Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Isnin, 14 April 2014

Siapa Sangka...

                                                              Hidayah Allah

Syafiq dan Amirah dah hampir-hampir setahun lebih kapel. Mereka kapel jauh susah nak jumpa dating pun jarang sekali dua macam tu. Al maklum Amirah di penang yang si kekasihnya di Kulim. Kalau jumpa pun masa Raya Amirah selalu ajak family dia ke rumah Syafiq sempena rumah terbuka. Amirah tipu kata Syafiq tu kawan  dia. Tak la cakap banyak masa jumpa sebab tiap-tiap malam bergayut sakan (loving la katakan) hanya tangkap gambar 1 2 keping  then balik. Tapi mereka dua nampak bahagia sebab adik Amirah satu sekolah dengan Syafiq.

Amirah nie bukanlah jenis rasa kemaruk nak jumpa sangat. Tengok motor pakwe dia parking dekat tempat park motor pun dah boleh ubat rindu. Tidak pun masa alang-alang hantar adik balik asrama terserempak dengan kekasih dia pun hilang resah. Boleh terbang bagai.(gatal)
Sepanjang adik Amirah dan Syafiq bersekolah di satu bumbung yang sama, Amirah selalulah kirim macam-macam dekat si buah hatinya tanda rindu n romantiknya. Fact Amirah kalau kapel dengan siapa-siapa pun suka bagi hadiah termasuk topup.

Sampai pada suatu hari Syafiq menghilang tanpa berita. Mesej Tak reply. Kol Tak angkat.

Amirah di rumah di sekolah jadi tak tentu arah. Nak Tanya adik pun dia tak tau bukannya mereka rapat pun. dalam kelas pun Amirah jadi tak fokus. Then sampai suatu hari tu ada salah seorang kawan antara mereka offer nak jadi spy untuk Amirah. Maybe dia nak tolong ikhlas kot member-member. Lagipun Amirah memang jenis perempuan yang selalu pasang spy. Diam-diam. Kadang-kadang  dirancang , kadang-kadang ada yang jenis nak offer sendiri. (Rezeki jangan di tolak)

Malam tu Amirah tidur macam biasa dalam keadaan jiwa tak tenang entah tak tahu sebab SPM atau Syafiq yg hilang tak kunjung tiba. Malam tu juga Amira bermimpi bahawa Syafiq dah tinggalkan dia bersama orang lain, maybe lebih baik dari Amira.

Keesokan harinya Ajoy mesej. Ajoy yang sudi jadi spy tadi tu.
‘satlagi aku kol hang, hang solat isya’ dulu’
then after solat ajoy kol
‘ha betul,dia ada org lain, tp dia pesan kat aku jangan gitau hang. Dia tak mau hang tension dengan SPM. budak dia Kapel tu bdk sekolah agama wey. Dengan hang nie,dia kata malas dah…’

terus Amirah menangis.
gilaaaa… laki yang Amirah dah betul-betul rasa nak serius buat macam nie…

tanpa buang masa Amirah dengan ganasnya macam dia dah pernah buat dekat ex-ex dia yang dulu n mesej terus dekat no.syafiq
‘wey kita putus, hang ingat aku kayu xda perasaan. Jgn risau aku xmarah hg pun.’
then dengan ajaibnya syafiq reply
‘ini kan yang dia nak.. orang ikut jea apa dia nak’

dalam hati
‘dah la jangan dok berlakon lagi,org ada spy la...dok bt macam aku yang salah pulak tinggalkan dia.’

tapi lepas beberapa jam hanya Allah yg tahu lost tu macam mana

‘Argh! Dari tingkatan 2 aku kapel…tak semua yang setia.. aku setia kot.. ampa yang curang… of cozlah aku kena jaga(control) ampa… sebab aku setia.. kalau aku xsetia..ampa main la kayu 2 3 4 5 blakang pun aku xkisah..aku boleh setia  takkan hampa tak boleh setia.’
Ntah kali nie punya break rasa lost sampai tak tau nak cari siapa…

tak kan nak cerita dekat adik…dia dok di asrama…
kawan baik dah cerita dah…sampai merambu2 air mata…
mak abah… lagi la,tu nak kena penampaq namanya…
cikgu?...depa percaya ka aku ada boyfriend selama nie…
cikgu kaunseling kesayangan… dah pindah sekolah…

sampailah di saat seminggu nak dekat spm
Amirah mesej dengan mak-mak saudaranya di kampung
mintak keberkatan nak jawapan SPM
sehinggalah ada salah seorang mak saudara dia reply satu

‘Mira buat solat tahajud,taubat dan hajat Mira, bangun malam..’

malam tu amira nekad tidur awal untuk bangun bertahajud setelah sekian lama jarang buat..

Di tengah keheningan malam Mira menangis teresak-esak di tikar sejadah.
sambil mengenangkan dosa-dosanya yang dia lakukan sepanjang umur tingkatan 1 sehingga 5.
bukannya dia ingat pasal SPM sebaliknya

‘Ya Allah, bagilah aku boleh hidup tanpa lelaki… aku tak larat dah kena tipu…dipermainkan perasaan macam nie..sakit ya Allah sakit…Aku mohon keampunan dan bertaubat padaMu...’


                                                                              ++++++++

Alhamdulillah,selepas 2 3 bulan selepas tu Amirah pun Allah permudahkan jalan untuk dia kembali ke jalan kebenaran. Jalan yang membuat dirinya tidak kecewa andai cintanya di tolak oleh seorang insan yang bernama lelaki sebab yakin dia ada Allah kekal Abadi
.
Dan kehidupan Amirah

Sekarang dah berjinak-jinak dengan program2 Dakwah sana sini,
bersahabat dengan sahabat yang solehah,
pakaiannya yang dulunya tak syara’ kini di simpan di dalam kotak,
hobinya yang suka melepak di shopping mall dan tengok wayang dah bertukar dengan menghadiri majlis2 ilmu.
Amirah berusaha memperbaiki diri,walaupun kadang-kadang sebenarnya dia lost juga.
Kadang2 macam tak percayakan kita dah buat maksiat dengan Allah,tapi Allah masih lagi peluang untuk buka pintu taubat untuk kita. Sebab Allah tu Maha Pengampun Maha Penyayang.

Amirah yang dulu suka melawan cakap mak ayah, rasa life nie bosan kalau tiada hiburan, rumah itu satu penjara, orang tua kena bagi lebih ruang kebebasan pada remaja, memberontak itu perkara biasa dan macam-macam lah kini dah berubah. Berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya.

                                                                           +++++++++++

dan kini Amirah gelak sendirian

‘sapa kata kita xleh hidup tanpa boyfriend,Amirah hidup jea sampai sekarang… siap boleh updated blog nie lagi,siap boleh ganti nama asal dia dengan Amirah lagi… peace!’

so adik2 yang dah terer berjinak dengan kapel… nasihat kak naimah
‘lupakan jea la impian nak rasa bahagia awal macam dalam drama TV tu…berlakon jea semua tu.. focus dekat study… sekarang adalah masa kita menyintai ilmu...tidak ketinggalan zaman abad pun kalau kita tak kapel zaman sekolah tadika,rendah,menengah or even U nanti ke atau sampai alam kerja nanti ke’
Bukan k.naimah menolak cinta, kakak naimah pun suka dekat seseorang ada perasaan lagi
(dekat org lain la)…

hanya orang tidak siuman jea tak da perasaan cinta.
tapi bila tengok diri sendiri balik banyak benda tak uruskan lagi,
so macam mana kita nak yakin perasaan cinta tu andai di luahkan dapat di urus dengan baik.

kalau tak tu ha jadi la macam orang-orang dekat luar sana,
p luah awai-awai,
nak kahwin duit tak dak,
kerja tidur,main game,dating dan makan jea tau,
last-last kapel lama-lama 2 3 4 tahun,
dalam masa tu,
bila dah bosan.. putus, ragu-ragu..putus, nampak yang lebih baik..putus
bila putus menangis,rasa nak bunuh diri, dunia terasa kejam, sengaja jawab main-main masa exam…

Btw

Jom renung bersama


‘Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216

Rabu, 8 Januari 2014

After JDK? Nak buat apa yee?

Assalamualaikum wbt..semoga adik-adik Kak Naimah yang disayangi dan dicinta hanya sahaya kerna Allah sentiasa berada dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah...
semoga urusan diberkati dan diredhai oleh Allah
Alhamdulillah, kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk menikmati nikmat hidup,
nikmat hidup yang memberi kita peluang untuk berbakti kepada agama,mak ayah,saudara,dan negara kita.

Sebelum tu nak perkenalkan diri dulu,
Nama di beri khas: Nurul Naimah binti Zunyazan
anak murid kepada cikgu Saadan Omar...
bekas cikgu fizik dan insan yang membawa diri ni dan kawan-kawan yang lain sertai JDK
Bekas peserta JDK 2010/11.. batch kedua JDK  dan batch Pertama JDK Batu Ampar Resort.
dan pernah jugak jadi fasi sementara utk JDK 2011/12 dan JDK 2013/14,Batu Ampar Resort

dan di 'Turning Point'kan Oleh Allah pada sesi Taaruf Jdk (peserta JDK 2010/11)..
dan bertahan sehingga ke hari ini kerana percaya Hidayah Allah itu sesuatu yg amat berharga dan perlu di jaga


InshaAllah,
Post kali ini sengaja Kak Naimah nak khas kan buat Adik JDK.
dan lebih di khaskan lagi buat adik-adik yang memang sebelum ni xda fikrah Islam (kefahaman islam)
maksud KakNaimah dengan lebih 'direct ' lagi bukan dari MATRI,SMAKL,SMIK dan sekolah agama yang lain serta memang di rumah sudah terdidik dan rela didik dengan suasana islamik sebelum ni

memandangkan ada yang dah mula bermesej dgn Kak Naimah bahawa sekarang mereka di lamun cinta kemaruk rindu dekat JDK dan hati mula rasa kosong dan futur sepanjang cuti sekolah ni..

nak buat apa d rumah...? bosan? xtau nak buat apa? rindu Jdk? Nak jumpa Kak Naimah?

Kak.naimah pun dulu masa keluar JDK dulu
Kak Naimah pun mcm adik-adik juga... hidup tidak tentu arah... rasa lost...
tambah member masa tu bukannya segeng dengan kita dah...
tapi Alhamdulillah sebab family Kak Naimah dah 'planning' apa yg Kak Naimah perlu buat masa cuti ni
iaitu masuk GiatMara ambil kursus Fashion & Dressmaking..
so masa untuk untuk menghabiskan dekat depan FB,berangan dan tertidur lebih masa tu kurang la ada...

Apa yang Kak Naimah buat masa keluar JDK dulu

1) cari dan duduk dalam halaqah..
- ingat lagi saat Kak Naimah berlari-lari pergi ke bilik guru cari cikgu saadan semata-mata nak gitau yg Kak Naimah memang tersangat hajat nak ada orang jaga sbb Kak Naimah yakin Kak Naimah xmampu nak jaga diri kalau duduk sorang-sorang

2) Isi masa
- contoh Nak Naimah pagi sampai petang belajar di Giat Mara, dan akan sentiasa bawa buku-buku islamik yang boleh tingkatkan kefahaman ilmu...
buku panduan solat dengan betul dan buku-buku sirah dan lepas tu share dengan kawan sebelah

3) cari kelas mengaji Al-Quran...
-Kak Naimah dulu serius xpandai mengaji Al-Quran... ada slot yg seminggu setiap malam kena Hafazan di JDK tu macam peristiwa ngeri dalam hidup...tp Alhamdulillah ada kakak fasi dan sahibah-sahibah yang nak tolong betulkan bacaan...
yang penting jangan malu... buat apa nak malu... bukan kita tak pakai baju..
so habis JDK Kak Naimah 'attend' kelas mengaji AlQuran setiap hari lepas habis kelas di Giat Mara
dan sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam..
dan amalkan Al-Mathurat sebagai mana yang kita duk buat di JDK dulu

4) Bina kekuatan melalui ukhwah yang di bina
-jangan pernah lost contact dengan sahabat-sahabat di JDK, jika rumah kita dekat dengan rumah sahabat rajin-rajinlah buat program bersama..
-dan cuba bina jambatan hati yang baru... ajak kawan-kawan yang sekepala dengan kita dulu turut ikut berubah macam kita... baru seronok... ada geng sesama nak berubah...

5)Tidur Awal
-sebab get's ready nak bangun tahajud awal sebelum ke GiatMara...
sebab masa di JDK Kak Naimah belum buat solat sunat taubat nasuha lagi...
sengaja nak bagi masa dekat diri utk betul-betul yakin nak lakukan perubahan
dan setiap hari buat solat isthikarah supaya Allah berikan keputusan SPM dan tempat belajar yg terbaik utk sambung belajar nanti..
dan Alhamdulillah walaupun dulu duk menangis-nangis minta dekat Allah bagi dapat KTD tapi Allah bagi lebih hebat dari KTD utk tarbiyahkan diri iaitu salah sebuah kolej swasta di Perlis dan perjalanan untuk ke Matri hanya mengambil masa 10-15minit sahaja..
Jom menangis beramai-ramai di atas tikar sejadah...

6) 'Updated' di Fb dan Alumni Jdk tentang apa program susulan yg di anjuran oleh Haluan. dan terus bersabar menantikan program HiMega..
-terus relakan hati duduk dan berada dalam proses.
-post menda yg soleh2 dan baik2 d fb


dan soalan yang 'common' yang akan di tanya setiap kali jadi Fasi JDK
bila kak naimah pakai tudung labuh???

-masa mula-mula berubah tu xpakai tudung labuh lagi
cumanya pastikan tudung tu ikut kehendak syara' dulu
xjarang,labuh melepasi dada, dan sesuai..
dan semakin hari tudung semakin labuh
dan lepas ramadhan 2011 baru pakai tudung yang betul-betul
yang labuh dan  rasa selamat...

istiqamah tu perlahan-lahan tapi bterusan
dan Allah pun xsuka perubahan yang secara drastik tanpa ilmu

istiqamah itu memang sakit tapi itulah yang terbaik buat kita...

sebab selalunya pahit itu penawar, manis itu penyakit...


ada satu ayat nie yang buat Kak Naimah kuat bertahan sampai ke hari ni
(dapat masa slot bersama Ustaz Al-Hami, anjakan paradigma)

'Islam dan jahiliyah selamanya xkan bersatu dan tidak boleh bersama'

Jom adik-adik kak Naimah kita runtuh dan tinggalkan Jahiliyah dan kembali kepada hidup yang lebih bahagia dan sempurna  iaitu dengan mengamalkan Islam di segenap urusan kehidupan kita..

Allah tak tengok siapa kita di masa dahulu,
siapa kita di masa hadapan
tapi
Allah nilai siapa kita di masa 'sekarang'..

Semoga Allah tak henti-henti bagi petunjuk dan Hidayah buat kita semua...

(Jumaat nie 10/1/14 knaimah ada program dengan anak murid cikgu saadan yg sertai JDK 2013/14 yg lalu)

Semoga Allah terus berikan kekuatan,ketabahan,kesabaran dan semangat buat kita semua utk lakukan anjakan paradigma..

Jumaat, 3 Januari 2014

2014 yg Barakah

Fitrah

Pemuda/i dengan sifatnya yang sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat,
keinginan yang tinggi untuk cuba melakukan  suatu pembaharuan,
serta
orang lama atau org tua yg kaya dengan pengalaman
makan garam dulu dari kita...

Kadang-kadang aku mengaku aku sedar bahawa
aku sedang melimitkan masa aku di rumah dan lebih banyak program di luar rumah..
kadang-kadang aku xsedar samaada mak ayah aku terasa hati ke x..

bersyukur ada mak abah yg xhenti-henti dan xjemu-jemu memberi nasihat sehingga mereka
dan aku sendiri menitis air mata...

memang kata-kata mereka setajam jarum dan pisau
sehingga kita boleh tersentap sehingga terasa ibarat hati kita ni di belah-belah dan di cincang-cincang...

tapi selalunya yg pahit itulah penawar..

Antara kata-kata yang terkesan,

Dari abah

'jangan kita menafikan hak ibu bapa kita dalam meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah kita,
jadilah kakak macam Uwais bin Qarni'

'kakak kena berdakwah ikut fiqh wanita,
jadilah macam Asma' binti Abu Bakar..'

dan

Dari mak pulak

1)kekuatan dakwah kita adalah berdakwah dalam rumah kita dulu,
jangan kita dok keluar rumah berdakwah,
tapi kemungkaran dalam rumah kita tak cegah,

2)Jadilah seperti arwah ammar.. 
dia nak buat apa-apa program pun dia bagitau mak dia.. 
xpernah missed telefon mak dia

3)mak dan abah bukan apa,
tugas kami ada dua jea
nak ajar kakak taat pada Allah,
taat pada ibu bapa 
supaya nanti kakak akan automatik taat kepada suami kakak

4)kami xnak kesilapan generasi terdahulu kakak ulangi.


Kadang2 mak ayah bukan sengaja nak marah n tegur kita,
tp mereka sedang guide kita...
bantu kita sebenarnya supaya berada di atas jalan kehidupan yang betul,
supaya xda kesilapan-kesilapan generasi dahulu kita lakukan kembali,
belum tentu apa yg kita rasa betul itu betul...

*Sebab itulah Rahim ibu yang melahirkan kita adalah yang Terpilih...Pilihan Allah

Itulah muqadimah awal 2014 oleh mak abah

dan azam tahun nie

segala-galanya mahu lakukan terbaik,
bersangka baik dengan diri sendiri n org d sekeliling,
pergi dengan lebih jauh lagiiiii....

Allah x tengok siapa kita yang dahulu, siapa kita di masa d hadapan
tapi
Allah nilai siapakah kita di masa sekarang...