Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Sabtu, 22 Disember 2012

menanti saat 25 Disember



Hari ni aku terbaring santai di atas sofa sambil melihat tarikh di handphone(telefon bimbit) yg berjenama Xperia X8 kesayanganku..

Sudah 21hb dis 2012.. jadi lagi 4 hari lagi akan masuk 25 dis 2012… 
aku tidak ternanti2 kan sgt pada tarikh 1hb januari…

kerna 25 disember  adalah tarikh bermulanya hidup ku sebagai nurul naimah yg baru..
Nurul naimah yang baru mengenal erti hidup yg sebenar-benarnya…
Nurul naimah yang baru faham apa itu islam…

Kisahnya bermula di sini

pada tanggal 25 disember 2010
Di sebuah Resort d batu ampar,
aku menyertai Kursus yang d beri nama kursus Jati Diri dan kesukarelawan Remaja (JDK) selama 23 hari…
tempoh itu memang pada mulanya aku lihat d pamphlet fuh agak mengerikan…
lama tuh…
 Kursus apa la yang kena buat smpai kena ambil tempoh 23 hari…

Pada mulanya xmau pergi sebabnya duit x mengcukupi dan aku cadang nak masuk giat mara selepas spm so aku xnak la clash dengan mana2 program lain…

tapi tertiba last minit Allah buka pintu hati untuk join kursus tu…
maybe pada mulanya sbb cikgu sa’adan kata ada orang nak sponsor separuh..
Dan yang keduanya memang aku nie seorang yg kaki outdoor…
seorang perempuan yg memang kaki adventure suka dan cepat jatuh cinta dengan suasana hutan nie..
dan mungkin juga aku nak cabar diri ku untuk join kem selama 23 hari …
selama nie hanya mampu p kem 7 hari 6 malam jea…
kali ni nak buat lebih lagi… cabar diri… tambahan pulak nak pujuk hati sbb xdapat PLKN
(Frush menungging masa dapat tahu xlayak join plkn)
----------------------------------------------------------------

Proses sebelum p JDK

Di sebabkan family aku mengalami krisis ekonomi time 2 so aku kerja sat dekat giant jaga kedai handphone n topup..
Aku bajet 2 minggu jea aku kerja…
 so duit tu aku boleh bayar utk pendaftaran ke JDK…

masa hari terakhir aku kerja tertiba ku demam…
agak la… demam terok… terok tu sampai badan kena masuk drip(air) 2 beg…
pucat lesi…terkulai…xboleh bergerak…
dalam masa aku sakit tertiba surat tawaran JDK sampai rumah…
aku belek lama2… xmampu berfikir…
  
tetiba mulut aku terpancul keluar ayat ni…
‘Abah kakak rasa kakak xmau p la… kakak kan demam…’

abah macam biasa jawab..
‘kakak demam…xpa la… Tanya mama….’

Tanya soalan yang sama dekat awie…
jawapan dia…
‘P jea la mesti ada sesuatu d sana…’

last sekali baru Tanya dekat mak..
‘xpa… p… esok kita buat medical check up dekat usm…’


tapi dalam hati tu berdebar2 juga sebabnya khabar2 angin mengatakan bahawa kem 2 ala2 PLKN tapi ISLAMIC sikit… Islamic sikit tu yg agak lemah tu…

Malam nie packing2 barang esok aku dan kawan2 sekolah ku akan bertolak ke batu ampar dengan cikgu sa’adan dari usm…

*alat tulis dah sedia, *pakaian solat,riadah n formal dah sedia *Al Quran kecil dan kperluan lain dah sedia… ...set…

dalam hati hanya pegang kata2 semangat daripada dua org insan jea…

Abah: Xpa kakak, kakak p jea… pakai jea macam yang depa pakai… macam kakak p sekolah la… kalau p sekolah kan kena pakai uniform… xkan nak pakai macam baju kakak dekat rumah pulak kot… ikut jea… berubah ke x tu nanti..

Mak: agak2 kakak la kan kalau orang tu dekat kem jea jadi baik tapi dekat luar tu x… agak2 kakak orang tu macam mana?? Kakak suka x tengok perangai orang yang macam tu…

2 2 kata semngat tu mengetuk minda dan menyapa hati…


-----------------------------------------------

setibanya di batu ampar…

apa yang mampu keluar dari mulut…
‘waaah….cantik… suasana itu tsgt mesra dengan diri…tapi….

agak terkejut d situ apabila tengok

‘tudiaa…  ramainya orang pakai tudung labuh…sopannya depa… aduh kem apa nie…
rasa macam terkena dah dengan cikgu sa’adan… nak lari pun xboleh… hutan kot… dah la mai dengan cikgu pulak tu… xpa2 try control diri…. 23 hari sat jea tu…’

Hmmmr…

masuk dalam dewan ketika sesi sua kenal dengan kem kom…
agak r… terkejut kem kom nie pelik kerja senyum jea… pastu mulut xhabis2 cakap InsyaAllah…
Nampak mcam xtegas n xkonfiden…(persepsi kali pertama jea)

then…

apabila tiba la saat buku tentative n modul d bedah…

‘AaaaarrggggggggggggHHHHHHhhhh!

apa nie??? Seminggu sebelum tidoq ada hafazan surah sajadah… dah la aku baca quran pun merangkak2… nie kan pulak nak kena hafal pulak…
cepat2 tangan nie laju meraba2 poket seluar trek suit…
eh..hp aku?? Aduh tadi dah bagi dekat urusetia utk d simpan… mcam mana nak balik nie…
xpa.. xpa… xpa…
mak pesan…

‘sebab xtahu la kena belajar…’

------------------------------------

sesi ta’aruf…

d sini la bermulanya segala2nya apabila mulanya sesi ta’aruf bagi kumpulan asiah…
ketika tu fasi Tanya nama,asal,sekolah, hobi dan cita serta harapan dtang ke JDK…

dalam kepala dah terset dah kesemua jawapan tu kecuali hobi jea aku x tahu lagi…

aku tgu la giliran sehingga sampailah ke turn izzati anak cikgu sa’adan… serius hobi dia hebat gila bagi aku time tu…
‘hobi…. Suka mengaji Al Quran malam2…
dan harapan supaya berubah kali ni berubah yang betul2 punya berubah la…’

tersentak… jatuh… sebak… terkejut dan teruja…

dalam aku xsedar air mata aku menangis… T_T… laju plak tu sampai teresak2…

apabila sampai turn aku…
‘nama nurul naimah, asal sp tinggal penang… sekolah smk bukit gambir cita2 doktor dan hobi….
sambil teresak2 aku menjawab…
melepak.. online, chatting dan tengok wayang…
harapan…
supaya saya dapat berubah..

tetiba kakak2 fasi dan sahibah2 yang lain datang peluk…
Ya Allah perasaan apakah ini…
lain macam… xrasa geli or kekok tetapi rasa tenteram yang teramat sangat…

----------------------------------------

Ketika slot anjakan paradigma d JDK

slot dengan ustaz al hami… tajuk dia dah lupa…
tapi ada satu ayat tu yang buat aku tersedar dari kesilapan ku selama nie…
‘Islam dan jahilliyah xboleh bergabung atau berkongsi…’

aku xboleh bayangkan lagi situasi tu…

Alhamdulillah.. ustaz ada memperkenalkan musuh-musuh islam dan sistem jahiliyah pada kami…
dalam banyak2 sistem jahiliyah yang d perkenalkan…
aku tertarik dengan system secular Mustapha kamal ataturk
 sejak dari tingkatn 4 lagi memang aku anti gila dia…
tapi dulu benci bukan sebab system secular tu… tapi sebab dia terlalu zalim dan jahat terhadap kaum wanita d turki…

apabila aku mengetahui bahawa system secular itu adalah system memisahkan urusan agama daripaada kehidupan…
terus aku tersentap…
‘ahhh… selama nie benci dia… tapi rupa2nya aku sendiri duk dalam system dia… aku solat lima waktu tapi aku still kapel… dating….. bila solat ingat Allah… kapel n dating lupa Allah… bila masuk waktu solat time tengah dating tu boleh pulak ajak boi p solat lepas tu sambung dating balik… uish terok…
seangkatan Mustapha kamal ataturk…’

tertiba kepala tertunduk sambil air mata mengalir laju… hiba…

‘Islam itu lain… bukannya macam yg aku dok amalkan sekarang nih…’

sepanjang slot anjakan paradigm nie la aku banyak mengoreksi diri…
semasa berqoilullah pasti aku akan selimut muka…
sebabnya aku menangis.. aku takut… sahibah2 yang lain perasan…


bukan di  slot2 anjakan paradigm jea aku dapat tapi d slot2 dan modul2 yang lain juga seperti
*kemahiran insan dan professional
*kemahiran kepimpinan kemasyarakatan
*kemhiran khidmat masyarakat
*kemahiran asas kewanitaan
*kecergasan fizikal dan rekreasi.

-----------------------------------------

ketika kali pertama adanya solat sunat dhuha berjemaah..

sebelum ambil wuduk…
abang kem kom ada cakap…
‘sebentar lagi antum akan dapat 2 hadiah… sebelum tu kita p ambil wuduk dulu…’
aku x la terfikir sangat pasal hadiah tu…
apa yang bermain d kepala… hadiah pertama nesti dapat pahala sebab buat solat sunat dhuha ke dua xtahu… argh xpa… biarkan… masa utk solat…

Seusai solat abg kem kom cakap…
hari ini adik2 akan dapat hp kembali tapi lepas zohor kena bagi balik dekat urusetia…

ketika pegang hp tu number first2 aku kol adalah boi aku…
bukan sebab rindu tapi…
untuk mengakhiri dosa2 dan zaman jahiliyah ku…

‘assalamualaikum sayang…..sayang… sayang sihat… abang rindu sayang

aku terdiam seribu bahasa… terkaku… lidah kelu… hanya mampu keluarkan tiga patah perkataan jea..

‘nurul nak putus…’

tipppp! Panggilan d mati ka…
berdengup kencang jantung aku masa tu…
bukan sebab takut d marah…
tapi takut dia xmau putus..

pantas jari ini menghantar msj

‘asslmualaikum… aku minx putus nie bukannya aku terberkenan or ada boi baru dekat sini tapi aku dah dapat lintasan hidayah… jadi aku nak berubah… jangan la hang sedih… aku doakan semoga hang dapat perempuan yg lagi baik dari aku…?’

msj d balas..

‘walaikumslam,memang saya nak awak berubah…tp bukannya sampai tahap macam nie… xpa saya paham dan saya akan tunggu awak d pintu syurga..’

msj jiwang karat tu lepas d baca terus d delete… sbb aku tahu dia pasti jemu tunggu aku…
dan memang prinsip diri aku dari dulu putus sekali putus selama2nya…


Selepas tu segala apa sahaja tindakan aku…
pasti aku akan pujuk diri aku supaya x memberontak…
cthnya pakai stoking dan handsock…
belajaq pakai sesiap d jdk nnti balik penang xrasa rimas or kekok’

kalau bab baca Al Quran malam2..

‘xreti baca surah al mulk xpa… tapi malam2 kena baca tiga qul… baca terjemahan dia sekali… ingat dan paham ayat tu…’




Kalau dengan sahibah2 pulak kan..

malam2 or kalau waktu2 free sahibah2 yang sedorm or bhampiran dengan katil slalu duduk atas katil aku… depa share saat2 turning point dengan aku…
depa bagi kata2 semangat…
ada yang sanggup tidur sekatil dengan aku…
share tazkirah ringkas dengan aku…
Ajarkan aku tajwid…

dan menyuruh aku istiqamah berubah perlahan2tapi berterusan bukannya dengan mengejut...

biah tu waktu ketika tu subhanAllah… best sangat2… xterkata…

-----------------------------------------

sehingga lah aku d hari akhir jdk
semua orang dah tunjukkan wajah excited nak balik tapi aku diam kaku seribu bahasa sejak dari semalam…
kalau boleh aku xmau balik… nak duduk dekat batu ampar… aku takut… aku takut xdapat jaga diri d luar sana nanti…

tpi yang datang akan pergi jua…
pada hari tu aku d nobatkan peserta perempuan harapan JDK utara…
aku berasa sebak d situ…
aku nie hina dari sahibah2 yang lain…
aku xlayak pun dapat anugerah tu…
sampailah kakak fasi aku pujuk…
‘tu bukan pilihan kami tapi pilihan Allah…’

hati aku mula bermonolog
‘xkan nak jadi harapan d jdk utara jea,,, kat  luar xnak ke jadi harapan islam…’

-------------------------------------
perjalanan kini sudah bermula…
sesampai d penang apa yang aku tercari2 dahulu adalah halaqah…
dan Alhmdulillah…
aku duduk halaqah d bawah kakak2 usm…

dan kalau boleh aku xnk suasana tu aku dapat rasa sekejap jea,,, kalau boleh nk smpai ke mati dalam suasana dakwah n tarbiyah nie…

-TamaT

dah berubah nie xsemestinya 0 terus dosa dan kesilapan…
masih ada lagi sbbnya kita semua Allah cipta xsempurna
Cuma ujian tu berbeza…

selalu pesan pada diri..
‘dosa orang buat sesuatu dalam keadaan dia sedarkan kesilapan dia tu lebih besar daripada yang xtahu,,,’