Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Rabu, 20 Mac 2013

Result~~~

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa terus melimpahkan Rahmat kasih sayang dan rindunya terhadap kita Umat Muhammad...

----------------------------

Semua orang dok cakap pasal 'result' so saya terasa terpanggil di sini utk share pengalaman saya dengan anda... semoga bermanfaat



------------------------------------------------------------
UPSR...



Masa tu saya  pergi ambil result UPSR dengan kawan baik saya,Atikah.
Saya tak sempat pergi dengan mak sebab mak saya kerja hari tu.

Berdebar-debar saya dan Atikah tunggu.
Atikah adalah jiran saya,kawan baik saya tapi kami tak sama kelas.

Dalam kepala saya dari rumah dah ter'set' saya hanya mampu dapat 1A jea then yang A tu pun subjek sains sebab saya minat sains dan dari darjah 4 lagi saya xpernah dapat kurang dari C dan sering kali dapat A.
maybe itu genetik mak saya kot.

dan dari sekolah lagi mak saya xpernah bagi chance dekat saya dia selalu tekan saya.
dari kecil lagi.
walaupun saya duduk dalam kelas number 2 dan sering dapat markah yang agak tinggi.
dia sering cakap saya still lemah lagi, duduk dalam kelas belakang, xcerdik dll.
dan d sebab itulah saya ini akan sering berpindah randah kelas.
apabila sekali d tekan dengan begitu teruk saya akan study bagai nak 'rak' then saya akan masuk ke kelas no. 1 tapi bila saya dok dlm kelas no.1 saya sering d buli dengan kepandaian mereka.
dan saya apabila down ketika berada di kelas no.1 then saya kembali ke kelas no.2 pada tahun berikutnya.
begitu la seterusnya....

Biarlah itu.... sejarah hitam... bebalik kepada kisah tadi ...

Apabila nama saya di sebut. Saya cepat-cepat ambil slip. Tak nak tunjuk kepada sapa2 sebab saya takut doa mak saya termakbul..
sebab
mak saya ketika lagi beberapa bulan nak UPSR selalu cakap macam nie
'kakak nie mak xtau la boleh dapat berapa A, entah2 5E apa.. kalau kakak dapat 1A pun jadi la...'

dan yg saya takut ketika itu adalah 5E...

Pelan-pelan saya buka slip then saya kira A dulu..
satu, dua, tiga... Alhamdulillah 3A... menjerit happy saya ketika itu..
terkejut kawan2 saya..

walaupun result xsehebat 5A tapi saya berasa puas ketika itu sebabnya saya mampu bertahan dengan tekanan2 daripada mak...

dan yang pasti seperti yang saya jangka saya dpat A for science... hihihi... Alhamdulillah..

----------------------------------------------------





PMR..

Fuhh... PMR adalah zaman kejatuhan saya dan saya mengambil iktibar yang banyak dari zaman kejatuhan ini.

masa PMR saya study struggle gila sampai rajin tinggal sembahyang.
saya study sampai pukul 2 3 4 pagi.. dapat pulak tuisyen yang terbaik.

Bila dapat result hanya Allah yang tahu keadaan saya macam mana.
menangis selama 2 minggu. selera makan naik. STRESS! + FRUST!

dengan mak dok bagi tekanan yang kuat lagi.
saya ingat lagi selepas saya dapat result, mak saya pandu kereta laju betul sampai hon dengan kuat dekat jalan.
'tersentap saya ketika itu...'

masa PMR pun saya dapat 3A jugak dan yang A itu adalah subjek yang pelik2..
iaitu Sains,Matematik dan Kemahiran Hidup...

yang subjek senang macam bi,bm,sejarah dan lain-lain xboleh pulak dapat A... (heran)

saya mencari2 kelemahan saya kenapa saya hanya dapat 3A..
then saya tahu kenapa
saya rajin tinggal sembahyang.. terlebih rajin

dan hikmahnya masa form 4 & 5 muka saya sering ada dalam surau sekolah setiap kali sebelum balik..
(solat zohor dan asar dulu baru balik rumah)

dan cita-cita saya untuk ke SBP xkesampaian..

--------------------------------------------------





SPM

yang nie special sikit....
saya dari dalam rumah saya dah start REDHA...
semiggu sebelum tu dah settle dah perasaan gemuruh..

Itulah hebatnya apabila hati sudah terikat dan terpikat dengan dakwah n tarbiyah..

Segala keputusan di serahkan kepada Allah

dan saya dah agak dah Allah akan bagi result tu jugak

then apabila saya dapat result.. saya bersyukur sambil tersenyum.
dalam kepala saya ketika itu saya xingat sapa dah melainkan seseorang cikgu ni
saya berlari terus jumpa cikgu sa'adan dengan zainab.

kami berdua mintak pendapat tentang result kami.

cikgu sa'adan kata result kami lepas utk masuk matrik.

saya tak terfikir matrik ke apa ke yg saya fikir KTD(Kolej Teknologi Darul Naim) jea ketika itu.

dan dengan result ini akan mengukuhkan lagi alasan saya kepada mak n abah utk masuk KTD.

eh... tlupa nak bagitau saya dapat 3A jugak utk SPM.
tapi subjek sains saya semua xdapat A termasuk ADD Math..
cumanya A utk Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu.. Alhmdulillah,Ok la tu kan...

sambung balik cerita...

saya memang berhajat2 sangat utk ke KTD dan xkisah pun nak ambil kursus apa pun.
tapi masa tu berkenan nak buat engineering in elekronik atau amik kos komunikasi
Apa-apa pun..
janji ada sahabat-sahibah, pak cik mak cik dan pensyarah-pensyarah yang mampu jaga dan tolong pantau diri ini.
tapi ada satu kuasa veto yang tak mampu saya lawan iaitu hajat n pemintaan mak saya.

Di KTD xada kursus yang mak saya berkenan..
mak saya mahu suatu hari nanti saya menjadi seorang doktor or orang yang bekerja dalam bidang perubatan macam dia juga..

dan saya terfikir macam mana la nak jadi doktor dan lain-lain??? result saya xmengizinkan pun saya dapat jadi Doktor..

saya runsing punya runsing then saya ada sembang dengan seorang mak cik nie ketika itu saya kena handle jadi fasi utk AGM Haluan di Usm.

dan mak cik jawab satu ayat yang subhanAllah hebat

'Sebab kuasa Veto tu la kita kena rai...' saya terdiam, terkaku dan terima kasih mak cik.

Kali ini saya ikut cakap mak saya

saya daftar utk masuk form 6 di Sekolah Menengah Penang Free School.
dugaan yang besar masuk sekolah tu..
saya tidak selesa keadaan sekolah yang majoriti lelaki dan minoriti perempuan termasuklah dengan guru-guru yang majoriti non-muslim...

saya luah dekat mak saya..

then mak saya cakap, xapa kita tunggu jawapan daripada mesir tentang kakak nak sambung buat Farmasi d sana.

dalam masa dok tunggu-tunggu

tetiba dalam suatu hari tu terlintas d hati saya nak kemas surat-surat tawaran masuk ke IPT.

then saya terjumpa satu sampul yang masih belum di buka dan di tengok.

saya d beri tawaran menyambung pelajaran d sebuah kolej swasta dalam bidang Farmasi.
dan tempatnya jugak menarik iaitu di Perlis
Yang mana saya tahu Matri d perlis dan saya yakin akan ada orang mampu jaga saya d sana.

-------------------------------------------------------------

Ketika d Zaman kolej(sekarang)



cukup la saya bagi semangat saya pernah sekali dapat 4 Flat dan xpernah dapat pointer less than 3.00..

dan kini saya berbaki tinggal hanya 3 sem lagi utk menamatkan pelajaran di kolej tersebut.
sebagai seorang Pemegang Diploma Farmasi.

dan sekiranya result akhir saya mengizinkan saya utk sambung ke peringkat Degree..
In Sha Allah saya akan teruskan x kisah sama ada d IPTA/IPTS

dan saya harap moga cita-cita mak saya utk melihat saya menjadi Doktor termakbul..

semoga Allah mudahkan segala urusan kita...

apa yang paling penting

'kita Redha dengan ketentuan Allah dan In Sha Allah, Allah akan tunjuk kan jalan dan hikmahNya....'



Isnin, 4 Mac 2013

Di sebalik perkataan 'nikah' dgn saya...




‘Betul ka naimah nie umur sama batch gen 16 matri??? Kak Macam tak percaya jea??

saya kerut dahi melihat wajah seorang kakak ni..

‘Ya la,batch depa la...  kenapa kak??... baru umur 20thn’
(dalam hati dok terfikir pasti dia kata aku nie mcm budak2 sbb aku start dari dtg program hanya diam,membalas senyum n mampu bertanya khabar adik2 Lepasan Spm Matri sahaja... belum memberi kesempatan utk diri lagi bcakap d hadapan adik2)

tapi sebaliknya

‘xla macam tak percaya jea... naimah nampak matang sangat??...’

saya mampu membalas satu ayat jea

‘dak aih(tak la)... ‘ sambil tersenyum melihat wajah sahibah saya..

dan sahibah pun balas

‘betul-betul...naimah nie adalah seorang adik yang sangat matang...’

(ketika itu hanya Allah jea tahu... hati ini dok beristighfar laju... takut2 syaitan mgambil kesempatan d atas pujian tadi)

tutup bab matang...

----------------------------------------------------------------------------------------------


sejak  awal datang ke Program Tamrin HQ Khas Gen 18th..
Saya dan kak syafiyah menginap d rumah umi za...
Umi angkat kak syafiyah dan kakak2 yang lain..

Awal pengenalan saya dgn umi pun melalui dengan kak syafiyah jugak..
ketika itu kami semua ada program ‘Muslimah Day Out’ d politeknik sirajuddin,perlis dua tahun yang lepas..
Alang2 kami dah musafir dari penang...
Lebih afdal kiranya kami melawat2 rumah2 makcik2 di Perlis...
ketika itu kami hanya datang ziarah sahaja kerna esoknya masing-masing akan ada urusan tersendiri...


Pada kali ini nostalgia berulang lagi...

Cuma bezanya Allah izin Musafir kami dari penang --
à perlis hanya kami berdua sahaja d dalam kereta....

Banyak ilmu yang kami berkongsi bersama...

Teringat lagi ketika makan tengah hari di dapur di rumah umi za

‘kita kalau nak kahwin nie kena cari yang lebih tua dua dari kita...
sebab lelaki ini lambat matang dari wanita...
tapi kalau dah dapat jodoh sama umur tu xpa Allah yang Jodohkan...’

‘Kita kena msolehahkan diri kita dahulu...’

ketika makan saya kerut tengok muka kak syafiyah...
dari Awal pengenalan kami kak syafiyah sering bagi kata2 semangat dekat saya
tentang perasaan hati ini...

dari masa first saya masuk HQ usm, teman dia jalan2 naik kereta, dan ketika saat bersama dia la...
dia pasti akan bagi saya kata2 yang macam tu...

bukan sebab saya xsuka tapi d sebalik kata2 dia tu membuat saya terharu...
dan rasa bertuah sangat jumpa seorang kakak seperti beliau...

Dulu sebelum saya masuk kolej...
dalam HQ dia ada berpesan ‘Jatuh hati ini sakit....’

dalam kereta dulu dia pernah bpesan
‘kadang2 apabila pinangan yang datang kita xdapat terima sebabnya kita xdapat jujur dgn hati kita sendiri’

dan setiap kali saya dengar pesanan yg sebegitu rupa ia membuatkan diri saya lebih berhati-hati dalam urusan hati n merasakan pnikahan itu adalah satu tanggungjawab dan pengorbanan bukannya suka-suki ikut perasaan n hati kita...

dan kata-kata yang masih bermain d telinga saya...

‘Jangan terus menolak andai jumpa yang dah sesuai... Ingat perkahwinan itu Sunnah Rasulullah’...

‘kita kena ada target dalam hidup kita.... target itulah yang membantu dakwah kita’

Bukan kak syafiyah sahaja yang kongsi tentang ini dengan saya malah hampir semua kakak2 yang saya baru kenal di ambang2 awal sekembalinya saya dalam zone tarbiyah islamiyah ini..

kata-kata itu kadang-kadang memberi diri ini kekuatan n semangat untuk menjadi wanita solehah d Sisi Allah...

Mungkin dari penulisan saya nie anda akan nmpak mereka  ibarat mengalakkan saya berwalimah awai...
tapi sebaliknya tidak...
Sebenaranya kata2 itu share ikhlas dari kakak2...
sebab sepnjang saya bersama mereka saya jarang sekali bercakap soal ‘masalah hati saya’
or ‘si dia’ dan sewaktu dengannya...

Dan  saya yakin itu adalah persediaan buat diri saya
dan setiap ilham yang datang ketika saya bersama  kakak2 yang lain adalah dari Allah swt...

kerna masakan mungkin mereka boleh sharing2 tentang hal pnikahan dengan saya yang mereka jelas  tahu saya ini baru sahaja berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya...

dan Ya itu Dari Allah...

Kerna itulah setiap kali saya bersama dengan kakak2,adik2 or sahabat2 saya automatik ‘masalah’ itu akan lenyap dan terselesai dengan sendirinya...

kak syafiyah ada bpesan pada saya...

‘apabila duduk bersama dengan kakak2 ini kita akn jadi matang... segala tindakan kita akan teratur...’








--------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti ini saya banyak habiskan masa d dapur dengan mama...

saya ini seorang yang sensitif...
sebelum melakukan apa2 pkerjaan saya akan
 ambil wudhuk dahulu...
xkisah la tgk tv,fb,assgment,stdy  ,lipat baju dll...

macam biasa lepas ambil wudhuk saya cakap dekat mama...
‘kakak nak lipat baju dan kemas rumah la hari ini... kakak nak fikir cara umur 20 thn dah...’

‘kalau macam tu setiap bulan kena simpan sekurang2nya rm50...’

‘eh kenapa pulak???’

‘takkan kahwin pun nak guna duit mama n abah lagi...’

‘bukan2... kakak xmau merap(manja) dengan mama sngat dah untuk bab kemas rumah nie... kakak kan dah masuk umur 20’

(adiosss... tersasar pulak cara mak tafsir pcakapan saya)






----------------------------------------------------------------------------

saya dan mama saya ini terkadang suka buat kerja tengah2 malam...
pada malam tu saya teman mama saya packing kerepek pisang utk di jualkan esok...
sambil2 saya baca majalah Haluan dan tengok drama cerita melayu di tv...
biasa la kalau drama nie...
cerita cinta cintun la...

ntah macam mana boleh tidak terperasan
saya boleh terkhusyuk n menghayati drama tersebut
ketika babak si bekas isteri sering mengintai dari jauh bekas suaminya bersama isteri baru
sampai saya boleh terkeluar perkataan  nie berulang-ulang kali
‘kesian dekat dia kan...kesian dekat dia kan...kesiannya...’

sampai mama menyapa...

‘Jangan lah kakak risau dia xkan buat macam tu dekat kakak... mama n abah akan sentiasa doakan..’

‘eh..eh.. bukan...bukan...kakak xrasa apa2 pun.. Jangan cakap mcm tu... kakak bukannya ada calon lagi.... tapi In Sha Allah mak... Dia xkan buat macam tu... amin...’
(terketar2 saya merespon...)





-----------------------------------------------------------------------------

 Konklusi yang dapat saya rasakan setiap kali saya mengalami situasi yang macam dia atas...

saya beranggapan bahawa Allah nak saya sentiasa berusaha dan sentiasa dalam keadaan bersedia lagi...

walaupun ketika ini saya masih berstatus bujang...
tapi
setiap kali saya mengoreksi balik setiap ujian yg saya cuba jalaninya atas dasar keimanan
Allah pastikan balas pula ia dengan seribu hikmah...

‘semoga Allah pmudahkan segala urusan hati kita... amin... =)’

dan

‘semoga saya,anda,dia,mereka dan semua akan d pertemukan dengan Jodoh yg soleh/h dan sempurna buat melengkapi diri kita....amin’



'saya selalu pujuk hati saya dengan ayat ini...
aku berdoa dan berharap agar Allah akan mmbalas segala ketabahan,kesabaran dan tangisan dengan d Jodohkan dgn Si dia...
tapi seandai bukannya dia...
Saya berharap pasangan kami masing2 akan menyintai kami sehinnga mampu melupuskan memori yg terdahulu...
supaya andai kami bertemu kembali dalam melaksanakan tugas2 dakwah...
ia xmenjadi gangguan di hati kecil kami...
tapi
seandainya tidak dapat keduanya dan segala isi dunia...
cukup lah syurga Allah yang aku nantikan kerna d sana aku akan bertemu denganNya dan KekasihNya...

Itulah kebahagiaan yang Hakiki....