Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Rabu, 31 Julai 2013

Salah siapa???

Assalamualaikum… salam ramadhan terakhir (sempena 10 hari terakhir ramadhan 1434)
Mudah-mudahan ramadhan kali ini kita memperolehi sesuatu…
sesuatu yang tersangat bermakna…
sesuatu yang tersangat hati-hati dan roh kita hajatkan iaitu di akhir penghujung hidup…
kemenangan yang kita bakal perolehi adalah Jannah Allah…

Di mana di sana la segala-galanya kekal abadi bukannya sementara seperti sekarang…
kita akan bersama selama-lamanya dengan Insan yang kita saling kasih mengasihi
dan akan sentiasa mendapat apa yang kita hajati.

Andai di dunia anak-anak itu adalah pinjaman ibu ayah semata-mata tetapi d akhirat kelak anak-anak yang kita cintai itu akan kekal bersama kita di syurga..
saling bermanja-manjaan,saling kasih mengasihi, saling memenuhi antara satu sama lain,saling bahagia membahagiakan….

Alangkah malangnya andai NERAKA JAHANAM tempat kembali kita nanti… Nauzubillahminzalik
(semoga Allah lindungi kita)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah siapa??

saya pernah join satu program remaja nie…
masa sesi questions and answers d akhir setiap ceramah or program itu
saya sedar ada 2 soalan yang sama tetapi d tanya oleh 2 orang remaja yang berbeza..
(sebaya dengan saya, saya teka)
dan sebelum sebelum program tu berlangsung saya sedar ‘babak’ seperti itu pun terjadi depan saya dan d hari ini ‘babak’ itu berlaku lagi di depan saya (masa di farmasi,tempat praktikal saya)

Kisah pertama

soalan mereka lebih kurang macam nie

‘macam mana kita nak hadapi orang yang kita yang lebih ‘alim’ or baik dari kita… kadang2 kita dah pergi dah dekat mereka tapi mereka macam xboleh terima kita…’

kisah kedua

masa sebelum program itu bermula
masa d sesi pendaftaran ada seorang remaja yang d depan saya nie tertiba cakap dekat kawan sebelah dia
‘kau pergilah daftar… aku tunggu dalam dewan, itu lah perempuan yang aku xsuka tu…’
dan kwn dia pun balas
‘yang mana???’

‘tu yang depan kita nie dia pakai purdah’

masa tu saya d belakang mereka tersentak… takut saya… andai selamani ada juga insan-insan yang hadir tak suka kan saya… dan mungkin ada cara yang tak kena ketika saya bersama mereka

kisah ketiga

saya ada seorang senior nie… kami praktikal sekali… dia tersangat la suka bercakap dan hobinya memang bercakap n menyakat orang..
dan tipulah kalau saya cakap dia tak pernah menyakat n mengusik saya…
dan setiap kali dia mengusik pasal saya
saya selalu jea berdoa dan setkan dalam hati supaya saya tak termarah dia atau terasa dengan dia
dan respond saya untuk tindakan dia kadang-kadang tersenyum jea…

pernah kawan saya ni suruh dia diam dengan nada teguran xkena

‘kau diam la,aku dah la tengah xok’

padahal time tu dia tengah explain dengan kawan saya tentang susunan fail (niat nak tolong)

then dia mengadu dekat saya

‘xpernah dalam seumur hidup saya ada orang suruh saya diam even mak saya sendiri’

dan  tadi ada seorang staff farmasi nie tegur dia

‘awak boleh diam xsatu hari?? Asyik bercakap dan bernyanyi jea… xpenat ke bulan-bulan puasa nie??’

saya yang ada d tempat kejadian jadi tersentak dan terkejut sebabnya staff tu pakai dah sempurna tutup auratnya siap berstokin (harap ada yang faham) lagi….
dan selamani dia memang staff yang agak pendiam dan xbanyak cakap…

saya sambil filling2 ubat untuk patient saya cakap dekat dia

‘awak jangan la terasa dan marah na??’

‘untuk apa?? Perempuan tadi??’

‘eh tak baik tau panggil dia macam tu...??’

‘habis tu nak panggil binatang… kalau dia pakai tudung selabuh alam pun kalau cara nak tegur orang xkena… baik xpayah…’


dan saya terdiam terus…

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang kita yang ada ilmu agama lebih dari orang lain la kena lebih banyak tahu tentang adab dan akhlak dalam Islam…

cop budak agama tu bukannya tanda yang kita lebih mulia dari orang lain…

Islam itu meraikan orang bukannya menyeksa orang…

dan apa yang saya dapat dari senior saya masa dia mengadu dekat saya

‘teguran suruh diam itu ibarat macam nie sebelum nie… kita dah biasa ceduk guna tangan kanan tetiba ada orang suruh ceduk guna tangan kiri’

blog kali ni bukannya berunsurkan berat sebelah menyalahkan orang yang pakai kopiah tudung labuh jubah or purdah…

tapi Ya dan tak di nafikan lagi orang-orang yang berpakaian yang melambangkan ‘islamik’ nie ramai orang pandang… ramai yang nilai… ramai yang tengok…

so kita yang memilih berpakaian macam nie la kena sediakan pelbagai dan banyak ilmu di dada… bukannya saja-saja pakai nak ikut trend semasa…

sebab kita tak nak beri Fitnah pada Islam…

( dan saya mengaku sebelum saya pakai tudung labuh jubah pelbagai saya pun asalnya anti perempuan2 yang tudung labuh sebabnya saya pernah ada krisis dengan geng2 yang macam nie…
‘mereka pakai tudung labuh tapi mereka kapel jadi apa bezanya mereka dengan saya bertudung bidang 45 dan jarang pakai tudung (masa sukan) pada masa itu’…

saya mengambil masa satu tahun untuk pakai tudung seperti yang saya pakai sekarang…
nak bersedia mengambil masa yang lama…

---------------------------------------------------------------------------------------








tutup lah mata,bukalah hati,pekakkan telinga,lapangkan dada, berhenti memekak, teruskan laksana…

semoga Allah teruskan berikan petunjuk dan Hidayah buat kita…

suka saya sebut ayat2 Ustazah Fatimah Syarha..

‘balik buat kerja blako’

apa yang saya faham melalui pesanan ustazah Fatimah Syarha nie

habis jea program or majlis ilmu kita pakat-pakat belajar untuk mengaplikasikan apa yang kita dapat di setiap majlis ilmu kita…

kita belajar kitab2 agama dan seni2 berdakwah dah berpuluh2 kali khatam bila lagi nak laksananya dalam urusan kehidupan kita…

Jadi jom… betulkan kembali… tiada yang salah Cuma malas jea ada….





Isnin, 8 Julai 2013

Tips kaya...

Assalamualaikum wbt...

semoga para malaikat sentiasa mengaminkan dan Allah memperkenankan doa-doa kita...

firstly, nak mintak maaf kepada sesiapa yang subhanAllah rajin dok follow blog saya (ada kah... maybe... not sure...hope so)....maaf sebab lama tak updated post... kekangan masa...
(maybe penat bertukar department dan cara kerja)
 tapi actually lately nie saya banyak post di facebook sebabnya facebook nie maybe lebih terdedah kepada orang2 yang suka baca sesuatu yang ringkas dan padat... dan saya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca status2 sahabat2 d fb..
so di samping mengambil manfaat memberi manfaat juga..
 fb saya https://www.facebook.com/cahaya.kenikmatan.9

actually, untuk post kali nie tak tahu samaada nak post di fb or blog... (twitter maybe xmuat kot)...oh ya saya  dah ada twitter then boleh la follow kalau rasa nak follow... https://twitter.com/KenikmatanNur ...xnak xpa... ok jea... xda masalah...

------------------------------------------------------------------------------

Tips kaya...

saya xbekerja...saya masih d bawah tanggungan Pinjaman MARA dan mak ayah... so setiap bulan saya akan dapat elaun sebanyak rm530/550 mcm tu... saya sebagai anak sulung jarang mintak duit dekat mak dan purata maksimun yang saya akan mintak mak abah tolong support setiap bulan ada rm150 sahaja (if duit mara dah habis guna)...

dengan elaun saya tulah saya akan guna bayar duit asrama rm120 setiap bulan, bank in dekat mak rm50/100 setiap bulan dan awie rm50 dan termasuklah guna untuk ke sana ke mari naik teksi (demand sikit)

kalau untuk orang lain rm 550 yang Mara bagi tu macam xcukup...
tapi bagi saya sebenarnya cukup kalau kita betul2,,, meletakkan pengharapan rezeki kita tu dekat Allah..




1) Niat kerana Allah

setiap kali beberapa hari duit elaun nak masuk.. niat sesiap nak guna di jalan untuk dapat keredhaan dan pengampunan Allah.

2) Solat sunat dhuha

setiap kali rasa terdesak sangat-sangat... rajin-rajinlah diri untuk hadir dalam solat sunat dhuha... buktikan bahawasanya kita betul-betul tiada tempat pergantungan selain Allah.
dan inilah yang saya lakukan setiap kali nak turun program... d sebabkan saya xnak menyusahkan duit mak abah saya,,, saya akan berdoa dekat Allah bersungguh-sunguh untuk saya meredhakan hati saya korbankan duit mara... kadang-kadang rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk...
daripada program yang saya xmampu untuk turun Allah akan jadikannya ia 'percuma'
pasti akan ada insan-insan yang Allah pilih untuk infaq buat diri nie..

3) Pengurusan kewangan

buat list sesiap 2 3 hari sebelum duit elaun keluar... bahagikan yang mana keperluan dan keinginan..
kadang2 tersasar juga beli yang keinginan banyak (manusia xlepas dari dosa)

4) sedekah..

sedekah d masjid or peminta sedekah d tepi bank sekurang-kurangnya rm3...
(jauhi sangkaan)
 dan yakinlah dengan janji Allah dan ambil ikhtibar kisah saidina Ali dengan buah delima..




5) belanja..

okeh saya bagi urutan siapa yang harus di belanjakan  dahulu dan kemudian
1) mak ayah
2)adik beradik
3)sahabat handai
4) orang2 d sekeliling...

jangan kedekut... jangan kedekut... jangan kedekut... sebab segala2nya rezeki tu datang dari Allah...
yakin... yakin... yakin lah...

---------------------------------------------------------------

di sini ada satu kisah yang betul jadi pada diri saya... baru-baru nie lah

ramai yang tahu saya pergi program TeenAce of langit Ilahi
(sebab saya banyak post status n gambar masa d sana d fb saya)

sebelum saya daftar saya mengalami di lema yang sangat dahsyat
1. sebab yurannya pada mulanya saya rasa xmampu nak bayar untuk 2 orang
2. dalam bank dah tinggal rm 400++ sahaja
3. xsure sama ada adik saya betul2 boleh attend ke x program tu

saya solat hajat dan solat sunat dhuha bersungguh-sungguh semoga Allah mudahkan urusan saya mengeluarkan duit dan daftar ke program tu

selepas dah mintak izin mak abah untuk bawa adik ke sana guna  elaun sendiri then saya daftarlah
sebanyak rm260...termasuk penginapan untuk saya dan adik saya...

dan saya dah siap berniat seandainya diri saya atau adik saya xdapat hadirkan diri ke program teenAce
saya sedekahkan kesemuanya untuk mereka(langit ilahi) dan xkan refund2...
sebab saya yakin setiap tindakan kita yang menuntunnya adalah Allah...

dan Alhamdulillah Allah izin dapat join juga

tahu apa yang Allah balas dengan rm260???

sebelum saya naik teksi ke lrt bandar tun razak
saya ke mesin Atm untuk tengok duit elaun masuk ke x sbbnya dah hujung bulan 6

dan saya terkejut..
subhanAllah Allah ganti

saya tengok mara masukkan duit

RM1400  ++ untuk bulan Julai...

saya tunjuk penyata akaun saya dekat adik saya supaya adik saya mengambil ikhtibar

dan saya bagitahu dia

'kalau kita guna duit untuk Allah,Allah akan bantu'

dan saya ulangi cerita tentang sirah saidina Ali,saidatina fatimah,orang tua yang lapar dengan buah delima dekat awie sepanjang perjalanan ke teenAce...



Penutup...

'bersyukurlah mudah2an Allah memberikan kita rasa kaya di atas nikmat yang sedikit'


(Ramadhan Kareem... 1434)