Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Khamis, 5 Julai 2012

3 hari 2 malam d MASDAR


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk merasai nikmat-nikmatNya pada hari ini.
Mari lah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk kembali mengingati kembali siapakah kita hakikatnya di PandanganNya.

Kali ini saya nak share sikit… pengalaman 3 hari 2 malam di Ma’ahad Tahfiz Sains Darul Mustaqqin (MASDAR) di padang sera,kedah..

Semoga Allah merahmati…

Pada tanggal 24 Jun 2012. saya telah di beri tanggungjawab oleh salah seorang guru Masdar  (k.zuraini) untuk m’handle atau memantau pelajarnya yang mengikuti pertandingan syarahan sempena expo di Sekolah Menengah  Agama Kampung Laut,Terengganu.(SMAKL)

Berdebar-debar juga  pada asalnya. Kerna entah macam mana Allah izin saya boleh p dengan sendirinya nak offerkan diri nak p tolong pelajar K.Zuraini tu. Sedang kan  selama nie just ada pengalaman jea jadi penjaga masa untuk pertandingan pidato dan pengerusi majlis hafazan Al Quran. Dulu masuk pertandingan Syarahan agama pun sebab dengar cakap ustazah dan nak tolong ustaz(tu pun xmenang sbb 1st time).

Tak apalah. Redha jea la. Mulut dah kata setuju. Takkan nak tarik diri. Pasti ada sebab Allah susun macam tu kan…

Sesampai di asrama…

kehadiran saya di sambut oleh dua orang pelajar yang bernama athiroh dan ain. Athiroh itulah yang bakal menjadi mentee saya . Dalam hati bermonolog “adik sahabat aku rupanya,xpa-xpa aku xkisah”

pertama kali kaki saya melangkah di sana aku terasa seperti tuan puteri. Katil  telah tersedia. Mereka tolong mengangkat barang-barang masuk ke dalam bilik warden. Di tunjuk nya tmpat mandi dan tempat sidai pakaian. Bagi saya time itu ‘Alhamdulillah,sempurna’

Seusai mandi dan solat maghrib berjemaah…

saya mengambil peluang untuk bersembang-sembang dengan kak khalida dan kak safiya. Mereka adalah salah seorang guru dan warden di sekolah itu. (kekok juga tapi kuatkan diri jugak)


Selepas solat isya’ berjemaah..

Saya berpeluang melihat adik-adik  membuat latihan  untuk mereka perform nanti di EXPO SMAKL.

Terasa seram sejuk apabila melihat mereka. Dalam hati berbisik (MasyaAllah,Hebat!)

Sampai giliran Athiroh memulakan sesi latihan nya di hadapan cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat nya.

saya melihat dengan penuh kagum kerna athiroh dah berjaya mencari potensi dirinya pada usia yang muda sedangkan saya apabila masuk tingkatan 4 baru saya tahu hakikatnya siapakan diri saya sebenarnya.

Tapi xpa…..

Keesokan harinya (25/6/12)

Athiroh dan sahabat-sahabatnya yang mengikut pertandingan sempena expo smakl masih perlu membuat latihan lagi. Kali ini mereka perlu perform di hadapan cikgu sa’adan (naib mudir masdar) dan  isterinya. Saya  sekadar menemani Athiroh dan bakal mencatit segala komen yang diberikan oleh cikgu.

Cuak mula menjelma..

Cikgu suruh tukar semua isi teks syarahan, katanya tidak menepati piawaian tajuk. Memang saya sedari banyak ralat dekat teks itu tapi saya xsempat hendak mrenew kembali sebab  2 minggu sebelum itu saya ada final exam untuk sem 3.

saya  terpaksa di kuarantikan di pejabat sekolah dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang kerna pada malam harinya athiroh akan perform lagi hadapan cikgu-cikgu. Lenguh jari jemari menaip dan lesu otak memikir dan mcari idea tapi xpa (pengalaman).



Seusai solat maghrib dan Isya’

Sesi latihan pun bermula. saya tahu ahtiroh stress tapi saya buat rilek dan cool jea tapi dalam hati Allah jea tahu. Kata-kata semangat tidak putus-putus dari bibir. saya tahu dia boleh buat. saya yakin.

Komen dari cikgu sa’adan

Kena upgrade sikit lagi isi tu dan cari isi yang boleh membawa balik penerangan kepada tajuk.
dan esok mereka akan perform lagi tapi esok pagi mereka kena perform semasa perhimpunan.




Hari terakhir aku di Masdar (26/6/2012)

Sekali lagi kena renew teks syarahan. Tapi xpa kali ni saya tengok athiroh sendiri yang  berusaha  bersungguh-sungguh hendak membuatnya, di cari isi-isinya di buku solusi dan di mintanya hadis-hadis dekat mudir(ustaz al hami) dan cikgu-cikgunya. saya pada hari tu sekadar memantau supaya teks itu berjaya di siapkan sahaja.

Pada hari itu saya berpeluang melihat adik-adik membuat latihan debat dan tulisan khat.
‘subhanAllah cantiknya suasana pada ketika itu’

Teks sudah berjaya d print dan tugas ku selesai…

Mengambil peluang sisa baki yang ada….

Seusai qoilullah dan solat zohor berjemaah.


saya  mengambil peluang untuk duduk bersembang-sembang dengan adik-adik di ruang solat.
Ada yang mengambil lagu dan menonton video d laptop saya, ada yang mengemas baju untuk bertolak ke Terengganu, basuh baju, tido dan macam-macam gelagat la. Tersenyum  melihat mereka. Comel….

saya tinggal mereka sebentar dengan membiarkan mereka menonton cerita hafalan solat delissa sementara saya pergi mengemas baju untuk bersiap-siap pulang. Tujuan saya sebenarnya tidak mahu mereka menyedari bahawa saya akan pergi meninggalkan mereka lagi beberapa jam jea lagi.

Seusai solat asar dan bacaan Al mathurat.

Afifah mengajak ku makan di dewan makan. Amani  mengambil peluang untuk mengutip ibrah dari kisah hidup ku. Annida menyimpan gambar-gambarnya d laptop ku, nuha mengecas mp3 di laptop ku, solehah mtansfer lagu ku d bestarnya, ada yang nak tahu cara nak perform debat dan sebagainya. Kali ni saya nak spend masa dengan adik-adik saya sepuas-puasnya.

Apa yang di hajati akan ku turuti. Kerna ku belum pasti adakah akan bertemu lagi.

Sepuluh minit sebelum maghrib kereta kancil puteh saya menunggu d hadapan asrama.

‘Ya kak naimah akan pulang.’ Terasa sebak di hati saya tahu mereka berhajat supaya saya berada sama di sana tapi apakan daya saya sudah berjanji  untuk spend time dengan kedua ibubapa saya.  Selesai sudah tugas saya di Masdar. Mudah-mudahan Allah redha segala urusan saya sana dan semoga kita akan btemu kembali….

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAN keputusanya Alhamdulillah… athiroh mejadi johan syarahan bm, izzudin khalis johan syarahan bi dan nuha naib johan syarahan ba. Tahniah wahai generasi-generasi ku….

-Tamat-

berita gembira utk adik2 masdar, k.naimah dah hafal kesemua nama adik2…

(afifah nabilah,hasanah,widad,athiroh,nuha,syarifah,fatini,ain,khadijah,aisyah,solehah,amani,annida,adila,fatimah dan hannan)--> kalau tersalah eja nama sori d minta... =)



Semoga Allah menjaga generasi-generasi ini…dan Allah meredhai jari jemari ini… Amin

Tiada ulasan: