Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Rabu, 20 Mac 2013

Result~~~

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa terus melimpahkan Rahmat kasih sayang dan rindunya terhadap kita Umat Muhammad...

----------------------------

Semua orang dok cakap pasal 'result' so saya terasa terpanggil di sini utk share pengalaman saya dengan anda... semoga bermanfaat



------------------------------------------------------------
UPSR...



Masa tu saya  pergi ambil result UPSR dengan kawan baik saya,Atikah.
Saya tak sempat pergi dengan mak sebab mak saya kerja hari tu.

Berdebar-debar saya dan Atikah tunggu.
Atikah adalah jiran saya,kawan baik saya tapi kami tak sama kelas.

Dalam kepala saya dari rumah dah ter'set' saya hanya mampu dapat 1A jea then yang A tu pun subjek sains sebab saya minat sains dan dari darjah 4 lagi saya xpernah dapat kurang dari C dan sering kali dapat A.
maybe itu genetik mak saya kot.

dan dari sekolah lagi mak saya xpernah bagi chance dekat saya dia selalu tekan saya.
dari kecil lagi.
walaupun saya duduk dalam kelas number 2 dan sering dapat markah yang agak tinggi.
dia sering cakap saya still lemah lagi, duduk dalam kelas belakang, xcerdik dll.
dan d sebab itulah saya ini akan sering berpindah randah kelas.
apabila sekali d tekan dengan begitu teruk saya akan study bagai nak 'rak' then saya akan masuk ke kelas no. 1 tapi bila saya dok dlm kelas no.1 saya sering d buli dengan kepandaian mereka.
dan saya apabila down ketika berada di kelas no.1 then saya kembali ke kelas no.2 pada tahun berikutnya.
begitu la seterusnya....

Biarlah itu.... sejarah hitam... bebalik kepada kisah tadi ...

Apabila nama saya di sebut. Saya cepat-cepat ambil slip. Tak nak tunjuk kepada sapa2 sebab saya takut doa mak saya termakbul..
sebab
mak saya ketika lagi beberapa bulan nak UPSR selalu cakap macam nie
'kakak nie mak xtau la boleh dapat berapa A, entah2 5E apa.. kalau kakak dapat 1A pun jadi la...'

dan yg saya takut ketika itu adalah 5E...

Pelan-pelan saya buka slip then saya kira A dulu..
satu, dua, tiga... Alhamdulillah 3A... menjerit happy saya ketika itu..
terkejut kawan2 saya..

walaupun result xsehebat 5A tapi saya berasa puas ketika itu sebabnya saya mampu bertahan dengan tekanan2 daripada mak...

dan yang pasti seperti yang saya jangka saya dpat A for science... hihihi... Alhamdulillah..

----------------------------------------------------





PMR..

Fuhh... PMR adalah zaman kejatuhan saya dan saya mengambil iktibar yang banyak dari zaman kejatuhan ini.

masa PMR saya study struggle gila sampai rajin tinggal sembahyang.
saya study sampai pukul 2 3 4 pagi.. dapat pulak tuisyen yang terbaik.

Bila dapat result hanya Allah yang tahu keadaan saya macam mana.
menangis selama 2 minggu. selera makan naik. STRESS! + FRUST!

dengan mak dok bagi tekanan yang kuat lagi.
saya ingat lagi selepas saya dapat result, mak saya pandu kereta laju betul sampai hon dengan kuat dekat jalan.
'tersentap saya ketika itu...'

masa PMR pun saya dapat 3A jugak dan yang A itu adalah subjek yang pelik2..
iaitu Sains,Matematik dan Kemahiran Hidup...

yang subjek senang macam bi,bm,sejarah dan lain-lain xboleh pulak dapat A... (heran)

saya mencari2 kelemahan saya kenapa saya hanya dapat 3A..
then saya tahu kenapa
saya rajin tinggal sembahyang.. terlebih rajin

dan hikmahnya masa form 4 & 5 muka saya sering ada dalam surau sekolah setiap kali sebelum balik..
(solat zohor dan asar dulu baru balik rumah)

dan cita-cita saya untuk ke SBP xkesampaian..

--------------------------------------------------





SPM

yang nie special sikit....
saya dari dalam rumah saya dah start REDHA...
semiggu sebelum tu dah settle dah perasaan gemuruh..

Itulah hebatnya apabila hati sudah terikat dan terpikat dengan dakwah n tarbiyah..

Segala keputusan di serahkan kepada Allah

dan saya dah agak dah Allah akan bagi result tu jugak

then apabila saya dapat result.. saya bersyukur sambil tersenyum.
dalam kepala saya ketika itu saya xingat sapa dah melainkan seseorang cikgu ni
saya berlari terus jumpa cikgu sa'adan dengan zainab.

kami berdua mintak pendapat tentang result kami.

cikgu sa'adan kata result kami lepas utk masuk matrik.

saya tak terfikir matrik ke apa ke yg saya fikir KTD(Kolej Teknologi Darul Naim) jea ketika itu.

dan dengan result ini akan mengukuhkan lagi alasan saya kepada mak n abah utk masuk KTD.

eh... tlupa nak bagitau saya dapat 3A jugak utk SPM.
tapi subjek sains saya semua xdapat A termasuk ADD Math..
cumanya A utk Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu.. Alhmdulillah,Ok la tu kan...

sambung balik cerita...

saya memang berhajat2 sangat utk ke KTD dan xkisah pun nak ambil kursus apa pun.
tapi masa tu berkenan nak buat engineering in elekronik atau amik kos komunikasi
Apa-apa pun..
janji ada sahabat-sahibah, pak cik mak cik dan pensyarah-pensyarah yang mampu jaga dan tolong pantau diri ini.
tapi ada satu kuasa veto yang tak mampu saya lawan iaitu hajat n pemintaan mak saya.

Di KTD xada kursus yang mak saya berkenan..
mak saya mahu suatu hari nanti saya menjadi seorang doktor or orang yang bekerja dalam bidang perubatan macam dia juga..

dan saya terfikir macam mana la nak jadi doktor dan lain-lain??? result saya xmengizinkan pun saya dapat jadi Doktor..

saya runsing punya runsing then saya ada sembang dengan seorang mak cik nie ketika itu saya kena handle jadi fasi utk AGM Haluan di Usm.

dan mak cik jawab satu ayat yang subhanAllah hebat

'Sebab kuasa Veto tu la kita kena rai...' saya terdiam, terkaku dan terima kasih mak cik.

Kali ini saya ikut cakap mak saya

saya daftar utk masuk form 6 di Sekolah Menengah Penang Free School.
dugaan yang besar masuk sekolah tu..
saya tidak selesa keadaan sekolah yang majoriti lelaki dan minoriti perempuan termasuklah dengan guru-guru yang majoriti non-muslim...

saya luah dekat mak saya..

then mak saya cakap, xapa kita tunggu jawapan daripada mesir tentang kakak nak sambung buat Farmasi d sana.

dalam masa dok tunggu-tunggu

tetiba dalam suatu hari tu terlintas d hati saya nak kemas surat-surat tawaran masuk ke IPT.

then saya terjumpa satu sampul yang masih belum di buka dan di tengok.

saya d beri tawaran menyambung pelajaran d sebuah kolej swasta dalam bidang Farmasi.
dan tempatnya jugak menarik iaitu di Perlis
Yang mana saya tahu Matri d perlis dan saya yakin akan ada orang mampu jaga saya d sana.

-------------------------------------------------------------

Ketika d Zaman kolej(sekarang)



cukup la saya bagi semangat saya pernah sekali dapat 4 Flat dan xpernah dapat pointer less than 3.00..

dan kini saya berbaki tinggal hanya 3 sem lagi utk menamatkan pelajaran di kolej tersebut.
sebagai seorang Pemegang Diploma Farmasi.

dan sekiranya result akhir saya mengizinkan saya utk sambung ke peringkat Degree..
In Sha Allah saya akan teruskan x kisah sama ada d IPTA/IPTS

dan saya harap moga cita-cita mak saya utk melihat saya menjadi Doktor termakbul..

semoga Allah mudahkan segala urusan kita...

apa yang paling penting

'kita Redha dengan ketentuan Allah dan In Sha Allah, Allah akan tunjuk kan jalan dan hikmahNya....'



Tiada ulasan: