Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Rabu, 30 Oktober 2013

Resah hati~~

Aku masih tidak boleh melelapkan mata…
mungkin insomnia agaknya
kerana sejak akhir-akhir ini aku seolah-olah sedang memaksa ia untuk stay up sehingga malam
.
Tadi di awal 12 tgh malam…
aku dah mempersiapkan diri hendak tidur…
pusing ke kanan ke kiri…
sharing moment dengan sahabat tercinta ku kerna Allah pun dah selasai
(sbb dia tidoq dulu)

So aku bangun tercari-cari apalah nak buat
nak stdy rasa mood xsampai lagi…
maybe sekejap lagi lepas tulis blog kot…

Hati aku resah gelisah sebab aku di marahi dengan mama aku 2 hari yang lepas
Aku janji xkan ke program  seminggu sebelum test or exam
dan memang aku dah plan untuk final exam pada 4hb nov
seminggu sebelum itu xkan ke mana-mana
entah bagaimana Allah hadirkan pada hati saya dan amalina
last2 minit untuk kami berdua hadir jugak ke KOBAR..

mungkin faktor short sem yg membuatkan kami agak susah untuk ke halaqah dan di tambah pula mas’ulah kami sedang sarat mengandung sekarang..

mula-mula aku hendak merahsiakan hal ini kerna aku yakin pasti aku akan kena marah teruk punya..
tapi ntah macam mana masa malam tu mama kol aku terlepas cakap
‘Kakak nak p KL, ada program..’

terus mama berubah mood dan dalam banyak2 ayat ada satu ayat yang mama bagi aku resah sampai sekarang

‘Kalau CGPA kakak dah 3.94 dah sekarang xpa la, tahu x mama duk risau kakak nak sambung degree nanti..’

dan saya hanya mengakur kata2nya…

itulah fitrah seorang ibu yang sentiasa mahukan apa sahaja yang terbaik untuk anaknya…

tapi di satu sudut yang lain saya dan amalina terasa bersalah dengan salah seorang mak cik Perlis yang handle KOBAR…

mak cik hajat sangat-sangat aku ke KOBAR kerana aku adalah salah seorang wakil siswi negeri yang di lantik untuk menguruskan siswi-siswi sekitar Perlis ke KOBAR…

Tambahpula mak cik xda anak perempuan jadi mak cik hajat saya turun sekali
dan mak cik tidak kenal semua siswi ipt yang saya lantik untuk uruskan siswi di ipt mereka masing…

Di satu sudut nada iaitu mama aku, aku mendengar keluhan resah mengenangkan  result aku yang masih belum mencapai tahap keinginannya

Di satu sudut nadayang lain  iaitu mak cik Perlis, aku mendengar suara gembira mak cik yang tersangat menghajatkan kami ke sana..

Ada juga aku merasakan mahu sahaja keluarkan hujah-hujah untuk mama aku
tapi  aku harus bersifat matang dan berfikir panjang

‘Mungkin apabila aku tua atau bergelar ibu nanti aku jugak akan membuat tindakan seperti itu atau mengkin lebih teruk dari itu..?’

dan aku mengambil keputusan berdiam diri dan merahsiakan aktiviti aku

kerana aku pernah bersembang tentang hal ini dengan sahibah aku..
ayat beliau yang saya semat baik2 dalam hati saya

‘Ana bukan xnak bagitau ana p program sana sini tapi ana xnak bagi mak ayah ana risau, kan kita sebagai anak xboleh bagi mereka risau…’

Jadi untuk tidak mengecewakan mama saya, saya sekarang dalam mood yang bersedia untuk start engine laju2 untuk stdy…

Semoga Allah redha segala keputusan  dan urusan saya dan Amalina untuk ke KOBAR…

menghajatkan doa dari semua…

(InshaAllah, akan cuba pujuk mama lagi sekali…. Itulah sunah orang beriman…
Jalan ke Syurga tidak di hampari pemaidani merah tapi sebaliknya di taburi dengan kaca duri dan berliku..)