Bersyukur di atas Nikmat Syukur

Berbahagialah duduk dalam taman2-taman syurga,
Jangan Pernah Bertangguh untuk kembali kepadaNya,
kerana kita datang dari Dia dan
tiada tempat pengantungan lain dan selamanya tidak akan ada melainkan Dia...

Sabtu, 22 Disember 2012

menanti saat 25 Disember



Hari ni aku terbaring santai di atas sofa sambil melihat tarikh di handphone(telefon bimbit) yg berjenama Xperia X8 kesayanganku..

Sudah 21hb dis 2012.. jadi lagi 4 hari lagi akan masuk 25 dis 2012… 
aku tidak ternanti2 kan sgt pada tarikh 1hb januari…

kerna 25 disember  adalah tarikh bermulanya hidup ku sebagai nurul naimah yg baru..
Nurul naimah yang baru mengenal erti hidup yg sebenar-benarnya…
Nurul naimah yang baru faham apa itu islam…

Kisahnya bermula di sini

pada tanggal 25 disember 2010
Di sebuah Resort d batu ampar,
aku menyertai Kursus yang d beri nama kursus Jati Diri dan kesukarelawan Remaja (JDK) selama 23 hari…
tempoh itu memang pada mulanya aku lihat d pamphlet fuh agak mengerikan…
lama tuh…
 Kursus apa la yang kena buat smpai kena ambil tempoh 23 hari…

Pada mulanya xmau pergi sebabnya duit x mengcukupi dan aku cadang nak masuk giat mara selepas spm so aku xnak la clash dengan mana2 program lain…

tapi tertiba last minit Allah buka pintu hati untuk join kursus tu…
maybe pada mulanya sbb cikgu sa’adan kata ada orang nak sponsor separuh..
Dan yang keduanya memang aku nie seorang yg kaki outdoor…
seorang perempuan yg memang kaki adventure suka dan cepat jatuh cinta dengan suasana hutan nie..
dan mungkin juga aku nak cabar diri ku untuk join kem selama 23 hari …
selama nie hanya mampu p kem 7 hari 6 malam jea…
kali ni nak buat lebih lagi… cabar diri… tambahan pulak nak pujuk hati sbb xdapat PLKN
(Frush menungging masa dapat tahu xlayak join plkn)
----------------------------------------------------------------

Proses sebelum p JDK

Di sebabkan family aku mengalami krisis ekonomi time 2 so aku kerja sat dekat giant jaga kedai handphone n topup..
Aku bajet 2 minggu jea aku kerja…
 so duit tu aku boleh bayar utk pendaftaran ke JDK…

masa hari terakhir aku kerja tertiba ku demam…
agak la… demam terok… terok tu sampai badan kena masuk drip(air) 2 beg…
pucat lesi…terkulai…xboleh bergerak…
dalam masa aku sakit tertiba surat tawaran JDK sampai rumah…
aku belek lama2… xmampu berfikir…
  
tetiba mulut aku terpancul keluar ayat ni…
‘Abah kakak rasa kakak xmau p la… kakak kan demam…’

abah macam biasa jawab..
‘kakak demam…xpa la… Tanya mama….’

Tanya soalan yang sama dekat awie…
jawapan dia…
‘P jea la mesti ada sesuatu d sana…’

last sekali baru Tanya dekat mak..
‘xpa… p… esok kita buat medical check up dekat usm…’


tapi dalam hati tu berdebar2 juga sebabnya khabar2 angin mengatakan bahawa kem 2 ala2 PLKN tapi ISLAMIC sikit… Islamic sikit tu yg agak lemah tu…

Malam nie packing2 barang esok aku dan kawan2 sekolah ku akan bertolak ke batu ampar dengan cikgu sa’adan dari usm…

*alat tulis dah sedia, *pakaian solat,riadah n formal dah sedia *Al Quran kecil dan kperluan lain dah sedia… ...set…

dalam hati hanya pegang kata2 semangat daripada dua org insan jea…

Abah: Xpa kakak, kakak p jea… pakai jea macam yang depa pakai… macam kakak p sekolah la… kalau p sekolah kan kena pakai uniform… xkan nak pakai macam baju kakak dekat rumah pulak kot… ikut jea… berubah ke x tu nanti..

Mak: agak2 kakak la kan kalau orang tu dekat kem jea jadi baik tapi dekat luar tu x… agak2 kakak orang tu macam mana?? Kakak suka x tengok perangai orang yang macam tu…

2 2 kata semngat tu mengetuk minda dan menyapa hati…


-----------------------------------------------

setibanya di batu ampar…

apa yang mampu keluar dari mulut…
‘waaah….cantik… suasana itu tsgt mesra dengan diri…tapi….

agak terkejut d situ apabila tengok

‘tudiaa…  ramainya orang pakai tudung labuh…sopannya depa… aduh kem apa nie…
rasa macam terkena dah dengan cikgu sa’adan… nak lari pun xboleh… hutan kot… dah la mai dengan cikgu pulak tu… xpa2 try control diri…. 23 hari sat jea tu…’

Hmmmr…

masuk dalam dewan ketika sesi sua kenal dengan kem kom…
agak r… terkejut kem kom nie pelik kerja senyum jea… pastu mulut xhabis2 cakap InsyaAllah…
Nampak mcam xtegas n xkonfiden…(persepsi kali pertama jea)

then…

apabila tiba la saat buku tentative n modul d bedah…

‘AaaaarrggggggggggggHHHHHHhhhh!

apa nie??? Seminggu sebelum tidoq ada hafazan surah sajadah… dah la aku baca quran pun merangkak2… nie kan pulak nak kena hafal pulak…
cepat2 tangan nie laju meraba2 poket seluar trek suit…
eh..hp aku?? Aduh tadi dah bagi dekat urusetia utk d simpan… mcam mana nak balik nie…
xpa.. xpa… xpa…
mak pesan…

‘sebab xtahu la kena belajar…’

------------------------------------

sesi ta’aruf…

d sini la bermulanya segala2nya apabila mulanya sesi ta’aruf bagi kumpulan asiah…
ketika tu fasi Tanya nama,asal,sekolah, hobi dan cita serta harapan dtang ke JDK…

dalam kepala dah terset dah kesemua jawapan tu kecuali hobi jea aku x tahu lagi…

aku tgu la giliran sehingga sampailah ke turn izzati anak cikgu sa’adan… serius hobi dia hebat gila bagi aku time tu…
‘hobi…. Suka mengaji Al Quran malam2…
dan harapan supaya berubah kali ni berubah yang betul2 punya berubah la…’

tersentak… jatuh… sebak… terkejut dan teruja…

dalam aku xsedar air mata aku menangis… T_T… laju plak tu sampai teresak2…

apabila sampai turn aku…
‘nama nurul naimah, asal sp tinggal penang… sekolah smk bukit gambir cita2 doktor dan hobi….
sambil teresak2 aku menjawab…
melepak.. online, chatting dan tengok wayang…
harapan…
supaya saya dapat berubah..

tetiba kakak2 fasi dan sahibah2 yang lain datang peluk…
Ya Allah perasaan apakah ini…
lain macam… xrasa geli or kekok tetapi rasa tenteram yang teramat sangat…

----------------------------------------

Ketika slot anjakan paradigma d JDK

slot dengan ustaz al hami… tajuk dia dah lupa…
tapi ada satu ayat tu yang buat aku tersedar dari kesilapan ku selama nie…
‘Islam dan jahilliyah xboleh bergabung atau berkongsi…’

aku xboleh bayangkan lagi situasi tu…

Alhamdulillah.. ustaz ada memperkenalkan musuh-musuh islam dan sistem jahiliyah pada kami…
dalam banyak2 sistem jahiliyah yang d perkenalkan…
aku tertarik dengan system secular Mustapha kamal ataturk
 sejak dari tingkatn 4 lagi memang aku anti gila dia…
tapi dulu benci bukan sebab system secular tu… tapi sebab dia terlalu zalim dan jahat terhadap kaum wanita d turki…

apabila aku mengetahui bahawa system secular itu adalah system memisahkan urusan agama daripaada kehidupan…
terus aku tersentap…
‘ahhh… selama nie benci dia… tapi rupa2nya aku sendiri duk dalam system dia… aku solat lima waktu tapi aku still kapel… dating….. bila solat ingat Allah… kapel n dating lupa Allah… bila masuk waktu solat time tengah dating tu boleh pulak ajak boi p solat lepas tu sambung dating balik… uish terok…
seangkatan Mustapha kamal ataturk…’

tertiba kepala tertunduk sambil air mata mengalir laju… hiba…

‘Islam itu lain… bukannya macam yg aku dok amalkan sekarang nih…’

sepanjang slot anjakan paradigm nie la aku banyak mengoreksi diri…
semasa berqoilullah pasti aku akan selimut muka…
sebabnya aku menangis.. aku takut… sahibah2 yang lain perasan…


bukan di  slot2 anjakan paradigm jea aku dapat tapi d slot2 dan modul2 yang lain juga seperti
*kemahiran insan dan professional
*kemahiran kepimpinan kemasyarakatan
*kemhiran khidmat masyarakat
*kemahiran asas kewanitaan
*kecergasan fizikal dan rekreasi.

-----------------------------------------

ketika kali pertama adanya solat sunat dhuha berjemaah..

sebelum ambil wuduk…
abang kem kom ada cakap…
‘sebentar lagi antum akan dapat 2 hadiah… sebelum tu kita p ambil wuduk dulu…’
aku x la terfikir sangat pasal hadiah tu…
apa yang bermain d kepala… hadiah pertama nesti dapat pahala sebab buat solat sunat dhuha ke dua xtahu… argh xpa… biarkan… masa utk solat…

Seusai solat abg kem kom cakap…
hari ini adik2 akan dapat hp kembali tapi lepas zohor kena bagi balik dekat urusetia…

ketika pegang hp tu number first2 aku kol adalah boi aku…
bukan sebab rindu tapi…
untuk mengakhiri dosa2 dan zaman jahiliyah ku…

‘assalamualaikum sayang…..sayang… sayang sihat… abang rindu sayang

aku terdiam seribu bahasa… terkaku… lidah kelu… hanya mampu keluarkan tiga patah perkataan jea..

‘nurul nak putus…’

tipppp! Panggilan d mati ka…
berdengup kencang jantung aku masa tu…
bukan sebab takut d marah…
tapi takut dia xmau putus..

pantas jari ini menghantar msj

‘asslmualaikum… aku minx putus nie bukannya aku terberkenan or ada boi baru dekat sini tapi aku dah dapat lintasan hidayah… jadi aku nak berubah… jangan la hang sedih… aku doakan semoga hang dapat perempuan yg lagi baik dari aku…?’

msj d balas..

‘walaikumslam,memang saya nak awak berubah…tp bukannya sampai tahap macam nie… xpa saya paham dan saya akan tunggu awak d pintu syurga..’

msj jiwang karat tu lepas d baca terus d delete… sbb aku tahu dia pasti jemu tunggu aku…
dan memang prinsip diri aku dari dulu putus sekali putus selama2nya…


Selepas tu segala apa sahaja tindakan aku…
pasti aku akan pujuk diri aku supaya x memberontak…
cthnya pakai stoking dan handsock…
belajaq pakai sesiap d jdk nnti balik penang xrasa rimas or kekok’

kalau bab baca Al Quran malam2..

‘xreti baca surah al mulk xpa… tapi malam2 kena baca tiga qul… baca terjemahan dia sekali… ingat dan paham ayat tu…’




Kalau dengan sahibah2 pulak kan..

malam2 or kalau waktu2 free sahibah2 yang sedorm or bhampiran dengan katil slalu duduk atas katil aku… depa share saat2 turning point dengan aku…
depa bagi kata2 semangat…
ada yang sanggup tidur sekatil dengan aku…
share tazkirah ringkas dengan aku…
Ajarkan aku tajwid…

dan menyuruh aku istiqamah berubah perlahan2tapi berterusan bukannya dengan mengejut...

biah tu waktu ketika tu subhanAllah… best sangat2… xterkata…

-----------------------------------------

sehingga lah aku d hari akhir jdk
semua orang dah tunjukkan wajah excited nak balik tapi aku diam kaku seribu bahasa sejak dari semalam…
kalau boleh aku xmau balik… nak duduk dekat batu ampar… aku takut… aku takut xdapat jaga diri d luar sana nanti…

tpi yang datang akan pergi jua…
pada hari tu aku d nobatkan peserta perempuan harapan JDK utara…
aku berasa sebak d situ…
aku nie hina dari sahibah2 yang lain…
aku xlayak pun dapat anugerah tu…
sampailah kakak fasi aku pujuk…
‘tu bukan pilihan kami tapi pilihan Allah…’

hati aku mula bermonolog
‘xkan nak jadi harapan d jdk utara jea,,, kat  luar xnak ke jadi harapan islam…’

-------------------------------------
perjalanan kini sudah bermula…
sesampai d penang apa yang aku tercari2 dahulu adalah halaqah…
dan Alhmdulillah…
aku duduk halaqah d bawah kakak2 usm…

dan kalau boleh aku xnk suasana tu aku dapat rasa sekejap jea,,, kalau boleh nk smpai ke mati dalam suasana dakwah n tarbiyah nie…

-TamaT

dah berubah nie xsemestinya 0 terus dosa dan kesilapan…
masih ada lagi sbbnya kita semua Allah cipta xsempurna
Cuma ujian tu berbeza…

selalu pesan pada diri..
‘dosa orang buat sesuatu dalam keadaan dia sedarkan kesilapan dia tu lebih besar daripada yang xtahu,,,’






Isnin, 8 Oktober 2012

Si Tudung Labuh dengan si Bidang 45


GEDEBUK!!!

Syaza yang sedang khusyuk menelaah buku tiba termelatah… opocot! Astaghfirullahaladzim…!

matanya terbeliak apabila melihat  saadiah yang berjalan laju lalu menghempapkan badannya di atas katil tanpa membuka tudung labuhnya,stokin kaki dan tangannya…

‘saadiah… asal nie? Asal nie? Ko ada masalah ke ce cerita sikit…’
tanya syaza yang berlagak berani tetapi
hanya mampu bertanya dari jauh sahaja kerna takut di marahi oleh si saadiah yang wajahnya agak bengis bak harimau yang sedang mencari mangsa untuk di baham apabila emosinya terganggu …

saadiah bangun…. Duduk bersila di atas katil… di tenungnya mata syaza dengan hati yang sayu…
bebola matanya hanya focus kepada mata simpati syaza…

saadiah adalah insan yang dah lama duduk dalam proses tarbiyah…
banyak ilmu… seorang perempuan yang bersungguh-sungguh dalam mencari fikrah islam..
Sering mendekati insan yang menyampaikan ilmu…
dan dia akan usaha menyampaikan kembali ilmu itu kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya
tidak kisahlah ilmu duniawi ke atau ukrawi..
dari seremeh-temeh ilmu itu sehinggalah sepenting-pentingnya,,
tidak hairanlah namanya sering di sebut-sebut dalam kalangan masyarakat sekeliling

Tapi kali ini entah.. saadiah yang selalunya gagah memberikan kata-kata hikmah hari ini jatuh terduduk…
rebah tidak bermaya… ibarat insan yang hilang tempat untuk bergantung dan bersandar…

Syaza pula adalah  antara insan yang Allah pilih untuk mendapat  fikrah(kefahaman) Islam melalui saadiah..
andai dulu saadiah sering mengingatinya tentang solat 5 kali sehari itu wajib..
doa itu senjata mukmin, tujuan asal hidup kita adalah berubudiyyah kepada Allah..
letakkan redha Allah di tahap teratas, andai kita rasa orang tidak melihat tapi hakikatnya Allah itu Maha Melihat…

kata-kata itulah ibarat pisau pengikis yang mengikis  tompok-tompok hitam di hati syaza…
sedikit sebanyak hatinya mula terkesan..
kerana belum pernah lagi dia menemui ayat-ayat yang sehebat itu…

tetapi di sebalik kepetahan lisan dan kehebatannya menyampaikan syiar islam masih ada kekurangan yang Allah ciptakan buat diri saadiah..


Saadiah seorang yang berjiwa sensitive,  andai tengah berada dalam keuzuran syarie pasti emosinya tidak menentu, terkadang itu melawaknya agak  kasar ..
tapi selepas dia sedar akan kesilapanya… dia pasti akan cepat-cepat mintak maaf pada kawannya itu…


+++++++

saadiah bersila kemas di atas katil sambil memandang syaza…
kedua-dua tangannya memeluk bantal dengan erat..
mukanya di sembam di atas bantal…

‘saya malu…saya malu…malu..’ luah saadiah sampai menahan sebak..

‘asal malu pulak, ada buat silap apa tadi sampai malu ni???’

‘saya…saya… saya… terjatuh hati… saya baru sedar saya dah letakkan pengharapan yang tinggi dekat dia… tinggi sangat……!!!!’ jerit saadiah sambil mukanya tersembam di bantal… matanya mula merah.. suaranya mula tersekat-sekat menahan sebak…

‘macam mana awak tahu awak letakkan pengharapan yang tinggi dekat dia…??’
Tanya syaza sambil memerhati saadiah dari jauh…
niat di hati mahu sahaja dia memeluk tubuh kecil saadiah itu..
tapi tidak terdaya.. takut andai saadiah akan mencubit-cubitnya tangan  atau pipi nya untuk melepaskan geramnya..

perlahan-lahan saadiah mengangkat wajahnya… matanya masih  terus memandang berbola mata syaza…
kali ini dia mahu syaza betul-betul mengerti apa masalahnya sekarang..

‘saya dapat rasa kali ini saya punya lisan apabila berbicara dengan orang tersekat-sekat.. saya dah mula rasa andai saya buat terbaik sekarang bukannya utk mencapai redha Allah tapi untuk mencapai kekaguman dia…
supaya suatu hari nanti apabila di takdir saya dan dia di jodohkan …
dia pasti berbangga mempunyai zaujah(isteri) yang sehebat siti aisyah ra yang cerdik dan petah apabila berbicara…’

saadiah berhenti seketika dan tarik nafas serta  menghembus perlahan-lahan…

‘saya sedar apabila tadi sahabat saya telefon dan menyatakan masalah dia.. dan subhanAllah saya tidak sangka masalah dia itu adalah masalah yang sudah lama bersarang di hati saya…
patutlah setiap kali berada di biah solehah… saya tidak merasai kemanisannya..
patutlah apabila ayat-ayat Allah di alunkan tidak sampai getarannya di hati…’



‘Rupa-rupanya…. Inilah puncanya syaza………….!!!!’  Menjerit saadiah lagi sambil bantal menemani wajahnya..

Entah kenapa kali ini saadiah memilih syaza sebagai tempat untuk dia meluahkan perasaan.
Sedangkan ada ramai lagi sahabat yang kiraya layak untuk mendengar perluahan isi hatinya…

Tiba-tiba , syaza tunduk kepalanya sambil bertanya…

‘awak… awak sudi tak nak dengar nasihat dari saya.. saya tahu dan saya sedar... saya taklah sehebat awak..
Tapi ini jea yang saya mampu bagi untuk awak…?’

Dengan wajah yang serabut pantas saadiah menjawab..

‘awak..awak teruskan je la … saya tengah sakit sekarang.. mana ada sahabat-sahabat yang hebat-hebat dekat dengan saya sekarang… awak je yang Allah bagi dekat saya sekarang… cakap la.. saya tak kisah…’

Perlahan-lahan syaza mengangkat wajahnya…

‘awak dah cuba… tapi mungkin awak tak tegas dengan prinsip awak.. awak tak usaha jaga ketegasan itu… cuba awak jangan fikir pasal dia sebelum tidur… cuba awak elakkan daripada melihat post status dia di fasebuk awak… cuba awak jangan stalker dia.., jangan updated  tentang dia… cuba awak buat dulu.. awak doa la dekat Allah supaya tutup pintu hati sebelum sampai masanya
awk kena yakin dekat Allah kalau dah jodoh tidak akan kemana..
perjalanan korang berdua masih panjang lagi..  saya rasa awak kena bangun buat solat sunat tahajjud ni.. berjumpa Allah balik.’

Petah dan lancar bicara syaza tanpa ada sedikit cacat dan cela..

tanpa di sedari air mata saadiah dan syaza mengalir hangat di pipi..

saadiah menangis kerana kali ini hatinya benar-benar tersentuh dengan nasihat syaza..
syaza bukan sekadar menasihatinya sahaja malah menunjukkan jalan keluar kepada masalah yang bersarang dalam jiwanya selama nie…

syaza pulak menangis kerna dia tidak dapat jangka bahawa dia mampu mengeluarkan kata-kata sehebat itu…  bicara hadir itu di luar kemampuan diri, ilmu dan pemahaman dia..


terus saadiah membuka stokin tangan dan kakinya dan simpan dia dalam almari...
menanggalkan tudung labuhnya  dan menyangkutnya  di belah tudung bidang 45 syaza…
lalu bergerak pantas saadiah mengambil wudhuk untuk solat sunat taubat..
Di sujud terakhirnya saadiah menangis sepuas2 hatinya….
di luahkan segala perasaan yang membelengu hatinya selama ini…

seusai solat saadiah  pergi mendekati syaza dan terus memeluk tubuh gempal syaza…

‘awak… awak la sahabat saya… saya sayang awak kerna Allah… di saat mana tiada mereka yang saya hajati untuk saya bersama.. tetapi Allah hadiahkan awak dekat saya..  saya tersentuh  dengan ayat tadi awak… saya tersentuh… I.Allah..mudah-mudahan suatu hari nanti awak mampu jadi insan yang hebat… insan yang mampu menjaga  Islam.. ‘

‘awak… saya tak layak lagi bergelar sebgai sahabat awak… saya baru nak berubah tak macam awak dan sahabat-sahabat awak yang lain..’

‘tak.. tak.. tak.. sapa kata awak tak boleh jadi sahabat saya??? sejak awal awak mula menyerahkan diri untuk di proses ketika mana awak ikut saya join halaqah.. sebenarnya saat itulah saya dah ubah status awak di hati saya daripada kawan kepada sahabat’

‘awak serius ke????’

‘saya serius… tapi boleh tak awak bantu saya seperkara lagi??? Tolong…. Tolong saya unfriend dia dari fb saya… saya tak mahu jatuh macam ini lagi.. peritnya hidup tanpa rasa kehadiran Allah’

‘demi awak sahabat ku… akan saya bantu awak..’

syaza mengangkat laptopnya di meja lalu di berikan kepada saadiah ..

‘oke… tekan dekat friend.. tekan  bawah..lagi.. lagi.. yea unfriend… Alhamdulillah.. amin’

'Alhamdulillah... semoga Allah menjaga dan meredhai ukhwah fillah ini '

 cengkam kemas jari jemari saadiah di bahu syaza dan syaza membalasnya dengan ' amin'

-Tamat-

---------------------------------------------------------------------------

pemanis bicara:-

'nanti  kita nak balik dekat Allah, Allah xtanya pun di dunia kita pakai tudung size apa? Allah tengok dekat amalan kita' -dpt dari jdk

'kita nak kena cari sahabat yang soleh dan jadi sahabat yang soleh'- pjumpaan kali pertama Hq IPT (rombakaan himega '11)

'kita nak kena ubah akidah manusia dahulu baru ibadahnya' -abu umar..

'dalam sebuah persahabatan kena ada kerendahan hati'- hq gabungan ipt..


'tugas kita mengajak bukannya menghukum'-Hilal asyraf (sinergi)

=)

'kita nak kena ubah masyarakat sekarang di samping kita berusaha berubah memperbaiki diri sendiri'- pc nasir ijtima' ipt...

'nak berubah kena isiqamah dulu... pelahan-pelahan... yakin pada Allah' -sahabat2 yg mbantu ku ketika di jdk dahulu..

-------------------------------------------------------------

semoga Allah redha saya, dia, anda dan mereka semua...

Asslmualaikum...

Sabtu, 15 September 2012

Cerewet yang ketinggalan zaman

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Ilahi... Allah masih memanjangkan lagi usia kita sehingga ke hari ini...
Allah masih lagi memberi kita mengecapi nikmat hidup... Yang mana nyawa nie bukannya senang-senang boleh di beli dan di jual... Hakikatnya ia milik hak mutlak Allah. Sedangkan nyawa pun kita dah terasa besar sungguh nikmatNya... tambah pula dengan  nikmat-nikmat Allah yang lain... siapalah kita hendak menafikan kekuasaan mutlakNya ke atas kita... Siapa lah kita hendak mengingkariNya... sedangkan kita asalnya datang dari Dia..

Andai Dia tidak izin kita tidak d ciptakan sebagai manusia Pemakmur alam... mungkin jadi dia izinkan kita menjadi haiwan ternakan yang berbakti kepada tuan dan Tuhannya... apa-apa pun syukur...
Redha dengan segala nikmat dan ujian yang Allah berikan...

so...apa lagi... ucaplah Alhamdulillah...

Okeh... panjang pulak kata alu-aluan kali ni... semoga Allah Redha....-_-"

----------------------------------------

Kali ini nak kongsi dengan cerita berkenaan cerewet yang ketinggalan zaman...

Cerewet ketinggalan zaman?? pasti ada di antara yang kita terbayang kan sekarang seorang individu yang gedik or mengada-ngada.. dengan sifat memilih + over yang ala-ala kampung gitu...rasa geli melihat individu tu sampai meremang bulu-bulu roma...

aish... cukup-cukup... sapa suruh bayang lebih-lebih....

straight to the point ----->

'Asal dalam mp3 hp hg xada lagu latest2... asyik ada lagu nasyid lama-lama jea... deret lagu maher zain... xada orang lain lagi ka hg minat'

'kenapa dalam laptop hang xda video best-best... drama ka... korea ka... deret vlogging yg islamic jea ada... buhsan,,,  ???'

'kenapa beli buku-buku yang macam nie... pelik... dah la tebal... cakap pulak hok menda xbesh-besh... xmasuk dengan jiwa remaja... lagipun bukan ada kena mengena dengan kita... kita budak sains teknologi kut... buat apa baca buku-buku bab akhirat nie... ni buku hok ustaz punya... kalau majalah ke komik ke xapa la lagi.. sbb tu isu semasa..'

'sikit gila friend laki dalam fb hang... awat takut kena ngorat yea...ramai lagi perempuan yang cun dari hang???' -_-"

'hang nie memang jenis sombong erk? asal ajak p tengok wayang dan karoke jea lari... main bowling boleh plak ikut... heran??

'awat hang tolak wey??? dia hensem kot... kaya... anak datuk lagi... gaji pun cekang(lumayan)... boleh bawa hang p haji tiap-tiap tahun...anak tukang basuh pinggan dekat kafe kita jugak yang hang suka dalam diam'

'kenapa makan sikit?? badan hang dok maintain jea aku tgk walaupn deret makan... tak payah dok kaver-kaver....nak jimat duit la tu'

'ala aku tipu dia pun tadi... tipu sunat... nanti aku bagi r balik barang dia...hg ni kuno r tu pun nk kecoh'

-------------------------

Haih.. penat kan... saya pun penat... tapi saya tahu anda lagi penat...  penat baca blog saya...

konklusi utk conversation di atas...

hanya individu tahu dan mahu jadi hamba Allah yang sebenar-benarnya sahaja akan usaha jaga setiap urusan hidupnya... dari sekecil-kecil urusan sehingga ke sebesar-besar urusan....

Sebab seorang mukmin itu tahu apa sahaja tindakan dia sama ada kecil atau besar pasti akan memberi kesan kepada hubungan dia dengan Allah...

Firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 284

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Lihat betapa teliti dan hebatNya Allah... sedang urusan hati manusia pun berada di dalam phitunganNya...

sebenarnya sekadar untuk pencerahan sahaja...

-----------------------------

Siapakah mereka golongan cerewet itu... sampai terkeluar dari senarai up-to-date,,,

Mereka adalah golongan yang bersifat qana'ah...
iaitu golongan yang sentiasa merasa cukup, redha atau puas dengan rezeki yang di berikan oleh Allah...

Dari Abdullah bin Amr r.a Rasulullah saw bersabda:

'Sesungguhnya beruntunglah orang yang sudah masuk Islam, yang rezekinya mencukupi (dan tidak berlebihan) dan yang Allah menjadikannya qanaah dengan apa diberikan kepadanya'

(HR Muslim)

Segala tindakannya tidak terlebih dan terkurang... dia tidak menolak seratus peratus dan menerima seratus peratus... moderate...

Tidak menjadi terlalu manis sehingga di telan dan terlalu pahit sehingga di luahkan...

kalau ikut zaman era modenisasi ini... orang panggil dengan gelaran steady...

steady jea... maintain... cool...

tak gelabah bila d uji dengan ujian kebendaan(dunia)...

so...apa maksudnya d sini...

Golongan nie bukannya cerewet, pelik or kuno... atau apa-apa sahaja la... tetapi

Mereka nie sedang dan sentiasa menjaga apa yang ada dalam tangan mereka atau milik mereka...

Mereka dengar lagu jugak... tapi lagu macam mana menjadi pilihan mereka...

mereka tengok jgak cerita... tapi cerita yang macam yang akan menawan hati mereka..

mereka juga berfesyen... tapi fesyen macam mana senang dengan mereka...

mereka pun mempunyai fitrah nak bercinta... tapi cinta macam mana yang mereka dambakan...

Mereka juga suka beriadah... tapi riadah yang macam mana akan mereka join...

------------------------------------

Jelaslah bahawa... mereka nie bukan cerewet tapi menjaga...

Kerna nak capai redha Allah bukannya mudah... ia perlukan pengorbanan...

Apalah ertinya kita bersenang lenang di dunia akhirnya nanti kita menjadi papa kedana...

Firman Allah dalam surah Ali 'Imran (3):185

'Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya'

----------------------------------------

'Jangan terlalu manis sehingga di telan dan jangan pula terlalu pahit sehingga di luahkan...'

Semoga Allah redha dgn urusan saya,dia,mereka dan anda semua...

Assalamualaikum wbt...

Ahad, 22 Julai 2012

Hati yang Hidup - Menjadi Hamba Rabbani


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi ... kerna Allah masih memberi kita kesempatan untuk menikmati madrasah tarbiyah pada tahun ini…
Ramadhan menjemput kita dengan pintu gerbang yang terbuka luas dan begitulah juga fitrahnya hati kita pun tidak lagi dapat bersabar untuk memasuki bulan tersebut…
Kerinduan yang lama di pendam akan di luahkan sehabis-habisnya pada bulan yang penuh barakah ini…

Persediaan awal di rancang serapi-rapi supaya tidak menganggu masa beribadah  dengan Allah…

Ada yang merancang untuk membeli baju raya awal supaya tidak menganggu masa solat sunat tarawih berjemaah di masjid..
Ada yang membuat temujanji dengan sahabat-sahabat untuk beriktikaf dan qiam di masjid..
Ada yang mula menukar waktu kerja… daripada dulunya kerja waktu malam berpindah ke kerja waktu siang…
Ada yang mula mengatur kelas-kelas fardu ain yang akan di ikuti sepanjang bulan ramadhan ini…

MasyaAllah! HebatNya Allah…

Suasana di bulan ramadhan memang soleh dan solehah. Manusia kembali kepada keadaan fitrahnya. Di bencinya kemungkaran dan perasaan cinta terhadap kebaikan mula membuak-buak. Seperti kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja demi pasangannya.
Hati di serahkan bulat-bulat kepada Allah tanpa perlu berkompromi dengan sesiapa pun.
Keyakinan terhadap Allah daripada 90% bertukar kepada 100%...

Tetapi adakah penyerahan hati ini hanya termaktup untuk bulan ramadhan sahaja…
atau ramadhan ini  kita jadikan sebagai medan  belajar untuk bersedia  menyerahkan seluruh hati, jiwa dan raga kita kepada Rabb yang dicintai bukan untuk ramadhan sahaja tapi untuk bulan-bulan yang lain juga..

Penyerahan hati dan hubungan yang terus menerus dengan Allah inilah yang di sebut oleh para ulama’ sebagai Rabbaniyah.
Dengan demikian, hamba-hamba yang rabbani adalah mereka yang memenangkan Allah atas hawa nafsunya sehingga di dunia Allah memberi mereka perlindungan,pembelaan serta kebersamaan dan ketika di akhirat nanti Allah akan memberi keuntungan seperti syurga dan kedekatan denganNya.
Oleh itu, untuk menjadi sebahagian daripada mereka kita perlulah mempunyai hati yang hidup..


Di antara hati yang hidup adalah

1. berlapang dada.

Ibnu Mas’ud berkata
Pada suatu hari kami bertanya kepada Rasulullah
Bagaimana dada menjadi lapang?
Rasulullah menjawab
‘ketika cahaya masuk ke dalam hati,dada menjadi lapang dan terbuka’
Kami bertanya kembali
‘rasulullah apakah tanda-tandanya?’
Rasulullah menjawab
‘Kembali kepada akhirat yang abadi, mengabaikan dunia yang tipu muslihat dan bersiap-siap menyambut kematian sebelum kedatangannya’

(HR Al-Baihaqi)

2.Bergetar ketika mendengar nama Allah di sebut

Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah gementar hati mereka


Surah Al-Anfal(8:2)

kata gementar dalam ayat ini adalah takut,tergoncang dan detak hatinya bertambah cepat.
Hamba rabbani akan merasai ketika berzikir.

3.Khusyuk.

sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman(yaitu) orang-orang yang khusyu,dalam shalatnya

Al-mu’minun (23:1-2)

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Mereka adalah orang- orang yang Khusyu’ kepada Kami

Al-Anbiya (21:90)

Ketika mendefinisikan khusyu’, Ibnu Rajab berkata
‘Asal dari khusyuk adalah kehalusan,kelembutan,ketenangan,ketundukan,kelemahan dan kepedihan hati. Apabila hati khusyu’,ia akan diikuti oleh khusyuknya seluruh anggota badan kerana seluruh anggota tubuh adalah pengikut baginya.

4.Cepat terpengaruh dengan nasihat.


Kecelakaan yang besar bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. Allah telah menurunkan perkataan yang baik (yaitu) Al-Quran  yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang,gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada TuhanNya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka waktu mengingati Allah

Az-zumar (39:22-23)

Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Quran dibacakan,mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, mereka berkata ‘Mahasuci Tuhan kami,sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi’. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan bertambah khusyu’

Al-Isra’(17:107-109)

5.Merasakan manisnya Iman.

Ibnu Abbas meriwayatkan
Rasulullah s.a.w bersabda
‘Telah merasakan manisnya iman orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebgai Agama dan Muhammad sebagai Rasulnya.;

(HR muslim)

Anas bin Malik meriwayatkan
Rasulullah s.a.w bersabda
‘3 hal apabila ada pada seseorang,dia akan menemukannya manisnya iman : (jika) Allah dan RasulNya lebih dia cintai selain dari keduanya, mencintai seorang hamba hanya kerana Allah dan tidak ingin kembali kepada kekafiran sebagaimana dia tidak ingin di lemparkan ke dalam api neraka

(HR Bukhari-muslim)

6. Perasaan dekat dengan Allah

Seorang hamba Rabbani, merasakan Allah lebih dekat kepadanya daripada isteri,anak,orang tua dan teman dekatnya.
Hakikatnya perasaan ini tidak dapat di ungkap dengan kata-kata. Namun ia tampak jelas dari segi kesenangan seorang hamba untuk bermunajat kepada Allah.

7. Selalu Kembali kepada Allah.


Segera kembali kepada(menaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.

Surah Adz-Dzariyat (51:50)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka di timpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

Surah Al- A’raf (7:201)

Selalu kembali kepada Allah merupakan salah satu sifat terpenting bagi Hamba Rabbani.
Sifat ini juga yang membezakan mereka dengaan hamba-hamba lainnya ketika di timpa kesulitan.

8. Hati yang sedih

Besarnya bantuan dan pertolongnya yang di beri kepadanya bergantung kepada kadar kesedihan hati.
dan tiada ubat yang mujarab bagi hati yang sedih melainkan dengan mendekati Allah dan memenuhi segala seruanNya.

(Perkongsian kali ini di ambil daripada buku Menjadi Hamba Rabbani – Dr Majdi Al Hilali)


Semoga ramadhan kali ini menjadi medan atau salah satu wasilah untuk kita sama-sama belajar dan berusaha untuk menyerahkan hati kita 100% kepada Allah…

Jom turn on relationship with Allah not juz for ramadhan but until the last breath.....

Semoga Allah redha dan sayang kita selalu…

JazakAllah khaira kathira kerana m’view…

Assalamualaikum wbt…

Sabtu, 7 Julai 2012

Generasi ku Penguat Semangat ku



Aku melihat suasana yang asing bagi diri ku dahulu. Hebat!

Ya! Itulah kehebatan hidup dalam suasana tarbiyah islamiyah….

Allah tidak di Esa kan hanya di ruang solah sahaja…

Aku memandang di jendela sepi.. .
langit begitu kelam…
cengkerik mula bercekerama,
lagu mars Haluan menemani malam ku…

Fuuuh… (mengeluh seketika)
hati ku bermonolog seorang diri…
‘x sangka dulu aku zalim, bukan zalim pada sesiapa… tapi zalim pada diri sendiri…
hebat betul Allah!  Dia mampu menarik insan yang berada dalam kegelapan ke cahayaNya..’

kalaulah aku yang dahulu pasti aku skrg tengah tidur dengan bergelumang dosa-dosa semalam.
atau masih bergayut  atau berbalas mesej dengan ajnabi tanpa ada rasa malu dalam diri.


Tapi kini…

Lewat-lewat  tidur ku pasti ia menjadi sesuatu yang gerun buat diri ku.
Takut-takut malam ini adalah malam terakhir aku melihat dunia.
bukan takut hendak mati
atau terlampau cintakan dunia sampai xsanggup berpisah dengannya
tetapi Berbagai persoalan menerjah di minda ku…

siapakah aku pada hari ini dan esok hari? Bekalan apakah yang telah aku sediakan?
bagaimana hubungan ku sesama manusia dan Allah pada hari ini?
Adakah Allah redha dengan urusan ku?
Mampukah aku untuk terus kekal beristiqamah dalam medan dakwah dan tarbiyah ini??
Seandainya aku pergi dulu siapakah yang hendak menjaga generasi-generasi ku?



Ya Generasi ku….! Post kali ini untuk anda….

Generasi ku engkaulah penguat semangat abang-abang dan kakak-kakak mu di kala mereka jatuh,
engkau membuat  kami resah di kala duduk goyang kaki atau tertidur lena di atas tilam yang empuk,
kejatuhan mu membuat kami risau, bukannya risau akan kehilangan mu

tapi risau kepada siapakah ISLAM ini akan di sampaikan,
Amanah ini besar, Islam harus di sebarkan…
sebar seluas-luasnya..

Islam di sini bukannya hanya tertakhluk pada agama semata-mata tapi Islam as a way of life.
(ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP)
Generasi ku kalau bukan kita? Siapa lagi,sayang?
Adakah kita redha tengok Islam ini di sampaikan oleh sebuah kelompok yang sesat?
 Atau kita sanggup tengok Islam ini di hina oleh mereka yang faham islam tapi buat-buat xfaham islam?

Tentu Tidak bukan?
Siapa redha?

Di sini ada coretan Iman Hassan Al Banna buat mu dan diri ku.
(semoga bermanfaat)

Wahai Angkatan Baru –Iman Hassan Al Banna(IHAB)

Siapkah dirimu untuk menggantikan angkatan tua,
mereka akan pulang tak lama lagi,
Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi suling 
yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh,
mengenang Masa silam yang telah pergi jauh,
Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah di lakukan angkatan yang engkau telah gantikan.

Teruskan perjalanan ini dgn tenaga dan kakimu sendiri.
Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiran mu.
Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan penuh.
Hadapi lah tugas mahaberat ini dengan jiwa besar, dengan daya juang api semangat yang nyalanya kuat dan keras

Pupuklah Ruhul-Jihad, semangat revolusioner, radikal dan progresif dalam jiwamu dan bertindaklah sebagai pemuda dgn phitungan yg nyata dan pertimbngan yg matang.

Perkayalah dirimu dengan meneladan dengan masa silam,
di mana ada yang rebah dan ada yang bangun,
dan ada yg jatuh dan terus berdiri lagi.
Kamu tidak boleh menjadi 'plagiator' dari angkatan lama
dan tidak boleh menepuk dada serta menidakan segala harga dan nilai, jasa dan karya dari angkatan lama.
Mereka kaya dengan penglaman, Engkau kaya dengan cita-cita.

Pandukanlah pengalaman angkatan lama dengan cita-citamu!
Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang,
Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan bengkalai belum selesai,
Meneruskan pekerjaan besar, sundut bersundut, dari keturunan yg satu kepada keturunan yg lain, angkatan kemudian angkatan.

Khafilah hidup ini adalah ibarat gelombang di lautan,
menghempas yang satu, menyusul yg lain, memecah yg pertama datang yg kedua,
Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukan lah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran!

Insafilah kedaulatanmu sebagai Pemuda Angkatan Baru,
yang hendak menggantikan manusia tua angkatan lama.
Tidaklah sama dan serupa antara kedua angkatan zaman itu,
kerna sejarah berjalan sentiasa menurut hukum dinamika dan hukum dialektika.

dan

Terimalah sebuah coretan dari ku buat mu...


Generasiku

Kita adalah sebuah harapan,
Harapan untuk sesuatu yang hebat,
Bukan untuk wang ringgit,
Bukan untuk rupa paras,
Bukan untuk pangkat dan darjat,
Tapi kita adalah harapan 
untuk ad-deen yang diRedhaiNya,

Sedarlah wahai generasiku,
Jangan tertipu dengan tribulasi,
Jangan biarkan dirimu di rantai,
Jangan rendahkan martabatmu,
Jangan terus membisu seribu bahasa,
Jangan benarkan dirimu tertindas dengan ideologi barat,

Bangun, berdiri, berjalan dan terus berlari,
bergerak pantaslah menuju Mardhatllah...
Ingat dan pegang setia lah dengan janji kita sbgai khalifahtul Ar...




Semoga Allah terus kuatkan dan teguhkan hati dan jasad kita untuk terus berada di atas medan dakwah dan tarbiyah ini.

Semoga kasih sayang kita sesama islam terus bersemi sehingga ke JannahNya….

JazakAllah khaira kathira kerana m’view….

Assalamualaikum wbt… 

Khamis, 5 Julai 2012

3 hari 2 malam d MASDAR


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk merasai nikmat-nikmatNya pada hari ini.
Mari lah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk kembali mengingati kembali siapakah kita hakikatnya di PandanganNya.

Kali ini saya nak share sikit… pengalaman 3 hari 2 malam di Ma’ahad Tahfiz Sains Darul Mustaqqin (MASDAR) di padang sera,kedah..

Semoga Allah merahmati…

Pada tanggal 24 Jun 2012. saya telah di beri tanggungjawab oleh salah seorang guru Masdar  (k.zuraini) untuk m’handle atau memantau pelajarnya yang mengikuti pertandingan syarahan sempena expo di Sekolah Menengah  Agama Kampung Laut,Terengganu.(SMAKL)

Berdebar-debar juga  pada asalnya. Kerna entah macam mana Allah izin saya boleh p dengan sendirinya nak offerkan diri nak p tolong pelajar K.Zuraini tu. Sedang kan  selama nie just ada pengalaman jea jadi penjaga masa untuk pertandingan pidato dan pengerusi majlis hafazan Al Quran. Dulu masuk pertandingan Syarahan agama pun sebab dengar cakap ustazah dan nak tolong ustaz(tu pun xmenang sbb 1st time).

Tak apalah. Redha jea la. Mulut dah kata setuju. Takkan nak tarik diri. Pasti ada sebab Allah susun macam tu kan…

Sesampai di asrama…

kehadiran saya di sambut oleh dua orang pelajar yang bernama athiroh dan ain. Athiroh itulah yang bakal menjadi mentee saya . Dalam hati bermonolog “adik sahabat aku rupanya,xpa-xpa aku xkisah”

pertama kali kaki saya melangkah di sana aku terasa seperti tuan puteri. Katil  telah tersedia. Mereka tolong mengangkat barang-barang masuk ke dalam bilik warden. Di tunjuk nya tmpat mandi dan tempat sidai pakaian. Bagi saya time itu ‘Alhamdulillah,sempurna’

Seusai mandi dan solat maghrib berjemaah…

saya mengambil peluang untuk bersembang-sembang dengan kak khalida dan kak safiya. Mereka adalah salah seorang guru dan warden di sekolah itu. (kekok juga tapi kuatkan diri jugak)


Selepas solat isya’ berjemaah..

Saya berpeluang melihat adik-adik  membuat latihan  untuk mereka perform nanti di EXPO SMAKL.

Terasa seram sejuk apabila melihat mereka. Dalam hati berbisik (MasyaAllah,Hebat!)

Sampai giliran Athiroh memulakan sesi latihan nya di hadapan cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat nya.

saya melihat dengan penuh kagum kerna athiroh dah berjaya mencari potensi dirinya pada usia yang muda sedangkan saya apabila masuk tingkatan 4 baru saya tahu hakikatnya siapakan diri saya sebenarnya.

Tapi xpa…..

Keesokan harinya (25/6/12)

Athiroh dan sahabat-sahabatnya yang mengikut pertandingan sempena expo smakl masih perlu membuat latihan lagi. Kali ini mereka perlu perform di hadapan cikgu sa’adan (naib mudir masdar) dan  isterinya. Saya  sekadar menemani Athiroh dan bakal mencatit segala komen yang diberikan oleh cikgu.

Cuak mula menjelma..

Cikgu suruh tukar semua isi teks syarahan, katanya tidak menepati piawaian tajuk. Memang saya sedari banyak ralat dekat teks itu tapi saya xsempat hendak mrenew kembali sebab  2 minggu sebelum itu saya ada final exam untuk sem 3.

saya  terpaksa di kuarantikan di pejabat sekolah dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang kerna pada malam harinya athiroh akan perform lagi hadapan cikgu-cikgu. Lenguh jari jemari menaip dan lesu otak memikir dan mcari idea tapi xpa (pengalaman).



Seusai solat maghrib dan Isya’

Sesi latihan pun bermula. saya tahu ahtiroh stress tapi saya buat rilek dan cool jea tapi dalam hati Allah jea tahu. Kata-kata semangat tidak putus-putus dari bibir. saya tahu dia boleh buat. saya yakin.

Komen dari cikgu sa’adan

Kena upgrade sikit lagi isi tu dan cari isi yang boleh membawa balik penerangan kepada tajuk.
dan esok mereka akan perform lagi tapi esok pagi mereka kena perform semasa perhimpunan.




Hari terakhir aku di Masdar (26/6/2012)

Sekali lagi kena renew teks syarahan. Tapi xpa kali ni saya tengok athiroh sendiri yang  berusaha  bersungguh-sungguh hendak membuatnya, di cari isi-isinya di buku solusi dan di mintanya hadis-hadis dekat mudir(ustaz al hami) dan cikgu-cikgunya. saya pada hari tu sekadar memantau supaya teks itu berjaya di siapkan sahaja.

Pada hari itu saya berpeluang melihat adik-adik membuat latihan debat dan tulisan khat.
‘subhanAllah cantiknya suasana pada ketika itu’

Teks sudah berjaya d print dan tugas ku selesai…

Mengambil peluang sisa baki yang ada….

Seusai qoilullah dan solat zohor berjemaah.


saya  mengambil peluang untuk duduk bersembang-sembang dengan adik-adik di ruang solat.
Ada yang mengambil lagu dan menonton video d laptop saya, ada yang mengemas baju untuk bertolak ke Terengganu, basuh baju, tido dan macam-macam gelagat la. Tersenyum  melihat mereka. Comel….

saya tinggal mereka sebentar dengan membiarkan mereka menonton cerita hafalan solat delissa sementara saya pergi mengemas baju untuk bersiap-siap pulang. Tujuan saya sebenarnya tidak mahu mereka menyedari bahawa saya akan pergi meninggalkan mereka lagi beberapa jam jea lagi.

Seusai solat asar dan bacaan Al mathurat.

Afifah mengajak ku makan di dewan makan. Amani  mengambil peluang untuk mengutip ibrah dari kisah hidup ku. Annida menyimpan gambar-gambarnya d laptop ku, nuha mengecas mp3 di laptop ku, solehah mtansfer lagu ku d bestarnya, ada yang nak tahu cara nak perform debat dan sebagainya. Kali ni saya nak spend masa dengan adik-adik saya sepuas-puasnya.

Apa yang di hajati akan ku turuti. Kerna ku belum pasti adakah akan bertemu lagi.

Sepuluh minit sebelum maghrib kereta kancil puteh saya menunggu d hadapan asrama.

‘Ya kak naimah akan pulang.’ Terasa sebak di hati saya tahu mereka berhajat supaya saya berada sama di sana tapi apakan daya saya sudah berjanji  untuk spend time dengan kedua ibubapa saya.  Selesai sudah tugas saya di Masdar. Mudah-mudahan Allah redha segala urusan saya sana dan semoga kita akan btemu kembali….

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAN keputusanya Alhamdulillah… athiroh mejadi johan syarahan bm, izzudin khalis johan syarahan bi dan nuha naib johan syarahan ba. Tahniah wahai generasi-generasi ku….

-Tamat-

berita gembira utk adik2 masdar, k.naimah dah hafal kesemua nama adik2…

(afifah nabilah,hasanah,widad,athiroh,nuha,syarifah,fatini,ain,khadijah,aisyah,solehah,amani,annida,adila,fatimah dan hannan)--> kalau tersalah eja nama sori d minta... =)



Semoga Allah menjaga generasi-generasi ini…dan Allah meredhai jari jemari ini… Amin

Sabtu, 30 Jun 2012

Rindu ku terhadap mu

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih Allah masih memberi kesedaran pada diri kita untuk menyedari bahawa hakikatnya kita siapa di pandangan Allah... Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari melakukan sesuatu yang tidak d redhaiNya..

kali ini... nak share sikit.. perasaan rindu yang memdalam dekat seorang insan yang bergelar A.D.I.K...

Allah takdir saya hanya ada dua beradik... dan saya yang sulung ganti..

Dulu masa kecik2... huish mcm anjing dengan kucing... tak boleh bersatu...
arwah tok slalu pesan
'hampa ni jangan dok bgaduh,hampa dua nie ada dua beradik jea'

Ya Allah rindu dekat kata2 tu...
semoga Allah tempatkan tok (normah bin ahmad), wan(ishak b. abdullah), abang(muhammad solehuddin) dan adik (solehah kamilah) di tempat orang-orang yang soleh..

Walaupun ppisahan ku dengan adik ku ni (muhammad nawawi) tidak la setragis pemergian abang dan adik bongsu..

Tapi MasyAllah... rindu itu... AllahuAkbar... perit dan sakit sangat...

Kami Berdua mula merasai erti perasaan rindu ketika aku berada d tingkatan 5...
kerna nawawi atau nama manja nya awie berjaya melanjutkan pelajarannya di sm vokasional kulim dalam bidang  pengaturcaraan komputer...(chewah)

Ketika itu hari-hari ku ibarat seorang perindu yang merindui sang kekasihnya pulang dari perantauan...
natijahnya aku sentiasa akan pulang lewat dari sekolah... kerna aku xsanggup melihat kesunyian yang melanda di rumah... Tambahan pula kebusyan yang melanda di kedua ibubapa ku yang baru mula giat aktif dalam bidang pniagaan...

Pernah suatu hari kami berdua duduk berbincang menyatakan perasaan tidak puas hati antara satu sama
lain. Pernah aku menangis menyatakan bahawa dia bertanggungjawab di atas perasaan rindu yang di alami ku..

Tiba-tiba air mata jantan dia mengalir... terkejut dan terkesima..
.
'sapa kata awie x rindu dekat kakak? awie masa first time dok asrama.. awie xtau nak buat apa.. xda sapa paham awie.. awie xtau nak luah perasaan awie dekat sapa.. tambah pula awie dapat tau  kakak p sekolah n balik sekolah jalan kaki.. awie kat asrama risau tau kakak...risau... kadang-kadanag awie makan mewah-mewah dekat dewan makan awie selalu teringat mak, abah dan kakak makan apa di rumah'




terkedu aku ketika mdengar... Awie maafkan kakak... kakak xtahu...

Kali nie saya dah berusia 19thn dan dia berusia 18thn...

kini saya di utara... dia di wilayah tengah... kehangatan rindu semakin terasa kerna kolej dan u cuti xsama... Ya Allah, pmudahkanlah...

Baru-baru ni saya telefon dia semata-mata nak beletiaq(bleter) n alertkan dia tentang jadual study dia... supaya hidup dia bmatlamat dan dia x m'sia2kan masa yang hakikatnya milik Allah...
macam biasa di akhir pesanan saya,saya akan akan tanya sama ada dia paham ke x??
jawapan dia ringkas sahaja... terima kasih kakak...

selepas itu saya dapat tidur dengan lena sambil =)....
dan jangan ingat awie dengan pluahan perasaan nie dah stop dah perasaan rindu kakak dekat awie...
tapi hakikatnya kakak akan sentiasa merindui dan myayangi awie sampai bila2...

semoga hati dan kaki mu dan ku terus terteguh di atas landasan dakwah dan terbiyyah..
dan semoga profesion kita Islam dapat tumpang...
Amin Ya Rabbal'alamin...

                        ' Semoga Allah redha dan kekalkan kemanisan hubungan ini '

JazakAllah khair kerna m'view... semoga Allah redha jari jemari ini... wasalam... =)