan solat dengan betul dan buku-buku sirah dan lepas tu share dengan kawan sebelah

3) cari kelas mengaji Al-Quran...
-Kak Naimah dulu serius xpandai mengaji Al-Quran... ada slot yg seminggu setiap malam kena Hafazan di JDK tu macam peristiwa ngeri dalam hidup...tp Alhamdulillah ada kakak fasi dan sahibah-sahibah yang nak tolong betulkan bacaan...
yang penting jangan malu... buat apa nak malu... bukan kita tak pakai baju..
so habis JDK Kak Naimah 'attend' kelas mengaji AlQuran setiap hari lepas habis kelas di Giat Mara
dan sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam..
dan amalkan Al-Mathurat sebagai mana yang kita duk buat di JDK dulu

4) Bina kekuatan melalui ukhwah yang di bina
-jangan pernah lost contact dengan sahabat-sahabat di JDK, jika rumah kita dekat dengan rumah sahabat rajin-rajinlah buat program bersama..
-dan cuba bina jambatan hati yang baru... ajak kawan-kawan yang sekepala dengan kita dulu turut ikut berubah macam kita... baru seronok... ada geng sesama nak berubah...

5)Tidur Awal
-sebab get's ready nak bangun tahajud awal sebelum ke GiatMara...
sebab masa di JDK Kak Naimah belum buat solat sunat taubat nasuha lagi...
sengaja nak bagi masa dekat diri utk betul-betul yakin nak lakukan perubahan
dan setiap hari buat solat isthikarah supaya Allah berikan keputusan SPM dan tempat belajar yg terbaik utk sambung belajar nanti..
dan Alhamdulillah walaupun dulu duk menangis-nangis minta dekat Allah bagi dapat KTD tapi Allah bagi lebih hebat dari KTD utk tarbiyahkan diri iaitu salah sebuah kolej swasta di Perlis dan perjalanan untuk ke Matri hanya mengambil masa 10-15minit sahaja..
Jom menangis beramai-ramai di atas tikar sejadah...

6) 'Updated' di Fb dan Alumni Jdk tentang apa program susulan yg di anjuran oleh Haluan. dan terus bersabar menantikan program HiMega..
-terus relakan hati duduk dan berada dalam proses.
-post menda yg soleh2 dan baik2 d fb


dan soalan yang 'common' yang akan di tanya setiap kali jadi Fasi JDK
bila kak naimah pakai tudung labuh???

-masa mula-mula berubah tu xpakai tudung labuh lagi
cumanya pastikan tudung tu ikut kehendak syara' dulu
xjarang,labuh melepasi dada, dan sesuai..
dan semakin hari tudung semakin labuh
dan lepas ramadhan 2011 baru pakai tudung yang betul-betul
yang labuh dan  rasa selamat...

istiqamah tu perlahan-lahan tapi bterusan
dan Allah pun xsuka perubahan yang secara drastik tanpa ilmu

istiqamah itu memang sakit tapi itulah yang terbaik buat kita...

sebab selalunya pahit itu penawar, manis itu penyakit...


ada satu ayat nie yang buat Kak Naimah kuat bertahan sampai ke hari ni
(dapat masa slot bersama Ustaz Al-Hami, anjakan paradigma)

'Islam dan jahiliyah selamanya xkan bersatu dan tidak boleh bersama'

Jom adik-adik kak Naimah kita runtuh dan tinggalkan Jahiliyah dan kembali kepada hidup yang lebih bahagia dan sempurna  iaitu dengan mengamalkan Islam di segenap urusan kehidupan kita..

Allah tak tengok siapa kita di masa dahulu,
siapa kita di masa hadapan
tapi
Allah nilai siapa kita di masa 'sekarang'..

Semoga Allah tak henti-henti bagi petunjuk dan Hidayah buat kita semua...

(Jumaat nie 10/1/14 knaimah ada program dengan anak murid cikgu saadan yg sertai JDK 2013/14 yg lalu)

Semoga Allah terus berikan kekuatan,ketabahan,kesabaran dan semangat buat kita semua utk lakukan anjakan paradigma..

Jumaat, 3 Januari 2014

2014 yg Barakah

Fitrah

Pemuda/i dengan sifatnya yang sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat,
keinginan yang tinggi untuk cuba melakukan  suatu pembaharuan,
serta
orang lama atau org tua yg kaya dengan pengalaman
makan garam dulu dari kita...

Kadang-kadang aku mengaku aku sedar bahawa
aku sedang melimitkan masa aku di rumah dan lebih banyak program di luar rumah..
kadang-kadang aku xsedar samaada mak ayah aku terasa hati ke x..

bersyukur ada mak abah yg xhenti-henti dan xjemu-jemu memberi nasihat sehingga mereka
dan aku sendiri menitis air mata...

memang kata-kata mereka setajam jarum dan pisau
sehingga kita boleh tersentap sehingga terasa ibarat hati kita ni di belah-belah dan di cincang-cincang...

tapi selalunya yg pahit itulah penawar..

Antara kata-kata yang terkesan,

Dari abah

'jangan kita menafikan hak ibu bapa kita dalam meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah kita,
jadilah kakak macam Uwais bin Qarni'

'kakak kena berdakwah ikut fiqh wanita,
jadilah macam Asma' binti Abu Bakar..'

dan

Dari mak pulak

1)kekuatan dakwah kita adalah berdakwah dalam rumah kita dulu,
jangan kita dok keluar rumah berdakwah,
tapi kemungkaran dalam rumah kita tak cegah,

2)Jadilah seperti arwah ammar.. 
dia nak buat apa-apa program pun dia bagitau mak dia.. 
xpernah missed telefon mak dia

3)mak dan abah bukan apa,
tugas kami ada dua jea
nak ajar kakak taat pada Allah,
taat pada ibu bapa 
supaya nanti kakak akan automatik taat kepada suami kakak

4)kami xnak kesilapan generasi terdahulu kakak ulangi.


Kadang2 mak ayah bukan sengaja nak marah n tegur kita,
tp mereka sedang guide kita...
bantu kita sebenarnya supaya berada di atas jalan kehidupan yang betul,
supaya xda kesilapan-kesilapan generasi dahulu kita lakukan kembali,
belum tentu apa yg kita rasa betul itu betul...

*Sebab itulah Rahim ibu yang melahirkan kita adalah yang Terpilih...Pilihan Allah

Itulah muqadimah awal 2014 oleh mak abah

dan azam tahun nie

segala-galanya mahu lakukan terbaik,
bersangka baik dengan diri sendiri n org d sekeliling,
pergi dengan lebih jauh lagiiiii....

Allah x tengok siapa kita yang dahulu, siapa kita di masa d hadapan
tapi
Allah nilai siapakah kita di masa sekarang...


Isnin, 25 November 2013

ntah laaahhh

malam nie lain dari malam2 yg lain...
ntah la tetiba rasa bdosa dan ada dosa teramat berat sangat...
mungkin dah lama xdengar n kena ayat2 yg power2 utk diri nie
Alhamdulillah,tadi baru jea lepas tengok cinta high class dari ustazah fatimah syarha,,,
di youtube

Aduih tersedak tersusuk abih...

dulu dah pernah dah tgk video2 ustazah
tapi xla rasa sangat menusuknya
kali nie rasa lain...
menusuknya sakit dan sakit sangat...

mungkin dulu zaman2 nerd... kerja habis masa dengan buku2 dan xdedah sangat dengan umum...

hmmm... x... x... x...

bukannya sebab ayat ustazah tu kejam2 or zalim2 sangat
tapi diri dan hati nie yg menzalimi tuan badannya...
hari ni terasa di khianati sedikit dengan diri sendiri...

mungkin saya dah berubah..
ataupun saya dah selesa...
saya nak salah kan tempat praktikal saya dahulu pun xboleh
sebab bidang saya memang  bahagian 'costumer services' bukannya bekerja dengan mesin2 dan ubat sahaja,...
ada kalanya saya perlu bercakap dengan pegawai-pegawai atau doktor  untuk saya merujuk tentang ubat,
kadang-kadang saya duduk bersebelah dengan patient perempuan mahupun lelaki untuk memberi sedikit serba sedikit nasihat tentang ubat yg saya tahu...
kadang-kadang di masa yang boring kami ambil peluang untuk berkongsi2 cerita ntara staff...

walaupun suasana tempat kerja tu dah habis lama dah
tapi apa yg saya sedar...
saya setibanya balik dari praktikal saya seorang yg senang untuk org dekati..
xmacam dahulu jarang dan susah lah kalau org nak ajak melawak..
sikit-sikit tu boleh la...
kadang2 tu saya perasan saya ada la juga dah xkisah andai ada budak2 laki2 sekelas msj saya tanya ttg belajaq or apa2 lepas 10 malam...

bukannya xbagus, bagus...
sbbnya ramai yang selesa dengan kita,
mudah untuk dekati kita...
dakwah dan tarbiyah pun senang nak lakukan

tapi dari sudut yg lain

hati saya xredha juga dgn perubahan ini...
sebab saya nak usaha 'menjaga' selagi boleh tapi bukannya sampai tahap tegas yang melampau..

sampai nak kena pakai kain hitam kelumbung satu badan pastu berlari sana  sini apabila org nak bercakap dengan asya..

sebenarnya saya risau di atas apa saja tindakan saya
itulah lah hasil natijah suami yg bakal saya dapat nanti...

Ya saya mengaku saya cepat jelez.. dan itu fitrah wanita...
tapi seandainya sekarang saya melonggar-longgarkan tali batas syara' phubungan lelaki perempuan...
mana mungkin saya mampu yakin bahawa suami saya nanti adalah seorang menjaga rapi dan ketat hubungan nya antara lelaaki dan perempuan...

Mungkin ada yang kata rilek la... kita muda lagi... banyak masa lagi utk mperbaiki diri
tapi tidak untuk saya..
saya jenis yang mahu cepat2 matang,dewasa, yang boleh di harap kan,
sebab cita2 utama saya bukannyaa ingin menjadi profesor yg hebat tapi sebaliknya menjadi hebat seperti Asiah ibu angkat Musa, Sumayyah ibu Ammar, Hana ibu Siti Maryam,Hajar ibu Ismail, dll...
mudah2an dengan kesediaan yg sedang saya lakukan, jodoh saya sudah tidak jauh dari saya...
dan saya dapat lahirkan srikandi2 Islam dan pemuda2 syuhada' untk Allah

hendak berkahwin awal bukannya bermakna esok kita nak berkahwin
tapi kita menghajat berkahwin pada usia yg sesuai dengan tahap kematangan kita..

cuba bayangkan sekarang kita sudah 20 thn... then kita hanya tinggal baki 3 tahun lagi untuk mperbaiki diri dan akhlak... andai kita target hendak mdirikan rumah tangga pada usia 23thn...
sekejap bukan...

3 tahun entah sempat atau tidak  nak  belajar masak,kemas rumah, jaga emosi dan tingkahlaku,masuk kelas mengaji Alquran balik, perbetul solat, masuk kursus perkahwinan, nak stabilkan ekonomi, tarbiyah hati dengan diri dengan bahan2 fikrah... turun program2 tarbawi sana sini...
andai ada yg belajar dan bekerjaya mampukan ia dapat membahagikan masa dengan baik

InshaAllah,lagi beberapa bulan saya akan berusia 21th dan jadinya saya hanya tinggal 2 tahun lebih untuk saya buat terbaik dlm mendidik sahsiah saya....

sebab kita nak sentiasa dalam keadaan bersedia menerima hadiah dari Allah dengan kehadiran insan2 terpilih yang bakal mewarnai kehidupan kita yg akan menjadi teman sperjuangan hidup kita sehingga akhir hayat..
yang akan bersama akan menjadi saksi antara satu sama lain di atas kebaikan dan kelemahan diri masing2
dan yang sama2 berjanji ingin bahagia sehingga ke akhirat...

Jom jaga dan didik diri kita.... kuat kan langkan teguhkan iman... =)

selamat malam... Assalamualaikum...






Rabu, 30 Oktober 2013

Resah hati~~

Aku masih tidak boleh melelapkan mata…
mungkin insomnia agaknya
kerana sejak akhir-akhir ini aku seolah-olah sedang memaksa ia untuk stay up sehingga malam
.
Tadi di awal 12 tgh malam…
aku dah mempersiapkan diri hendak tidur…
pusing ke kanan ke kiri…
sharing moment dengan sahabat tercinta ku kerna Allah pun dah selasai
(sbb dia tidoq dulu)

So aku bangun tercari-cari apalah nak buat
nak stdy rasa mood xsampai lagi…
maybe sekejap lagi lepas tulis blog kot…

Hati aku resah gelisah sebab aku di marahi dengan mama aku 2 hari yang lepas
Aku janji xkan ke program  seminggu sebelum test or exam
dan memang aku dah plan untuk final exam pada 4hb nov
seminggu sebelum itu xkan ke mana-mana
entah bagaimana Allah hadirkan pada hati saya dan amalina
last2 minit untuk kami berdua hadir jugak ke KOBAR..

mungkin faktor short sem yg membuatkan kami agak susah untuk ke halaqah dan di tambah pula mas’ulah kami sedang sarat mengandung sekarang..

mula-mula aku hendak merahsiakan hal ini kerna aku yakin pasti aku akan kena marah teruk punya..
tapi ntah macam mana masa malam tu mama kol aku terlepas cakap
‘Kakak nak p KL, ada program..’

terus mama berubah mood dan dalam banyak2 ayat ada satu ayat yang mama bagi aku resah sampai sekarang

‘Kalau CGPA kakak dah 3.94 dah sekarang xpa la, tahu x mama duk risau kakak nak sambung degree nanti..’

dan saya hanya mengakur kata2nya…

itulah fitrah seorang ibu yang sentiasa mahukan apa sahaja yang terbaik untuk anaknya…

tapi di satu sudut yang lain saya dan amalina terasa bersalah dengan salah seorang mak cik Perlis yang handle KOBAR…

mak cik hajat sangat-sangat aku ke KOBAR kerana aku adalah salah seorang wakil siswi negeri yang di lantik untuk menguruskan siswi-siswi sekitar Perlis ke KOBAR…

Tambahpula mak cik xda anak perempuan jadi mak cik hajat saya turun sekali
dan mak cik tidak kenal semua siswi ipt yang saya lantik untuk uruskan siswi di ipt mereka masing…

Di satu sudut nada iaitu mama aku, aku mendengar keluhan resah mengenangkan  result aku yang masih belum mencapai tahap keinginannya

Di satu sudut nadayang lain  iaitu mak cik Perlis, aku mendengar suara gembira mak cik yang tersangat menghajatkan kami ke sana..

Ada juga aku merasakan mahu sahaja keluarkan hujah-hujah untuk mama aku
tapi  aku harus bersifat matang dan berfikir panjang

‘Mungkin apabila aku tua atau bergelar ibu nanti aku jugak akan membuat tindakan seperti itu atau mengkin lebih teruk dari itu..?’

dan aku mengambil keputusan berdiam diri dan merahsiakan aktiviti aku

kerana aku pernah bersembang tentang hal ini dengan sahibah aku..
ayat beliau yang saya semat baik2 dalam hati saya

‘Ana bukan xnak bagitau ana p program sana sini tapi ana xnak bagi mak ayah ana risau, kan kita sebagai anak xboleh bagi mereka risau…’

Jadi untuk tidak mengecewakan mama saya, saya sekarang dalam mood yang bersedia untuk start engine laju2 untuk stdy…

Semoga Allah redha segala keputusan  dan urusan saya dan Amalina untuk ke KOBAR…

menghajatkan doa dari semua…

(InshaAllah, akan cuba pujuk mama lagi sekali…. Itulah sunah orang beriman…
Jalan ke Syurga tidak di hampari pemaidani merah tapi sebaliknya di taburi dengan kaca duri dan berliku..)

Jumaat, 6 September 2013

UPDATEd

malam yang begitu sunyi. angin dingin bersepoi-sepoi bahasa... nyamuk mula bernyanyi merdu di sekitar telinga ku...
biasa la adat rumah kampung.

 Ya kini aku sudah tidak duduk di asrama dan sudah menyewa bilik sebentar sehingga habis semester 8 di sebuah rumah kampung berdekatan dengan kolej aku.

sahabat terbaik ku sudah lama tidur di buai mimpi indah dek mungkin kerna kepenatan tadi kami berdua berjalan kaki dari rumah sewa sehingga ke pasaraya utama semata-mata hendak membeli barang dapur + 'cucuk' duit.

tuan rumah ku mungkin saja masih melayan drama dengan junior kolej ku yang turut mengambil bilik sewa di sini atau sudah lama tidur dek kepenatan satu hari penat mencari kunci rumah dan biliknya

dan kakak-kakak senior ku di luar bilik turut sama menghabiskan masa menonton tv sambil bersembang-sembang kosong di luar....

serta aku di sini masih rajin dan sibuk mengupdated status fb dan twitter aku... mungkin sebab ingin isi masa lapang. Daripada aku duduk saja tidoq lebih baik memberi manfaat kepada orang lain...
lagipun minggu ini kelas aku masih belum bermula dan aku masih tiada nota untuk di baca...

hmmm...

dan actually aku update blog nie pun  aku berhajat sesangat ia boleh sumbang sesuatu buat semua terutama buat diri aku yang mudah 'down' di tengah kelapangan dan keluasan masa...







pernah suatu hari aku kol seorang sahabat ku yang sekian lama x kol dek kesibukan aku berpraktikal di HUKM...

'apa perkembangan terbaru awak???'

'perkembangan terbaru... ? naimah cerita la dulu nanti saya bagitau..'

'saya yee?? ermm.. rasa macam xda kot..'

'Tipu.... tengok status di fb macam buat sesuatu jea...'

'xda la tu rekaan semata-mata.. saja nak tipu..?' saya berseloroh kerna ingin mengusik.

'naimah,xbaik cakap macam tu.. semua orang nak jadi macam dia... dia boleh kata tipu...'

'eh xda la... status tu semua betul... tapi ya ka? hahahah...'




                                                                          ****

pernah suatu hari saya bercakap dekat adik saya...

kenapalah status fb saya, saya banyak cakap pasal dia

'kakak selalu update pasal awie, bukan saja-saja seronok cerita sal awi... tapi kakak hajat if suatu hari nanti kalau kawan-kawan fb kakak... terutamanya kawan awie sendiri... nampak awi buat silap d belakang kakak... depa boleh tegur awie... boleh ingatkan awie...'

'betul la kakak... syafiqah selalu tegur awie dalam kelas... awie xmau buat macam tu... jangan buat macam tu.,, ingat dekat pesan2 kakak hg...'

'eh ya ka, baguihnya....'

                                                                      ****

teringat dulu tujuan asal ada fb adalah sebab nak guna untuk buat busines
tapi tujuan asal tu dah berubah...
saya buat fb supaya di segenap keboringan saya, saya dapat sumbangkan sesuatu...
terutamanya untuk diri saya....

Ya saya cepat down.... dan hipotesis untuk saya

'semakin down saya semakin pendek status fb saya dan semakin kuat saya semakin panjang status fb saya...'

dan saya selalu kata dekat kawan-kawan saya yang dah bersedia jatuh hati

'kalau kita dah set dengan sapa yg hajat nak buat pasangan hidup mati kita.... stalker fb dan twitter dia... x salah pun... xberdosa...andai benar DIA kita dah confirm nk pilih... daripada kita membuat tindakan2 yang melulu...  hatta Rasulullah s.a.w pun suruh sahabat2 selidik dulu sebelum meminang...'

cuba bayangkan status seseorang itu yang penuh dengan kata-kata pahit maki carut...

adakah kita rasa ia layak bersama2 kita untuk membina bahtera ke Syurga...

samalah juga jika kita berminat untuk join sesuatu persatuan,kelab,kumpulan atau nak beli sesuatu barang

kalau admin nya selalu post sesuatu yang xsoleh or sesuatu yang memang sah-sah terang-terangan langgar syariat Allah... adakah kita rasa admin tersebut mampu memberi sesuatu yg hebat melalui apa yang di persembahkan di medan maya... andai di alam maya pun begitu apatah lagi alam realiti...

melalui cara nie pun akal dan hati kita dh pandai mentafsir memacam tentang perihal orang2 tersebut tambahanpula  apabila orang lain pulak yang selalu mengikuti or xsengaja nampak post2 kita...

tidakkah mereka juga punya akal dan hati untuk menilai..

apa lagi... jom... update sesuatu yang bermanfaat supaya ia bermanfaat kepada semua terutamanya diri kita sendiri...