Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Isnin, 14 April 2014

Siapa Sangka...

                                                              Hidayah Allah

Syafiq dan Amirah dah hampir-hampir setahun lebih kapel. Mereka kapel jauh susah nak jumpa dating pun jarang sekali dua macam tu. Al maklum Amirah di penang yang si kekasihnya di Kulim. Kalau jumpa pun masa Raya Amirah selalu ajak family dia ke rumah Syafiq sempena rumah terbuka. Amirah tipu kata Syafiq tu kawan  dia. Tak la cakap banyak masa jumpa sebab tiap-tiap malam bergayut sakan (loving la katakan) hanya tangkap gambar 1 2 keping  then balik. Tapi mereka dua nampak bahagia sebab adik Amirah satu sekolah dengan Syafiq.

Amirah nie bukanlah jenis rasa kemaruk nak jumpa sangat. Tengok motor pakwe dia parking dekat tempat park motor pun dah boleh ubat rindu. Tidak pun masa alang-alang hantar adik balik asrama terserempak dengan kekasih dia pun hilang resah. Boleh terbang bagai.(gatal)
Sepanjang adik Amirah dan Syafiq bersekolah di satu bumbung yang sama, Amirah selalulah kirim macam-macam dekat si buah hatinya tanda rindu n romantiknya. Fact Amirah kalau kapel dengan siapa-siapa pun suka bagi hadiah termasuk topup.

Sampai pada suatu hari Syafiq menghilang tanpa berita. Mesej Tak reply. Kol Tak angkat.

Amirah di rumah di sekolah jadi tak tentu arah. Nak Tanya adik pun dia tak tau bukannya mereka rapat pun. dalam kelas pun Amirah jadi tak fokus. Then sampai suatu hari tu ada salah seorang kawan antara mereka offer nak jadi spy untuk Amirah. Maybe dia nak tolong ikhlas kot member-member. Lagipun Amirah memang jenis perempuan yang selalu pasang spy. Diam-diam. Kadang-kadang  dirancang , kadang-kadang ada yang jenis nak offer sendiri. (Rezeki jangan di tolak)

Malam tu Amirah tidur macam biasa dalam keadaan jiwa tak tenang entah tak tahu sebab SPM atau Syafiq yg hilang tak kunjung tiba. Malam tu juga Amira bermimpi bahawa Syafiq dah tinggalkan dia bersama orang lain, maybe lebih baik dari Amira.

Keesokan harinya Ajoy mesej. Ajoy yang sudi jadi spy tadi tu.
‘satlagi aku kol hang, hang solat isya’ dulu’
then after solat ajoy kol
‘ha betul,dia ada org lain, tp dia pesan kat aku jangan gitau hang. Dia tak mau hang tension dengan SPM. budak dia Kapel tu bdk sekolah agama wey. Dengan hang nie,dia kata malas dah…’

terus Amirah menangis.
gilaaaa… laki yang Amirah dah betul-betul rasa nak serius buat macam nie…

tanpa buang masa Amirah dengan ganasnya macam dia dah pernah buat dekat ex-ex dia yang dulu n mesej terus dekat no.syafiq
‘wey kita putus, hang ingat aku kayu xda perasaan. Jgn risau aku xmarah hg pun.’
then dengan ajaibnya syafiq reply
‘ini kan yang dia nak.. orang ikut jea apa dia nak’

dalam hati
‘dah la jangan dok berlakon lagi,org ada spy la...dok bt macam aku yang salah pulak tinggalkan dia.’

tapi lepas beberapa jam hanya Allah yg tahu lost tu macam mana

‘Argh! Dari tingkatan 2 aku kapel…tak semua yang setia.. aku setia kot.. ampa yang curang… of cozlah aku kena jaga(control) ampa… sebab aku setia.. kalau aku xsetia..ampa main la kayu 2 3 4 5 blakang pun aku xkisah..aku boleh setia  takkan hampa tak boleh setia.’
Ntah kali nie punya break rasa lost sampai tak tau nak cari siapa…

tak kan nak cerita dekat adik…dia dok di asrama…
kawan baik dah cerita dah…sampai merambu2 air mata…
mak abah… lagi la,tu nak kena penampaq namanya…
cikgu?...depa percaya ka aku ada boyfriend selama nie…
cikgu kaunseling kesayangan… dah pindah sekolah…

sampailah di saat seminggu nak dekat spm
Amirah mesej dengan mak-mak saudaranya di kampung
mintak keberkatan nak jawapan SPM
sehinggalah ada salah seorang mak saudara dia reply satu

‘Mira buat solat tahajud,taubat dan hajat Mira, bangun malam..’

malam tu amira nekad tidur awal untuk bangun bertahajud setelah sekian lama jarang buat..

Di tengah keheningan malam Mira menangis teresak-esak di tikar sejadah.
sambil mengenangkan dosa-dosanya yang dia lakukan sepanjang umur tingkatan 1 sehingga 5.
bukannya dia ingat pasal SPM sebaliknya

‘Ya Allah, bagilah aku boleh hidup tanpa lelaki… aku tak larat dah kena tipu…dipermainkan perasaan macam nie..sakit ya Allah sakit…Aku mohon keampunan dan bertaubat padaMu...’


                                                                              ++++++++

Alhamdulillah,selepas 2 3 bulan selepas tu Amirah pun Allah permudahkan jalan untuk dia kembali ke jalan kebenaran. Jalan yang membuat dirinya tidak kecewa andai cintanya di tolak oleh seorang insan yang bernama lelaki sebab yakin dia ada Allah kekal Abadi
.
Dan kehidupan Amirah

Sekarang dah berjinak-jinak dengan program2 Dakwah sana sini,
bersahabat dengan sahabat yang solehah,
pakaiannya yang dulunya tak syara’ kini di simpan di dalam kotak,
hobinya yang suka melepak di shopping mall dan tengok wayang dah bertukar dengan menghadiri majlis2 ilmu.
Amirah berusaha memperbaiki diri,walaupun kadang-kadang sebenarnya dia lost juga.
Kadang2 macam tak percayakan kita dah buat maksiat dengan Allah,tapi Allah masih lagi peluang untuk buka pintu taubat untuk kita. Sebab Allah tu Maha Pengampun Maha Penyayang.

Amirah yang dulu suka melawan cakap mak ayah, rasa life nie bosan kalau tiada hiburan, rumah itu satu penjara, orang tua kena bagi lebih ruang kebebasan pada remaja, memberontak itu perkara biasa dan macam-macam lah kini dah berubah. Berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya.

                                                                           +++++++++++

dan kini Amirah gelak sendirian

‘sapa kata kita xleh hidup tanpa boyfriend,Amirah hidup jea sampai sekarang… siap boleh updated blog nie lagi,siap boleh ganti nama asal dia dengan Amirah lagi… peace!’

so adik2 yang dah terer berjinak dengan kapel… nasihat kak naimah
‘lupakan jea la impian nak rasa bahagia awal macam dalam drama TV tu…berlakon jea semua tu.. focus dekat study… sekarang adalah masa kita menyintai ilmu...tidak ketinggalan zaman abad pun kalau kita tak kapel zaman sekolah tadika,rendah,menengah or even U nanti ke atau sampai alam kerja nanti ke’
Bukan k.naimah menolak cinta, kakak naimah pun suka dekat seseorang ada perasaan lagi
(dekat org lain la)…

hanya orang tidak siuman jea tak da perasaan cinta.
tapi bila tengok diri sendiri balik banyak benda tak uruskan lagi,
so macam mana kita nak yakin perasaan cinta tu andai di luahkan dapat di urus dengan baik.

kalau tak tu ha jadi la macam orang-orang dekat luar sana,
p luah awai-awai,
nak kahwin duit tak dak,
kerja tidur,main game,dating dan makan jea tau,
last-last kapel lama-lama 2 3 4 tahun,
dalam masa tu,
bila dah bosan.. putus, ragu-ragu..putus, nampak yang lebih baik..putus
bila putus menangis,rasa nak bunuh diri, dunia terasa kejam, sengaja jawab main-main masa exam…

Btw

Jom renung bersama


‘Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216

Tiada ulasan: