Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Isnin, 8 Oktober 2012

Si Tudung Labuh dengan si Bidang 45


GEDEBUK!!!

Syaza yang sedang khusyuk menelaah buku tiba termelatah… opocot! Astaghfirullahaladzim…!

matanya terbeliak apabila melihat  saadiah yang berjalan laju lalu menghempapkan badannya di atas katil tanpa membuka tudung labuhnya,stokin kaki dan tangannya…

‘saadiah… asal nie? Asal nie? Ko ada masalah ke ce cerita sikit…’
tanya syaza yang berlagak berani tetapi
hanya mampu bertanya dari jauh sahaja kerna takut di marahi oleh si saadiah yang wajahnya agak bengis bak harimau yang sedang mencari mangsa untuk di baham apabila emosinya terganggu …

saadiah bangun…. Duduk bersila di atas katil… di tenungnya mata syaza dengan hati yang sayu…
bebola matanya hanya focus kepada mata simpati syaza…

saadiah adalah insan yang dah lama duduk dalam proses tarbiyah…
banyak ilmu… seorang perempuan yang bersungguh-sungguh dalam mencari fikrah islam..
Sering mendekati insan yang menyampaikan ilmu…
dan dia akan usaha menyampaikan kembali ilmu itu kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya
tidak kisahlah ilmu duniawi ke atau ukrawi..
dari seremeh-temeh ilmu itu sehinggalah sepenting-pentingnya,,
tidak hairanlah namanya sering di sebut-sebut dalam kalangan masyarakat sekeliling

Tapi kali ini entah.. saadiah yang selalunya gagah memberikan kata-kata hikmah hari ini jatuh terduduk…
rebah tidak bermaya… ibarat insan yang hilang tempat untuk bergantung dan bersandar…

Syaza pula adalah  antara insan yang Allah pilih untuk mendapat  fikrah(kefahaman) Islam melalui saadiah..
andai dulu saadiah sering mengingatinya tentang solat 5 kali sehari itu wajib..
doa itu senjata mukmin, tujuan asal hidup kita adalah berubudiyyah kepada Allah..
letakkan redha Allah di tahap teratas, andai kita rasa orang tidak melihat tapi hakikatnya Allah itu Maha Melihat…

kata-kata itulah ibarat pisau pengikis yang mengikis  tompok-tompok hitam di hati syaza…
sedikit sebanyak hatinya mula terkesan..
kerana belum pernah lagi dia menemui ayat-ayat yang sehebat itu…

tetapi di sebalik kepetahan lisan dan kehebatannya menyampaikan syiar islam masih ada kekurangan yang Allah ciptakan buat diri saadiah..


Saadiah seorang yang berjiwa sensitive,  andai tengah berada dalam keuzuran syarie pasti emosinya tidak menentu, terkadang itu melawaknya agak  kasar ..
tapi selepas dia sedar akan kesilapanya… dia pasti akan cepat-cepat mintak maaf pada kawannya itu…


+++++++

saadiah bersila kemas di atas katil sambil memandang syaza…
kedua-dua tangannya memeluk bantal dengan erat..
mukanya di sembam di atas bantal…

‘saya malu…saya malu…malu..’ luah saadiah sampai menahan sebak..

‘asal malu pulak, ada buat silap apa tadi sampai malu ni???’

‘saya…saya… saya… terjatuh hati… saya baru sedar saya dah letakkan pengharapan yang tinggi dekat dia… tinggi sangat……!!!!’ jerit saadiah sambil mukanya tersembam di bantal… matanya mula merah.. suaranya mula tersekat-sekat menahan sebak…

‘macam mana awak tahu awak letakkan pengharapan yang tinggi dekat dia…??’
Tanya syaza sambil memerhati saadiah dari jauh…
niat di hati mahu sahaja dia memeluk tubuh kecil saadiah itu..
tapi tidak terdaya.. takut andai saadiah akan mencubit-cubitnya tangan  atau pipi nya untuk melepaskan geramnya..

perlahan-lahan saadiah mengangkat wajahnya… matanya masih  terus memandang berbola mata syaza…
kali ini dia mahu syaza betul-betul mengerti apa masalahnya sekarang..

‘saya dapat rasa kali ini saya punya lisan apabila berbicara dengan orang tersekat-sekat.. saya dah mula rasa andai saya buat terbaik sekarang bukannya utk mencapai redha Allah tapi untuk mencapai kekaguman dia…
supaya suatu hari nanti apabila di takdir saya dan dia di jodohkan …
dia pasti berbangga mempunyai zaujah(isteri) yang sehebat siti aisyah ra yang cerdik dan petah apabila berbicara…’

saadiah berhenti seketika dan tarik nafas serta  menghembus perlahan-lahan…

‘saya sedar apabila tadi sahabat saya telefon dan menyatakan masalah dia.. dan subhanAllah saya tidak sangka masalah dia itu adalah masalah yang sudah lama bersarang di hati saya…
patutlah setiap kali berada di biah solehah… saya tidak merasai kemanisannya..
patutlah apabila ayat-ayat Allah di alunkan tidak sampai getarannya di hati…’



‘Rupa-rupanya…. Inilah puncanya syaza………….!!!!’  Menjerit saadiah lagi sambil bantal menemani wajahnya..

Entah kenapa kali ini saadiah memilih syaza sebagai tempat untuk dia meluahkan perasaan.
Sedangkan ada ramai lagi sahabat yang kiraya layak untuk mendengar perluahan isi hatinya…

Tiba-tiba , syaza tunduk kepalanya sambil bertanya…

‘awak… awak sudi tak nak dengar nasihat dari saya.. saya tahu dan saya sedar... saya taklah sehebat awak..
Tapi ini jea yang saya mampu bagi untuk awak…?’

Dengan wajah yang serabut pantas saadiah menjawab..

‘awak..awak teruskan je la … saya tengah sakit sekarang.. mana ada sahabat-sahabat yang hebat-hebat dekat dengan saya sekarang… awak je yang Allah bagi dekat saya sekarang… cakap la.. saya tak kisah…’

Perlahan-lahan syaza mengangkat wajahnya…

‘awak dah cuba… tapi mungkin awak tak tegas dengan prinsip awak.. awak tak usaha jaga ketegasan itu… cuba awak jangan fikir pasal dia sebelum tidur… cuba awak elakkan daripada melihat post status dia di fasebuk awak… cuba awak jangan stalker dia.., jangan updated  tentang dia… cuba awak buat dulu.. awak doa la dekat Allah supaya tutup pintu hati sebelum sampai masanya
awk kena yakin dekat Allah kalau dah jodoh tidak akan kemana..
perjalanan korang berdua masih panjang lagi..  saya rasa awak kena bangun buat solat sunat tahajjud ni.. berjumpa Allah balik.’

Petah dan lancar bicara syaza tanpa ada sedikit cacat dan cela..

tanpa di sedari air mata saadiah dan syaza mengalir hangat di pipi..

saadiah menangis kerana kali ini hatinya benar-benar tersentuh dengan nasihat syaza..
syaza bukan sekadar menasihatinya sahaja malah menunjukkan jalan keluar kepada masalah yang bersarang dalam jiwanya selama nie…

syaza pulak menangis kerna dia tidak dapat jangka bahawa dia mampu mengeluarkan kata-kata sehebat itu…  bicara hadir itu di luar kemampuan diri, ilmu dan pemahaman dia..


terus saadiah membuka stokin tangan dan kakinya dan simpan dia dalam almari...
menanggalkan tudung labuhnya  dan menyangkutnya  di belah tudung bidang 45 syaza…
lalu bergerak pantas saadiah mengambil wudhuk untuk solat sunat taubat..
Di sujud terakhirnya saadiah menangis sepuas2 hatinya….
di luahkan segala perasaan yang membelengu hatinya selama ini…

seusai solat saadiah  pergi mendekati syaza dan terus memeluk tubuh gempal syaza…

‘awak… awak la sahabat saya… saya sayang awak kerna Allah… di saat mana tiada mereka yang saya hajati untuk saya bersama.. tetapi Allah hadiahkan awak dekat saya..  saya tersentuh  dengan ayat tadi awak… saya tersentuh… I.Allah..mudah-mudahan suatu hari nanti awak mampu jadi insan yang hebat… insan yang mampu menjaga  Islam.. ‘

‘awak… saya tak layak lagi bergelar sebgai sahabat awak… saya baru nak berubah tak macam awak dan sahabat-sahabat awak yang lain..’

‘tak.. tak.. tak.. sapa kata awak tak boleh jadi sahabat saya??? sejak awal awak mula menyerahkan diri untuk di proses ketika mana awak ikut saya join halaqah.. sebenarnya saat itulah saya dah ubah status awak di hati saya daripada kawan kepada sahabat’

‘awak serius ke????’

‘saya serius… tapi boleh tak awak bantu saya seperkara lagi??? Tolong…. Tolong saya unfriend dia dari fb saya… saya tak mahu jatuh macam ini lagi.. peritnya hidup tanpa rasa kehadiran Allah’

‘demi awak sahabat ku… akan saya bantu awak..’

syaza mengangkat laptopnya di meja lalu di berikan kepada saadiah ..

‘oke… tekan dekat friend.. tekan  bawah..lagi.. lagi.. yea unfriend… Alhamdulillah.. amin’

'Alhamdulillah... semoga Allah menjaga dan meredhai ukhwah fillah ini '

 cengkam kemas jari jemari saadiah di bahu syaza dan syaza membalasnya dengan ' amin'

-Tamat-

---------------------------------------------------------------------------

pemanis bicara:-

'nanti  kita nak balik dekat Allah, Allah xtanya pun di dunia kita pakai tudung size apa? Allah tengok dekat amalan kita' -dpt dari jdk

'kita nak kena cari sahabat yang soleh dan jadi sahabat yang soleh'- pjumpaan kali pertama Hq IPT (rombakaan himega '11)

'kita nak kena ubah akidah manusia dahulu baru ibadahnya' -abu umar..

'dalam sebuah persahabatan kena ada kerendahan hati'- hq gabungan ipt..


'tugas kita mengajak bukannya menghukum'-Hilal asyraf (sinergi)

=)

'kita nak kena ubah masyarakat sekarang di samping kita berusaha berubah memperbaiki diri sendiri'- pc nasir ijtima' ipt...

'nak berubah kena isiqamah dulu... pelahan-pelahan... yakin pada Allah' -sahabat2 yg mbantu ku ketika di jdk dahulu..

-------------------------------------------------------------

semoga Allah redha saya, dia, anda dan mereka semua...

Asslmualaikum...