Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Jumaat, 8 Mei 2015

5 tahun akan datang.

Assalamualaikum..

InshaAllah malam nie rasa macam nk tulis...
n dulu2 zaman2 study bila ada penyakit insomnia la jari jemari laju menaip...
Lani kerja payah la sikit..

Rasa macam sat ja...

saya ingat lagi masa xsilap saya program Procast atau Kmk yang Haluan anjurkan dekat Perlis. Masa tu saya duduk di atas katil dengan beberapa orang sahibah saya. Xsilap yang blaga lutut dengan saya masa tu Amalina Cmh, Amalina Jamri, Khaulah Adi n lagi sorang xsilap kak Farhanah Shahidan,

Masa tu kami sama2 yang sebatch lahir pada tahun 93 dah genap umur 20thn. Mena(amalina jamri) atau kak lah (Khaulah) yang suruh saya bagi pengisian atau xsilap saya sharing sumthing untuk sma2 bersemangat duduk d alam 20thn malam tu.

saya just mampu share apa yg bpusing2 d kepala n sentiasa menjadi kerisauan saya.
sebab hidup jika kita kena usaha menjalani dengan bsungguh-sungguh dan kita akan rasa nikmatnya otak bila berfikir, hayati mata bila temenung panjang dan bahagianya mata susah tidur malam.


saya share tentang 5tahun akan datang.
siapa kita di hari ini menentukan kita 5 tahun akan datang.
dan 5 tahun tu jauh atau dekat b'gantung kepada individu tu menikmati jalan2 hidupnya.

Saja nak share 5 tahun akan datang sbbnya umur 25thn adalah umur2 yang paling sesuai untuk berkahwin. x terlalu muda sgt n xterlalu lewat sgt. N cun..cun ja..
especially untuk kami yang hawa ni.

5tahun ni adalah tempoh paling suntuk untuk kita.
sebabnya kita akan bkomitmen macam2 dan dalam masa yang sama kita kena mpersiapkan diri untuk membina rumah tangga. sebab kita nak ikut sunnah Rasulullah jadinya kita kena berkahwin. Masa ni lah kita nak perbetul solat kita, m'p'elok bacaan alquran kita, jaga akhlak kita, kena kerap attend halaqah n program dalam masa yg sama kita nk kena jaga study kita, jaga kesihatan dsb
sebabnya kita xnak di zaman study kita saja kita aktif p program n turun halaqah tapi bila kita berumah tangga kita jauh n segan duduk dalam taman2 syurga.
kita akan bagi alasan macam2 payah la..susah la.. sampai suatu tahap aurat kaki kita pun kita x terjaga n ambil sambil lewa sahaja..

N now
Alhamdulillah saya dah btunang pada umur awal sangat 22 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pun masa usia 22 tahun...InshaAllah... Yang mana ia kurang daripada 5 tahun dripada jangkaan hayat hidup bujang saya dulu. Ingat lagi masa nak sampaikan berita gumbira bakal btunang 14 Jamadil Akhir 1436 dekat kak lah..hmmm,rasa macam patut habaq dekat dia sbb kak lah punya birthday jatuh around haritu n saja nk bagi hadiah spesel dekat dia... xda la, kak lah antara sahibah yang rapat dengan saya.

'Ya Allah naimah,xsangka naimah dah nak btunang. kata 5 tahun lagi. nie xsampai pun...;

' Tu laaa...cepatnya Allah bagi..'

tapi dengan apa yang Allah tarbiyah saya 2tahun n tahun2 yg ke belakang dulu salah satu sebab diri ni yakin untuk berumah tangga n yakin dengan siapa pasangan hidup saya nanti. Siapa? Rahsia.....
saya semua menda boleh share...tapi dengan siapa saya btunang...tu rahsia.. cukup la dengan hint2 yang saya bagi..xperlu mcari pun sbbnya akhirnya saya akan post juga d fb n insta nanti.

Dan di harini,
dalam tempoh kurang daripada 4 bulan btunang ni baru saya tahu n belajar makna n erti nikmat pengorbanan yang sebenar.
Di sebabkan saya dah bkerja jadinya kalau boleh saya xnak mak n abah saya ni rasa pkahwinan saya ni mbebankan n myusahkan mereka.
untuk xnak myusahkan n mbebankan mereka banyak urusan yg saya kena buat sendiri turun naik pejabat agama,tetap tarikh kursus kahwin, fikir macam mana nak jaga hati adik beradik keluarga belah saya yang xbsedia untuk mlepaskan saya lagi, psediaan akad nikah kami, urusan degree saya, urusan kereta saya, urusan loan saya semuanya bmain2 dalam otak saya.
dan saya yakin inilah proses yang Allah sedang mematangkan saya n semuanya ada hikmahNya,

Dan baki untuk saya ke umur 25tahun adalah 3tahun.
dan dalam tempoh 3 tahun nie lah proses untuk diri saya bsedia untuk bakal menjadi seorang ibu n isteri yg the best untuk anak2 dan suami.
mungkin kurang daripada 3tahun/setahun sebab tu rezeki Allah.
n now saya dah kena bfikir siapa saya 5 tahun akan datang yakni umur 27tahun,

sebab tu dalam hidup kita nie kita kena sentiasa dalam mode bsedia..
bila kita bsedia kita akan kuat sikit n tahu apa nak buat next..

dan yang menjadi kekuatan buat saya
masa saya mula2 kenal dengan tunang saya ni, Allah izin saya terjumpa ayat nie

A001
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Mudah2an bermanfaat...
=)



Tiada ulasan: