Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Jumaat, 3 Januari 2014

2014 yg Barakah

Fitrah

Pemuda/i dengan sifatnya yang sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat,
keinginan yang tinggi untuk cuba melakukan  suatu pembaharuan,
serta
orang lama atau org tua yg kaya dengan pengalaman
makan garam dulu dari kita...

Kadang-kadang aku mengaku aku sedar bahawa
aku sedang melimitkan masa aku di rumah dan lebih banyak program di luar rumah..
kadang-kadang aku xsedar samaada mak ayah aku terasa hati ke x..

bersyukur ada mak abah yg xhenti-henti dan xjemu-jemu memberi nasihat sehingga mereka
dan aku sendiri menitis air mata...

memang kata-kata mereka setajam jarum dan pisau
sehingga kita boleh tersentap sehingga terasa ibarat hati kita ni di belah-belah dan di cincang-cincang...

tapi selalunya yg pahit itulah penawar..

Antara kata-kata yang terkesan,

Dari abah

'jangan kita menafikan hak ibu bapa kita dalam meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah kita,
jadilah kakak macam Uwais bin Qarni'

'kakak kena berdakwah ikut fiqh wanita,
jadilah macam Asma' binti Abu Bakar..'

dan

Dari mak pulak

1)kekuatan dakwah kita adalah berdakwah dalam rumah kita dulu,
jangan kita dok keluar rumah berdakwah,
tapi kemungkaran dalam rumah kita tak cegah,

2)Jadilah seperti arwah ammar.. 
dia nak buat apa-apa program pun dia bagitau mak dia.. 
xpernah missed telefon mak dia

3)mak dan abah bukan apa,
tugas kami ada dua jea
nak ajar kakak taat pada Allah,
taat pada ibu bapa 
supaya nanti kakak akan automatik taat kepada suami kakak

4)kami xnak kesilapan generasi terdahulu kakak ulangi.


Kadang2 mak ayah bukan sengaja nak marah n tegur kita,
tp mereka sedang guide kita...
bantu kita sebenarnya supaya berada di atas jalan kehidupan yang betul,
supaya xda kesilapan-kesilapan generasi dahulu kita lakukan kembali,
belum tentu apa yg kita rasa betul itu betul...

*Sebab itulah Rahim ibu yang melahirkan kita adalah yang Terpilih...Pilihan Allah

Itulah muqadimah awal 2014 oleh mak abah

dan azam tahun nie

segala-galanya mahu lakukan terbaik,
bersangka baik dengan diri sendiri n org d sekeliling,
pergi dengan lebih jauh lagiiiii....

Allah x tengok siapa kita yang dahulu, siapa kita di masa d hadapan
tapi
Allah nilai siapakah kita di masa sekarang...


Tiada ulasan: